part12

Drama Completed 18514

"Suzie! Amacam duduk rumah Dato Kamarul? Ada rasa macam orang kaya tak".

Tanya Kawan baik Suzie yang bernama Aida. Semasa mereka berdua duduk makan didalam sebuah pub.

"Seronok beb! Dapat duduk rumah besar. Macam orang kaya aku rasa. Tak payah lah aku hidup susah lagi lepas ni. Aku akan berkawin dengan Dato Kamarul, aku akan jadi Datin. Wahhh seronoknya! Tak sabarnya aku. Lagi pun dia dah tua. Cepatlah dia mampus. Aku bolehlah dapat semua harta benda dia. Janda kaya lah aku beb".

Suzie betul betul gembira, bila sebut pasal harta yang bakal dia dapat nanti.

"Banyak lah kau! Aku tengok Dato Kamarul tu masih sehat, handsome dan bergaya. Kalah orang muda cara dia. Mana boleh lekas mati".

"Bukan susah beb! Banyak caranya".

Balas Suzie dan menyeringai memandang Aida. Aida faham maksud Suzie. Dia juga terseyum sinis.

"Abang! Ini rumahnya"

Tunjuk Nadia kepada Farid. Ketika sampai disebuah perumahan dua tingkat. Farid memberhentikan keretanya dihadapan pintu pagar, dirumah cikgu Noor. Aida keluar dari kereta. Manakala Farid pula hanya menunggu didalam keretanya.

"Assalamualaikum Cikgu! hello. Cikgu Noor"

Jerit Nadia diluar pintu pagar dihadapan rumah Noor... Bila terdengar suara orang memberi salam, Noor turun dari tingkat atas, lalu berjalan menuju kehelaian lansir di pintu kaca dirumahnya. Dia menarik sedikit tirai lansir dan mengintai keluar rumahnya. Bila terpandang Nadia diluar rumah. Noor lekas lekas mencapai kunci yang tergantung disatu sudut dan lantas membuka pintu kaca tersebut diikuti pula pintu gate dihadapan pintu kaca itu.

"Ehhh Nad datang? Macam mana Nadia. Awak ok ke?"

Tanya Noor yang meluru keluar dan terus kepintu pagar utama diluar rumahnya. Nadia hanya berdiam diam diri. Bila Noor mula bertanyakannya soalan. Selagi Nadia tidak tahu kebenaran. Selagi itu lah dia memandang Noor, sebagai seorang guru yang tidak jujur dan berpura pura. Seperti yang dikatakan oleh Suzie. Sedikit sebanyak, kata kata Suzie mempegaruhi akal dan fikiran Nadia.

"Jemput masuk Nadia".

Pelawa cikgu Noor, dan lantas memandang Farid yang berada didalam kereta. Bila Farid ternampak cikgu Noor memerhatikannya dari luar. Seperti mahu berkata sesuatu. Farid membuka cermin tingkap keretanya.

"Farid jemput masuk kedalam dulu".

"Ehh tak apa cikgu! Saya tunggu Nad didalam kereta sahaja".

Farid menolak pelawaan Noor dengan senyuman.

"Kita duduk dekat luar ni ya".

Kata Nadia sambil menunding jari kepada sebuah set kerusi besi dihalaman kecil Noor.

"Sejuk lah Nad! Duduk situ malam malam macam ni?"

"Tak apa cikgu. Saya cuma nak tanya cikgu sesuatu".

Berkerut dahi Noor, bila Nadia kata begitu dengan wajah yang begitu serious. Noor dapat meneka, apa yang ingin ditanyakan oleh Nadia.

"Cikgu Nad nak tanya cikgu sesuatu. Cikgu mesti jawap jujur dengan Nad ya?"

"Cikgu rasa, cikgu tau apa yang Nadia nak tanyakan dekat cikgu. Nadia nak tanya pasal masakan yang cikgu masak pagi tadikan... Sumpah Nad cikgu tak tahu kenapa dengan masakan cikgu tu. Cikgu sanggup bersumpah dekat Nadia. Kalau cikgu nak racun Nadai. Cikgu tak akan makan makanan itu. Tapi kita makan bersama samakan pagi tadi. Cikgu juga keracunan makanan Nadia. Cikgu balik dari klinik terus call Nadia. Cikgu risaukan yang Nadia akan sakit juga. Tapi Nadia tak angkat. Cikgu call rumah Nadia. Tapi kawan perempuan Baba Nadia yang angkat".

Terang Noor kepada Nadia. Nadia mula rasa bersalah kerana menuduh cikgu Noor begitu. Betul juga kata Cikgu Noor. Kalau cikgu Noor mahu kenakan dirinya. Takkan lah dia juga makan bersama samanya pagi tadi.

"Cikgu! Saya minta maaf cikgu".

Kata Nadia sambil memegang tangan Noor. Nadia betul betul rasa bersalah.

"Ehhh tak apa Nadia. Cikgu tak marah Nadia. Cikgu juga rasa bersalah, kerana Nadia sakit".

"Tak apa cikgu. Saya dah sehat sekarang. Cikgu tak marah Nad kan? Kerana tuduh cikgu yang bukan bukan".

"Eh tidak Nadia".

Hati Nadia mula lega bila cikgu Noor tidak menyimpan perasaan marah terhadapnya. Begitu juga Noor. Hati Noor juga lega bila Nadia faham situasi yang sebenarnya terjadi. Tapi persoalannya tetap menjadi tanda tanya buat Nadia dan Noor. Siapa yang cuba inaya meraka berdua.

"Cikgu! Nad balik dulu ya? Nanti hari isnin cikgu datang rumah Nad ya".

Nadia betul betul risau, kalau kalau cikgu Noor tidak mahu mengajarnya tusyen lagi. Kerana tuduhan melulunya.

"Jangan bimbang Nadia! Cikgu pasti datang".

Noor sepertinya faham dengan perasaan Nadia. Noor terseyum sambil mencubit pipi Nadia. Terseyum Nadia, bila Noor buat begitu. Nadia bangun dengan senyuman dan berjalan seiringan bersama Noor hingga kekereta abangnya. Bila melihat Nadia terseyum dari jauh. Farid dapat rasakan, yang masalah antara cikgu Noor dan Nadia sudah selesai. Nadia membuka pintu kereta abangnya dan sempat melabaikan tangan kepada Noor, sebelum masuk kedalam kereta. Noor membalas lambain itu. Farid menurunkan cermin keretanya.

"Kami balik dulu ya cikgu".

Noor menganggukkan kepalanya dan terseyum. Farid mengerakan keretanya dan berlalu dari situ. Memuju pulang kerumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience