Part56

Drama Completed 18514

Masuk sahaja didalam perkarangan parking didalam rumah, Bibik, Noor dan Farid berlari keluar rumah Perasaan berdebar debar menunggu ketibaan Nadia dan dato Kamarul keluar dari kereta. Bila melihat Nadia keluar dari kereta. Noor meluru kepada Nadia dan memeluk Nadia sambil menangis.

"Nadia, nasib kamu tidak apa apa. Cikgu risau sangat dengan keselamatan kamu".

Noor menagis teresak esak.

"Jangan nangis cikgu! Nad dah selamat sekarang".

Balas Nadia sambil menyapu air mata Noor dengan jari nya. Nadia melepaskan pelukan cikgu Noor dan pergi kepada Farid dan Bibik. Mereka bertiga berpelukan. Sambil masing masing menitiskan airmata. Nadia memang seorang yang kuat. Dia dapat mengatasi ketakutanya. Bila bersama penculik itu. Dia tahu, penculik itu hanya mahukan duit tembusan sahaja.

"Sudah tu! Semua sudah selamat. Kita hanya menunggu Rafiq hubungi kita. Untuk mendapat tahu siapa dalang, dalam kes penculikan Nad".

Kata Dato Kamarul. Mereka berlima masuk kedalam rumah. Untuk menunggu pangilan dari Rafiq. Satu malam mereka menunggu, tetapi tidak ada pangila dari Rafiq sehinggakan ada yang tertidur diruang tamu. Menjelang keesokan harinya. Talifon bimbit Noor berbunyi. Terkejut Noor yang tidur bersama Nadia diruang tamu. Bibik juga tertidur duduk diatas sofa. Dato Kamarul dan Farid tidak ada disitu. Noor menjawap pangilan itu, bila tertera nama Abangnya Rafiq.

"Hello bang!"

"Noor masih dirumah Dato ke?"

"Ya bang! Menunggu abang hubungi kami sampai terlelap".

Balas Noor.

"Ok tak apa! Nanti Noor ajak semua datang kebalai. Untuk sesesi mengecam penculik yang telah kami tangkap".

"Baik bang! Nanti Noor dengan yang lain datang kebalai. Terima kasih abang".

"Sama sama Noor. Bye".

"Bye Abang".

Noor memutuskan talian dan mengejukan Bibik dan Nadia yang kelihatan begitu lena tidur...

"Sayang bangun".

Noor mengoyang goyangkan badan Nadia dengan pelahan. Nadia pula mengeliat membetulkan uratnya.

"Hummm cikgu. Abang cikgu dah call ke?"

Tanya Nadia yang dalam kelayuan.

"Sudah Nad. Tolong kejutkan Baba dengan abang Farid. Kita akan kebalai polis kejap lagi. Cikgu pun dah nak balik rumah. Cikgu nak bersiap dulu. Nanti kita jumpa dekat balai polis sahaja".

Terang Noor kepada Nadia. Nadia hayan menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Nanti Nad kejutkan Bibik sekali. Kesian Bibik, tidur duduk".

Noor berpaling kepada Bibik begitu juga Nadia.

"Baik cikgu"

Balas Nadia dan terus duduk, dari baring. Cikgu Noor keluar dari rumah Dato Kamarul dan terus pulang kerumahnya. Tak sabar rasa hati Noor untuk tahu siapa yang telah menculik Nadia. Nadia bangun dari tempat tidurnya disofa dan terus mengejutkan Bibik.

"Bik bangun Bik".

Setelah Bibik membuka matanya. Nadia melangkah naik ketingkat atas rumahnya. Terpandang diruang tamu ditingkat atas. Baba dan abangnya sedang tidur disitu. Dato Kamarul tidur diatas sofa, manakala Farid tidur diatas karpet.

"Baba, bangun Baba".

Kejut Nadia pelahan. Dato Kamarul membuka matany, bila terdengar suara Nadia.

"Kenapa Nad?"

Tanya Dato Kamarul, sambil terpinga pinga.

"Abang cikgu dah call tadi. Dia nak kita semua kebalai polis. Semua penjahat telah ditangkap".

Terduduk Dato Kamarul bila mendengar kata kata Nadia.

"Ohh ya ke? Cikgu Noor mana?"

"Cikgu Noor dah balik. Dia nak mandi dan bersiap siap dulu. Nanti kita jumpa dia dekat balai terus".

Terang Nadia. Dato Kamarul mengejutkan Farid yang tidur ditepinya. Farid juga terkebil kebil membuka mata dan memandang kepada Baba dan adiknya.

"Bangun cepat Farid. Kita nak kebalai polis"

Kata Dato Kamarul dan Dato Kamarul bangun dari tempat tidurnya dan menuju ke bilik untuk bersiap. Nadia juga masuk kedalam biliknya untuk bersiap. Bila semua sudah bersiap. Dato Kamarul bersama yang lain, memandu terus keBalai Polis. Sampai disana, kelihatan Noor sudah sampai terlebih dahulu. Kerana keretanya berada didalam parking didepan Balai Polis. Dato Kamarul, Farid dan Nadia masuk kedalam Balai. Rupanya Farid dan Noor sudah pun menunggu Dato Kamarul didepan pintu masuk.

"jom ikut saya".

Rafiq mengajak semua masuk kedalam pejabatnya. Mereka semua mengikut Rafiq masuk kedalam. Rafiq duduk ditempatnya dan terus membuat pangilan kepada angotanya yang menjaga pesalah.

"Boleh bawa dia masuk sekarang ya!"

Kata Rafiq ditalian. Lebih kurang 10minit seorang angota polis membawa masuk seseorang yang membuatkan semua didalam bilik itu terkejut besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience