Setelah bangun dari tidur, Nadia merasakan badanya kembali normal seperti biasa. Tidak ada lagi sakit diperut yang menyakitkan itu. Nadia terseyum dan terus bangun dari katil lalu mengetuk pintu bilik abangnya.
"Tok! Tok! Tok! Abang abang".
Bila terdengar suara Nadia diluar pintu biliknya Farid terus bangun dari kerusi gamingnya dan terus membuka pintu.
"Ehhh u dah ok ke?"
"Dah ok. Tapi i lapar lah. U tengah buat apa tu?".
"Abang tengah main game".
Farid menolak pintu biliknya luas luas. Nadia mengintai dari luar bilik dan terseyum.
"Nad lapar".
Nadia bertanya lagi ayat yang sama. Terseyum Farid melihat adiknya yang lapar. Farid melihat jam ditangannya. Sudah pukul 6 petang. Patutlah perut dia pun terasa lapar.
"Jomm i belanja u makan".
"Yehh"
Bersorak gembira Nadia, bila Farid mahu membawanya makan diluar. Tersenyum Farid melihat adiknya yang begitu gembira sekali.
"Dah pergi mandi! Siap cepat"
Arah Farid. Nadia lantas masuk kedalam biliknya untuk mandi. Farid hanya menyarung baju t-shirt sahaja. Kerana tadi dia baru sahaja habis mandi. Farid menunggu Nadia diruang tamu ditingkat atas sambil bermain dengan handphonenya. Sesekali anak mata Farid menjeling kepada pintu bilik Suzie. Teringat ingat apa yang Suzie buat kepadanya malam semalam.
"Bila agaknya Baba balik ya! Lebih lama dia disini, lebih tak tenteran jiwa aku".
Bisik Farid.
Sedang Farid leka bermain game sambil baring disofa tiba tiba pintu bilik Suzie dibuka. Farid bangun sedikit dan memanjangkan lehernya untuk mengintai dari kepala sofa. Kelihatan Suzie berada dihadapan pintu biliknya, sambil terseyum nakal, kepadanya. Farid baring semula dan tidak memperdulikan Suzie. Suzie datang kepada Farid dan duduk dipenghujung kaki Farid. Farid lantas duduk dari baring. Kini Farid dan Suzie duduk bersebelahan.
"U nak pergi mana?"
Tanya Suzie.
"Nak keluar".
Balas Farid.
"Nak pergi mana? Nak ikut boleh".
"Maaf tak boleh! I nak keluar dengan Nadia".
"Tapi bolehkan kalau kita keluar bertiga".
Tanya Suzie yang begitu beria ia mahu mengikut Farid dan Nadia keluar.
"Maaf memang tak boleh. Nadia dengan u tak sehaluan. Kalau u ikut, Nad pasti tak nak pergi".
Terang Farid dengan nada lembut. Farid tahu! Adiknya tak sukakan Suzie. Farid betul betul serba salah sekarang. Suzie perpaling ketempat yang lain, bila Farid tidak mahu membawanya. Suzie berpura pura merajuk. Farid yang malas hendak melayan Suzie, terus buat tidak tahu sahaja. Bila Nadia keluar dari bilik. Farid terus bangun dari tempat duduknya dan terus berjalan beriringan dengan Nadia turun kebawah, meninggalkan Suzie yang merajuk, tanpa dipujuk oleh sesiapa.
"Hurmmm kau ingat aku hadap ke nak keluar dengan korang berdua".
Lafas Suzi sendiri, sambil bangun dari tempat duduknya dan melangkah kaki kebilik, untuk bersiap siap. Suzie juga mahu keluar makan dan melepak bersama kawan kawannya.
"Abang! U suka ke auntie suzie jadi mak tiri kita?"
Tanya Nadia kepada abangnya ketika sedang menjamu selera disebuah restaurant. Farid hanya terseyum, tidak tahu untuk berkata apa.
"Abang! I'm talking to you"
Marah Nadia bila abangnya hanya terseyum dan diam.
"Ok lah! Yang sebenarnya, abang tidak lah suka sangat, dia jadi ibu tiri kita. Tapi Nad! Baba dah pilih dia. Kita tak boleh buat apa apa. Kita kena akur dengan kemahuan Baba. Baba kesunyian Nad. Mungkin auntie Suzie dapat menghiburkan Baba".
Terang Farid kepada Nadia. Agar Nadia faham, yang Babanya memerlukan seseorang yang istmewa dalam dirinya. Jauh disudut hati Farid juga tidak suka Suzie menjadi ibu tirinya. Kerana Suzie seorang yang pengoda. Diwaktu Babanya tidak ada, Suzie sangup menpelawa dirinya untuk melakukan hubungan intim bersamanya. Bagimana kalau dia tinggal terus dirumah itu. Pasti nafsunya akan tewas juga, untuk menolak pelawaan Suzie itu nanti. Nadia hanya diam, bila mendengar kata kata abangnya.
"Sudahlah Nad! Jangan fikir sangat pasal dia. Kita buat tak tahu aja".
"Nad tak mahu abang! Nad akan pastikan dia tak boleh jadi ibu tiri Nad. Nak nak cikgu Noor yang mengantikan Mummy. Cikgu Noor seorang yang baik. Tapi! Kenapa Nad boleh sakit perut lepas makan masakan dia?"
Nadia terhenti seketika dari berkata kata dan berfikir sejenak. Farid hanya merenung kepada Nadia. Sambil mengerutkan dahinya.
"Abang! Balik nanti boleh singgah rumah cikgu Noor? Nad ada hal nak tanya cikgu Noor.
"Ok sayang! You eat first. After eating we continue to go there".
Terseyum gembira Nadia. Bila Farid kata begitu dan cepat menghabiskan makan dipingannya. Tergeleng geleng kepada Farid melihat telatah adik manjanya.
Share this novel