part34

Drama Completed 18514

Menjelang keesokan harinya, seperti yang dijanjikan. Suzie datang kerumah Dato Kamarul. Mereka berempat duduk diruang tamu. Dato Kamarul dan Suzie duduk di sofa yang sama. Manakala Nadia dan Farid duduk disofa berhadapan Suzie dan Dato Kamarul.

"Ok anak anak Baba. Minggu depan dah mula cuti sekolah. Baba nak bawa, semua orang dalam rumah ni, pergi holiday".

Melompat gembira Nadia. Tersenyum Dato Kamarul, melihat Nadia yang begitu gembira. Manakala Suzie merenung tajam kepada Nadia, sambil menjeling.

"Baba akan bawa Bibik juga".

Kata Dato kamarul, sambil menoleh kepada Bibik yang sebok, menyiapkan makan malam. Terseyum Bibik memandang Dato Kamarul. Bibik tak sangka, dato Kamarul mahu membawanya juga. Bersorak gembira Nadia, bila mendengar, Bibik juga ikut sama. Bertambah bengang Suzie, bila dato Kamarul, memberitahu semua yang Bibik juga akan ikut sama.

"Mekasih Dato, moga Dato sentiasa dirahmati oleh allah. Di bukankan pintu rezeki, yang seluas kuasnya".

Doa Bibik.

"Aminn amin amin!"
Balas Dato Kamarul.

"Sudah siap makannya. Mari semua, makan".

Mereka berempat bangun dari kerusi sofa diruang tamu. Dan bertukar tempat, keruang makan pula. Masing masing mengambil tempat duduk. Manakala Bibik menyendukkan nasi di pinggan semua.

"Saya tak nak banyak Bik".

Kata Suzie kepada Bibik. Yang sebenarnya hati Suzie betul betul sakit, bila Bibik juga turut sama akan pergi ke Singapore. Berpusing pusing akal fikiran Suzie, Untuk mencari helah, agar Bibik tidak dapat ikut bersama.

"Lahh kenapa makan sikit aja ni sayang".

Tanya Dato Kamarul kepada Suzie.

"Tak apalah sayang. Tak baik membazir. Kalau nak lagi baru i tambah lagi".

Seyuman berpura pura sentiasa terukir dibibir Suzie.

"Bik jom makan sama kami. Kesian Bibik, penat memasak untuk kami. Nanti biar i tolong Bibik kemas. Lepas habis makan nanti".

Bibik sedikit terseyum, bila melihat Suzie, begitu berlainan, bila dihadapan Dato Kamarul.

"U ni bagus betullah sayang. I suka cara u. Dah lah cantik, baik pula tu. Sebab itulah u layak jadi bakal isteri i nanti. Tak silap i pilih u untuk menjadi suri dihati i".

Puji Dato Kamarul. Bila Suzie , berbuat baik dengan semua orang didalam rumah. Kerana cintakan Suzie. Apa sahaja yang dibuat oleh Suzie, semua betul dimata Dato Kamarul. Berpandangan Farid dan Nadia dimeja makan. Bila melihat sandiwara yang dibuat oleh Suzie. Farid dan Nadia hanya mampu berdiam diri, bila Babanya ada bersama.

Selesai makan, seperti yang dijanjikan oleh Suzie, dia akan membantu Bibik mengemas meja makan. Nadia turut serta membantu Bibik. Manakala Dato Kamarul dan Farid duduk semula diruang tamu.

"Tepi sikit lah!"

Suzie menolak Nadia dengan sikunya, Bila Nadia berdiri disebelahnya, untuk meletak pingan makan yang diangkat oleh Nadia keatas meja.

"Sakit lah".

Nadia mula bersuara tinggi, terhadap Suzie.

"Mulut kau ni kurang hajar betul lah kan".

Marah Suzie, sambil mengetap bibirnya. Suzie melayang layangkan tangannya kepada Nadia. Sepertinya mahu memukul Nadia.

"Jangan macam tu cik Suzie. Tak baik. Nadia budak lagi. Maafkan aja kesalahannya".

Bibik cuba membela Nadia.

"Kau berdua ni sama bodoh. Kecik apa macam ni. Dah 15 tahun, bukan lima tahun. Tapi akal bodoh dia ni. Macam budak umur 5 tahun".

Sergah Suzie dengan menunding nundung jarinya. Kepada Nadia. Berkerut wajah Nadia, bila Suzie kata begitu. Nadia yang malas untuk berbalah dengan Suzie, terus melangkah kedepan dan duduk bersama Baba dan abangnya.

"Lain kali, kalau aku ajar budak tu, kau jangan nak masuk campur".

Marah Suzie kepada Bibik. Bibik hanya diam membisu. Sepertinya malas hendak melayan kerenah Suzie. Kerana geram Bibik tidak mempedilikan kata katanya. Dia lantas mencari akal, untuk mengenakan Bibik.

"Bik bagi saya jug. Saya mahu ambil air panas. Untuk buat air teh".

"Tak apa cik. Nanti saya boleh buatkan. Cik duduk sahaja didepan".

"Aku kata bagi aku jug, Bagi aja lah. Apa yang tak faham bahasa kau ni. Aku yang nak buat air teh panas. Yang kau meyebuk nak buatkan tu dah kenapa?"

Marah Suzie kepada Bibik. Bibik lantas berhenti dari membasuh pinggan makan dan pergi mengambil jug, buat Suzie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience