"Tok! tok! tok!"
Suzie mengetuk pintu bilik Dato Kamarul bila menjelang malam. Dengan wajah yang kelat, Dato Kamarul membuka pintu biliknya.
"Goodnight sayang".
Kata Suzie sambil terseyum manja dihadapan depan pintu bilik Dato Kamarul. Dato kamarul juga terseyum melihat Suzie didepan pintu biliknya.
"Sayang i dah lapar! Jomlah keluar dinner berdua dengan i. I tak nak ada ganguan dari anak nak u malam ni".
Suzie mengedik manja sambil memegang dada Dato Kamarul yang tidak berbaju. Dato Kamarul merenung Suzie yang begitu manja, malam ini. Lantas Dato Kamarul mandang bilik Farid dan menoleh kepada bilik Nadia pula. Bilik masing masing tertutup rapat. Dato Kamarul lantas menarik manja tangan Suzie. Masuk kedalam biliknya dan lantas mengunci pintu biliknya. Tidak tahan Dato Kamarul, bila mendengar suara merintih manja Suzie. Suara manja Suzie, membuat sesiapa pun, jadi tidak menentu, apa bila mendengarnya.
"Abang oh abang. Tok! Tok! Tok".
Nadia mengetuk pintu bilik Farid. Farid bangun dari meja gamenya dan membuka pintu.
"Kenapa dik?"
"Abang jom teman Nad beli McDonald detak depan tu".
"Amboii dia ni! Ada ada aja tau. Tak boleh tengok abang nak berehat main game".
Kata Farid dengan seyuman.
"Baba tak keluar bilik lagi ke?"
Tanya Farid, sambil mata memandang pintu bilik Babanya.
"Biarkanlah Baba tu. Nad rasa dia penat. Biarlah Baba rehat. Esok dia nak pergi Johor balik".
Farid hanya terseyum sahaja memandang Nadia.
"Jap abang pakai baju. U tunggu abang dekat dalam kereta. Tolong start sekali enjin kereta abang sekali".
Arah Farid kepada Nadia. Nadia turun kebawah dan mengambil kunci kereta abangnya yang tergantung dan terus keluar. Farid keluar dari biliknya, bila dia sudah siap memakai bajunya. Terhenti Farid seketika didepan pintu biliknya, bila melihat Suzie keluar dari bilik Babanya. Wajah Suzie begitu berseri seri. Suzie terpandang Farid disitu. Terseyum menyeringai Suzie, bila memandang Farid. Sempat Suzie menjelirkan lidahnya keluar dan membuat gaya, seperti menjilat jilat sesuatu lantas mengelip sebelah matanya. Tersetak Farid, sambil berkerut memandang Suzie yang begitu mengeletis sekali. Farid yang tidak larat untuk melihat gedik Suzie, yang seakan akan cuba mengodanya, terus turun kebawah. Suzie pula terus masuk kedalam biliknya. Farid dan Nadia keluar dari rumah dan terus ke McDonald.
"Tok! Tok! Tok! Sayang! U dah siap ke?"
Panggil Dato Kamarul dihadapan pintu bilik Suzie. Suzie membuka pintu biliknya dan terseyum memandang Dato Kamarul yang begitu segak sekali malam ini.
"U ni! Buat dada i bergetar bila tengok u handsome macam ni lah sayang".
Bisik manja Suzie dicuping telinga Dato Kamarul sambil memeluk Dato Kamarul. Dato Kamarul menolak lembut Suzie.
"Heii sayang! Jangan buat macam ni. Nanti anak anak i nampak".
Kata Dato Kamarul sambil memcubit manja pipi Suize.
"Anak anak u dah keluar sayang. Tadi i nampak".
Berkerut dahi Dato Kamarul. Bila Suzie mengatakan yang Nadia dan Farid sudah keluar. Lantas Dato Kamarul mengeluarkan handphonenya dan terus menghubungi Farid.
"Baba call".
Kata Farid kepada Nadia, bila handphonenya berbunyi. Nadia lantas merampas handphone Farid dari tangan Farid dan terus menjawap pangilan tersebut. Farid terseyum melihat gelagat adiknya.
"Hello Baba".
"Kamu berdu pergi mana sayang?"
"Kami pergi beli makanan Baba. I nak makan McDonald. Itu yang i ajak abang. Kami drive thru sahaja Baba."
Terang Nadia.
"Ok tak apa sayang! Enjoy your meal. Baba nak keluar dengan auntie Suzie. Nanti kami balik. Tak payah tunggu Baba ya".
"Hurmmm"
Itu sahaja yang keluar dari mulut Nadia.
"Ok sayang take care. Love you sayang. Bye".
"Ok, love you too. Bye".
Balas Nadia dengan nada yang lemah. Lalu memutuskan talian dan memberikan Farid semula, handphonenya.
"Ni apasal moncong aja ni. Baba cakap apa? Sampai u buat muka macam ni".
Tanya Farid bila melihat adiknya begitu.
"Baba nak keluar dengan auntie Suzie. Auntie Suzie tu dah lah jahat. Tak macam cikgu Noor. Cikgu Noor baik sangat. Nad suka dengan dia. Kenapalah Baba boleh pilih auntie Suzie. Kalau Baba pilih cikgu Noor. Nad lah orang yang paling gembira dalam hidup ini".
Farid hanya diam, bila mendengar adiknya yang membebel tentang cikgu Noor dan Suzie. Malas Farid mahu melayan Nadia. Nanti banyak pula mahu ditanyanya. Farid hanya membiarkan sahaja Nadia berangan angan tentang cikgu Noor.
Share this novel