Bila Suzie berlalu pergi dari rumah Dato Kamarul. Farid dan Nadia sudah bersedia duduk. Masing masing mengambil posisi tempat duduk diruang tamu. Menantikan Babanya masuk semula kedalam rumah. Nadia tertinjau tinjau kedatangan Babanya. Lehernya dipanjangkannya agar dapat mengintai dari ruang tamu ke pintu utama. Selepas menghantar Suzie kekeretanya dan Suzie meninggalkan, perkarangan rumah Dato Kamarul. Dato Kamarul melangkah kaki masuk kedalam semula.
"Baba sini sekejap".
Panggil Nadia dengan nada manja. Bila melihat Dato Kamarul sampai diruang tamu. Nadia memang seorang anak yang manja dan menjadi anak kesayangan Dato Kamarul. Walau macam mana marah sekali pun. Dato Kamarul tetap sayang dan manjakan Nadia. Dato Kamarul terseyum memandang Farid dan Nadia yang duduk berdua diruang tamu. Lantas Dato Kamarul pergi kepada anak anaknya dan duduk bersama mereka. Dato Kamarul tahu. Anak anaknya pasti mahu bertanyakan sesuatu, tentang kedatangan Suzie tadi.
"Baba! Kami tahu Baba sunyi. Sejak mummy tidak ada lagi bersama kita".
Kata Farid, sambil merenung wajah Babanya.
"Tapi Baba! Kenapa dia? Dia tidak sesuai jadi mama baru kami".
Kata Farid lagi.
"Ya Baba! Nad rasa dia hanya nakkan duit Baba sahaja. Dia agak muda dan cantik. Kenapa nak cari lelaki yang agak berusia macam Baba?"
Sampuk Nadia pula. Dato Kamarul terseyum memandang Kedua dua anaknya, bila anak anaknya memberikan pendapat masing masing.
"Habis tu! Siapa yang sesuai untuk Baba?"
Tanya Dato Kamarul sambil terseyum lagi.
"Cikgu Noor".
Jawap Nadia pantas. Berkerut wajah Dato Kamarul memandang Nadia, untuk beberapa saat dan Dato Kamarul kembali terseyum.
"Cikgu Noor baik apa? Cantik juga. Lembut aja orangnya. Sesuai untuk Baba. Baba pun bukan tua sangat. Masih handsome dan bergaya".
Puji Nadia kepada Babanya. Walaupun Dato Kamarul sudah berusia 54tahun. Tapi masih segak dan bergaya. Dato Kamarul sentiasa menjaga kesiahatannya. Dia sering bersenam dan menjaga kecantikan muka. Nadia beria ria. Mahu Dato Kamarul, menerima Cikgu Noor dalam hidupnya... Cikgu Noor merupakan cikgu tusyen Nadia. Seorang cikgu yang berusia 35tahun, tapi masih belum berumahtangga. Berbanding Suzie yang masih berusia 28tahun. Noor seorang yang sangat lembut dan seorang wanita yang bersopan santun. Noor akan datang kerumah Dato Kamarul setia hari isnin dan jummat malam, untuk mengajar Nadia. Noor juga merupakan cikgu sekolah dia sekolah Nadia juga.
"Kenapa cikgu Noor? Baba bukan kenal sangat dengan cikgu tu".
Tanya Dato Kamarul.
"Sebab dia pun belum kawin lagi! Dia baik orangnya. Lagi pun Nad kenal dia. Dia baik orangnya.".
Jawap Nadia lagi dan memandang Babanya. Farid pula, hanya berdiam diri. Bila Nadia memilih Cikgunya untuk menjadi ibu tirinya. Farid juga sukakan Cikgu Noor, berbanding Suzie. Tapi kalau dibandingkan kecantikan, Suzie lebih cantik dan mengoda. Berbanding cikgu Noor. Farid tidak mahu menentukan siapa yang bakal menjadi ibu tirinya. Itu semua pilihan Babanya. Dia hanya mengikut sahaja keputusan Babanya nanti. Berbanding Nadia, yang berkeras, tidak mahu Suzie menjadi ibu tirinya. Tapi lebih mahukan Cikgu Noor.
"Sudahlah Nad! Baba letih lah. Baba ingat nak masuk tidur dulu ya".
Dato Kamarul, seolah oleh malas hendak melayan Nadia. Dato Kamarul hanya mampu terseyum memandang anak anaknya, lalu bangun dan terus menuju kebiliknya ditingkat atas. Nadia berkerut dahi memandang Babanya pergi meninggalkannya, tanpa sebarang jawapan.
"Abang! Why didn't you defend me just now. You like to be a bad stepmother?"
Marah Nadia, bila Farid tidak membelanya tadi.
"I don't know what else to say. Baba is old. He can think which is best for him"
"Memanglah Baba boleh fikir sendiri. Tapi u tak nampak ke. Dia dah berusia. Tapi u tengok lah pilihan dia. Perempuan macam itu yang dia nak. You didn't see his face just now. Dia marah bila i tak setuju, dia jadi mak tiri kita. I'm so scared Abang".
"Maybe it's just your feelings"
"Abang suka ke dia jadi mak tiri kita ke? Macam membela dia aja abang ni"
"Abang tak cakap pun abang suka dia. Yang sebenarnya abang pun tak setuju. Tapi buat masa ni! Kita tengok sahaja apa yang terjadi nanti. Kita ada banyak masa untuk fikirkan tentang siapa bakal jadi ibu tiri kita. Buka Baba nak kawin sekarang pun".
Kata Farid yang cuba untuk menenangkan adiknya yang gelisah. Nadia hanya diam, bila abangnya kata begitu.
"Dahlah tu! Pergi masuk tidur. Abang pun nak tidur juga ni".
Nadia hanya diam dan setia duduk diruang tamu. Farid menarik tangan adiknya. Nadia bangun dari tempat duduknya dan mengikut Farid naik ketingkat atas dan masuk kedalam bilik masing masing.
.....................................
"Sayang! Betul ke, u nak i jadi isteri u sayang".
Tanya Suzie sambil memeluk lengan Dato Kamarul, bila Dato Kamarul datang kerumahnya dan duduk diruang tamu.
"Dah tentulah Su! Mestilah i nak u jadi wife i. Kalau tidak, takkan lah i belikan u apartment ni. I nak u sentiasa gembira. Yang paling penting, i sayangkan u and u sayang i".
Kata Dato Kamarul kepada Suzie yang terseyum manja, bila Dato Kamarul kata begitu kepadanya.
"Ye ke u sayang i?"
Kata Suzie sambil menggesel geselkan badannya yang hanya bersinglet dilengan Dato Kamarul. Terseyum nakal Dato Kamarul. Bila memandang Suzie yang begitu bernafsu, sambil setia berbuat begitu.
"Tapi anak anak u tak suka i. I nampak reaksi anak anak u hari itu. Bila u cakap nak jadikan i isteri u".
Suzie menjauhkan jaraknya dengan Dato Kamarul, bila dia teringat semula reaksi anak anak Dato Kamaril. Dato kamarul lantas menarik tangan Suzie dan meramas ramas jari jemarinya.
"Alahhh sayang! Jangan lah merajuk. I akan pastikan anak anak i terima u dalam hidup mereka. Lagi pun i dah sayang u. I nak mereka pun terima u".
Terseyum menyeringai Suzie, bila Dato Kamarul memberikan harapan kepadanya dan kembali rapat kepada Dato Kamarul lalu memeluk Dato Kamarul seerat eratnya.
Share this novel