part10

Drama Completed 18514

"Haiii! Sarapan pagi tak ajak kita pun".

Perli Suzie.

"Tak apa, Makan lah! Aku pun tak heran dengan masakan kau tu".

Kata Suzie dan berlalu naik keatas semula dan membiarkan mereka menjamu air milo yang bercampur dengan julap itu

"Mampus cirit birit kau hari ini".

Suzie terseyum jahat dan terus masuk kedalam bilik.

"Nadia, cikgu balik dulu ya. Nanti kita jumpa minggu depan pula".

Kata Noor dan melangkah pergi meninggalkan Nadia dirumahnya. Nadia melambai permergian cikgunya dan terus masuk kedalam rumah. Nadia terus baring diruang tamu dan menoton television. Lebih kurang setengah jam kemudia. Perut Nadia terasa sakit. Nadia pergi ketandas. Bila Nadia keluar sahaja dari tandas. Tidak sampai beberapa minit, dia masuk semula kedalam tandas. Sakit perut kali ini yang teramat sangat. Bukan Nadia sahaja yang mengalami sakit perut. Noor juga sudah banyak kali keluar masuk tandas. Kali ini Nadia betul betul tidak tahan, kesakitan perut yang melanda dirinya. Dia lantas pergi kepada abangnya yang sedang tidur didalam bilik.

"Abang! abang! Tok tok tok".

Nadia memangil sambil mengetuk pintu bilik Farid. Dengan wajah yang kusut, Farid bangun dari katil dan membuka pintu biliknya.

"Haaa kenapa ni Nad? Kacau abang pagi pagi ni?"

"Abang Nad sakit abang".

Nadia terduduk didepan pintu bilik abangnya. Nadia betul betul sakit dan keletihan, kerana keluar masuk tandas tadi. Bibir Nadia mula menjadi pucat. Terperanjat Farid, melihat adiknya begitu. Dia lantas mencapai baju didalam biliknya dan terus membawa adiknya kekelinik yang berdekatan rumah mereka.

"Adik awak ni keracunan makanan. Dia makan apa pagi tadi atau malam tadi?"

Tanya doktor kepada Nadia. Nadia memberi tahu doktor yang pagi tadi dia ada makan mee goreng dan air milo. Itu pun dimasak oleh cikgu Noor. Nadia memandang abangnya yang berdiri disebelah.

"Jadi adik saya akan ok ke doc?".

"Lepas saya berikan satu suntikan dia akan kembali sehat. Saya akan berikan dia ubat juga".

Lega hati Farid bila doktor kata begitu. Tidak payahlah dia memberi tahu Babanya, tentang hal ini. Mereka pulang kerumah. Sampai sahaja dirumah. Kelihatan Suzie sedang sebok menonton television, sambil bermain dengan handphonenya.

"Ehh kenapa dengan Nadia tu Farid?"

Tanya Suzie bila melihat Farid memapah Nadia masuk kedalam rumah. Disebalik ceritanya Suzie sudah tau apa yang terjadi kepada Nadia.

"Keracunan makanan"

Balas Farid ringkas.

"Ini mesti pasal masakan cikgu tu kan? Nampak je macam orang baik. Tapi jahat juga orangnya. Entah entah dia sahaja nak bagi Nad sakit. Entah apa yang dia masak kita pun tak tahu".

Suzie beria ia menuduh Noor yang melakukan semua ini. Nadia hanya diam membisu. Dia malas untuk berdebat dengan Suzie disaat dia sedang sakit. Farid yang malas mendengar kata kata tuduhan itu, terus memapah adiknya naik keatas dan masuk kedalam bilik.

"Adik rehat ya! Abang ada aja dekat dalam bilik abang".

Nadia yang baring diatas katil, hanya menganggukan kepalanya sahaja. Manakala dirumah Noor, Noor mengerang kesakitan dan Ayahnya membawa dia kekelinik juga. Seperti yang Nadia alami. Doktor itu memberitahu yang dia keracunan makanan. Bila doktor kata begitu. Noor terus teringatkan Nadia. Bila pulang dari klinik, Noor terus memenghubungi Nadia. Untuk memastikan yang Nadia tidak apa apa. Noor cuba menghubungi Nadia tapi tidak berjawap. Kerana Nadia diberikan ubat tidur oleh doktor. Lantas dia menghubungi rumah Nadia.

"Ring! Ring! Ring!

"Hiss siapalah yang call ni! Semak otak aku ni".

Marah Suzie yang sedang duduk diruang tamu sambil menonton television. Suzie banggun dan terus mengankat gang gang talifon dan diletakkan ditelinganya.

"Hello"

Jawap Suzie dengan nada sedikit marah.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Nadia".

Bila mendengar sahaja nama Nadia. Suzie sudah dapat mengagak yang suara ditalian itu adalah suara cikgu Noor.

"Ni siapa?

Tanya Suzie yang cuba memastikan. Suara itu milik Noor.

"Saya cikgu Noor. Saya nak bercakap dengan Nadia boleh ke? Dia ada dekat rumahkan?"

"Ohhh engkau lah yang buat dia sakit kan. Apa yang kau dah buat ya! Sampai dia sakit macam tu. Kau letak racun ya dalam makanan dia".

Kata kata Suzie membuatkan Noor betul betul marah. Noor tidak berkata apa apa dan terus menekan butang tutup. Agar dapat memutuskan talian talifonnya dengan Suzie. Tersenyum jahat Suzie, bila berjaya buat Noor marah. Noor pula tidak menentu bila Suzie kata begitu. Noor betul betul tidak puas hati dengan tuduhan yang tidak berasas Suzie kepadanya.

"Macam mana keadaan awak Nadia. Cikgu betul betul risau. Cikgu yang dewasa ni pun tidak dapat menahan sakit perut. Ini kan pula awak budak kecil".

Bisik Noor didalam hati. Noor betul betul risaukan anak muridnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience