"Nad! Apa yang telah terjadi. Antara Baba dan abang Farid?"
Noor mula bertanyakan kepada Nadia, tentang Farid dan Dato Kamarul... Semasa mereka bersama sama baring diatas katil. Noor mula menjadi penyebuk hal orang lain. Yang sebenarnya, hatinya melonjak lonjak untuk tahu. Apa yang telah berlaku, antara Dato Kamarul dan Farid.
"Nad tak tahu cikgu. Bila balik dari bawa bibik keklinik, tiba tiba auntie Suize meluru datang kepada Baba dan memeluk Baba sambil menagis. Auntie Suzie kata, Abang cuba nak rogol dia".
Terbeliak mata Noor, bila mendengar cerita Nadia. Noor sedikit mengerutkan dahinya.
"Nad tak percaya abang boleh buat sampai macam tu sekali. Nad kenal siapa abang. Abang baik orangnya. Dia sayang Nad. Nad tahu, auntie Suzie cuba mereka reka cerita. Supaya keluarga kami berpecah belah".
Noor kasihan melihat keluarga Dato Kamarul. Dulunya keluarga dato Kamarul, baik baik sahaja. Tapi sekarang, menjadi kucar kacir. Sejak kehadiran Suzie. Noor juga dapat merasakan yang Farid tidak melakukan semua itu. Farid telah jadi mangsa jahat Suzie.
"Sudahlah tu Nadia. Cikgu tau, abang kamu orang yang baik. Dia tidak akan, tergamak, buat macam tu dengan auntie Suzie. Mungkin itu satu perangkap dari auntie Suzie, untuk mengenakan kamu berdua. Tapi itu andaian cikgu sahaja. Takut juga menuduh orang ni. Kita pula dapat dosa. Kerana menuduh orang".
Kata Noor kepada Nadia.
"Saya juga tak tuduh dia cikgu. Tapi saya nampak kejahatan dia. Baba seperti telah dilakukan sesuatu oleh dia. Baba bukan macam Baba yang dulu".
Kata Nadia dengan nada yang sedih. Kerana keluarganya telah berpecah belah.
"Dah jangan sedih sedih. Dah malam, jom kita tidur".
Kata Nood dan mematikan lampu biliknya. Noor tah mahu lagi bercerita tengah keluarga Nadia. Takut Nadia akan menjadi sedih. Bila terkenangkan keluarganya.
Dirumah Dato Kamarul, Dato Kamarul melangkah naik keatas, diikuti oleh Suzie, dari belakang. Dato Kamarul hendak masuk kedalam bilik untuk berehat.
"Suzie, u berehat bilik tetamu sahaja ya. I tak rasa untuk bersama u malam ni. Jiwa i tak tentera, memikirkan Farid dan Nadia".
Dato Kamarul menyuruh Suize masuk kedalam bilik tetamu, untuk berehat. Pada mulanya Suzie mahu berada didalam bilik Dato Kamarul. Tetapi, Dato Kamarul tidak membenarkannya. Kerana Fikirannya betul betul bercelaru. Dia dapat rasakan jiwanya tidak tenteram. Jiwanya kosong sangat... Melihat Dato Kamarul yang berfikiran tidak tenteram. Akhirnya Suzie akur sahaja, kemahuan Dato Kamarul. Suzie masuk didalam bilik tetamu. Mana kala Dato Kamarul masuk kedalam biliknya. Sampai didalam bilik, Dato Kamarul duduk diatas katil. Dia asyik terkenangkan Farid dan Nadia.
"Kemanakah anak anak aku pergi. Yaallah, kenapa aku jadi seperti ini. Kenapa aku jadi seperti seorang yang jahat, terhadap anak anak aku... Tolong selamatkan anak anak aku yaallah, walau dimana sahaja mereka berada".
Kata Dato Kamarul sendiri. Dato kamarul lantas baring diatas katilnya, sambil memandang keatas siling kapur rumahnya. Fikiranya betul betul bercelaru. Kerana keletihan, akhirnya Dato Kamarul akhirnya terlena.
"Kamarul sayang!"
Dalam lena, Dato Kamarul mendengar suara lembut yang memangil namannya dengan nada yang sayu kedengaran... Bila Dato Kamarul membuka matanya dia berada didalam alam yang berlainan. Kabus putih membuatkan tubuh orang yang memangilnya, kelihatan samar samar.
"Sayang! Saya ni sayang".
Terseyum gembira Dato Kamarul apa bila melihat disebalik kabus itu ialah awah isterinya. Dato Kamarul berlari untuk mendakap dan mengucup isterinya. Tetapi tidak dapat disentuh. Sepantas dia belari. Sepantas itu jugalah dia berada jauh dari isterinya. Sehinggakan dia kepenatan dan terduduk.
"Sayang! Saya rindukan awak. Anak anak kita, dah tinggalkan saya. Saya sedih sangat sekarang ni. Fikiran saya betul betul buntu. Saya perlukan awak sayang. Saya nak peluk awak, untuk mengubat rindu saya".
Kata Dato Kamarul kepada arwah isterinya.
"Maaf sayang! Awak tak boleh sentuh saya. Awak sudah jauh tersasar dari landasan agama. Mana perginya agama yang kita berlajar sama sama dulu? Awak tidak seharusnya leka dengan kegembiraan dunia sahaja sayang. Awak lalai sayang. Awak biarkan nafsu menguasai awak. Awak lupa tentang agama. Awak tak tunaikan solat dengan betul. Awak tak dapat didik anak anak kita dengan baik. Mana janji awak yang dulu sayang? Janji yang awak tidak akan abaikan anak anak kita dari ajaran agama?".
Kehadiran Arwah Isterinya didalam mimpi dengan amarah. Dato Kamarul hanya tunduk sambil meraung raung menahan kesedihan dan kesesalan. Air mata setia mengalir, kerana tidak dapat memeluk isterinya yang tersayang. Semakin lama semakin banyak kabus datang, sehingga susuk tubuh isterinya tidak lagi kelihatan dan hilang dari pandangan mata. Tersentak Dato Kamarul dari tidur. Dato Kamarul terduduk dari baringnya. Keadaam Dato Kamarul masih lagi menangis teresak esak. walaupun sudah terjaga dari mimpinya.
Share this novel