"Tak boleh lah macam tu Nadia. Abang Farid kan ada. Abang Farid boleh tengok tengokkan Nadia".
Noor menolak pelawaan Nadia. Nadia membuat muka sedih. Bila Noor tidak mahu menemaninya.
"Alahh Nadia! Jangan lah buat muka macam tu Nadia. Cikgu minta maaf sangat! Cikgu tak dapat temankan Nadia malam ni. Nanti apa pula kata orang. Kalau cikgu selalu tidur dekat sini. Tak baik macam tu Nadia".
Noor cuba menerangkan kepada Nadia, tentang tidak baik selalu tidur rumah orang.
"Cikgu! Nad janji dengan cikgu. Malam ini sahaja cikgu teman kan Nad. Lepas ni Baba balik. Nad akan rasa lebih selamat".
Pujuk Nadia kepada Noor. Pujukan Nadai membuatkan Noor tidak dapat menolak lagi pelawaan itu.
"Ok lah! Tapi ini last ya. Lepas ini cikgu akan lebih berkeras dengan kamu".
Kata Noor dengan wajah terseyum.
"Dah, hari ni kita tak payah belajar. Jom masuk bilik kamu. Kamu kena banyak berehat".
Nadia terseyum dan menutup buku yang tadinya dia buka dan menarik tangan Noor naik. Kelihatan Farid terbaring diruang tamu ditingkat atas, sambil bermain dengan handphonenya. Dari Farid baring, terus Farid bangun dan duduk. Bila ternampak cikgu Noor naik ketingkat atas.
"Malam ni cikgu Noor teman Nad. Nad ajak cikgu tidur sini ya abang?"
Terseyum Farid melihat adiknya yang begitu gembira, bila Cikgu Noor ada disisinya.
"Boleh Nad".
Balas Farid. Noor memberikan senyuman kepada Farid dan terus mengikut Nadia masuk kedalam biliknya. Bila Noor dan Nadia masuk kedalam bilik, Farid kembali baring semula disofa.
"Ada chan aku keluar malam ni! Cikgu Noor ada".
Bisik Farid sambil terseyum sendiri. Farid menghubungi kawan Kawannya untuk berjumpa ditempat biasa. Farid bangung dari tempat baringnya untuk menukar baju dan seluar. Baru hendak melangkah masuk, tiba tiba.
"Farid tolong i sekejap".
Panggil Suzie dihadapan pintu biliknya.
"Kenapa?"
Tanya Farid dari tempat dia berdiri.
"Tolong Zip kan?"
Kata Suzie dengan nada manja.
"Hisss ada ada aja".
Bisik Farid, sambil berjalan kepada Suzie dihadapan pintu biliknya. Suzie berpusing, agar Farid dapat mengenakan Zip baju. Tertelan air liur Farid, ketika menarik zip baju Suzie keatas.
"Hemmm ahaammmm". Berpusing Farid dan Suzie, bila mendengar suara berdehem berserta batuk kecil yang dibuat buat itu. Datang dari atas anak tangga. Suzie dan Farid lantas memandang ketangga tersebut. Kelihatan Dato Kamarul ada disitu.
"Korang buat apa ni?"
Tanya Dato Kamarul dengan nada yang agak tinggi. Bila melihat Farid memakaikan Zip baju Suzie.
"Ehhh sayang! Kata balik esok".
"Habis! Kalau i balik esok, u boleh lah berdua duaan dengan anak i?".
"Ehhh u salah sangka ni! I tak boleh nak zip baju i ni. Kebetulan Farid lalu. Itu yang i minta tolong dia".
Terang Suzie. Farid hanya diam tidak berkata apa apa. Dia tahu, perkara yang dia buat itu salah. Dia tidak sepatutnya menolong Suzie. Dato Kamarul terdiam, bila mendengar kata kata Suzie. Dato Kamarul tidak dapat berkata apa apa buat masa ini. Dia hanya risaukan anak perempuannya, itu sahaja. Lantas Dato Kamarul meletakkan bagnya di sofa dan terus membuka pintu bilik Nadia. Dato Kamarul tidak tahu yang Noor ada tidur disitu. Bila pintu bilik dibuka, Dato kamarul dapati Noor ada diatas katil bersama Nadia. Noor tidak mengenakan tudung didalam bilik itu. Terperajat Noor, bila Dato Kamarul membuka pintu bilik yang lupa dikuncinya. Terpegun Dato Kamarul melihat Kecantikan Noor yang tidak memakai tudung dan rambutnya yang panjang sehingga kepingang membuatkan Noor kelihatan lebih menawan. Melompat Noor dari katil dan mencapai tudungnya diatas kerusi alamari mekup Nadia.
"Maaf cikgu! Saya tak tahu awak ada disini".
Kata Dato kamarul dengan senyuman. Bila melihat Noor melompat dari katil dan mencapai tudungnya. Terseyum juga Noor, bila terasa bodoh melompat begitu.
"Maaf Dato. Nadia mahu saya temankan dia disini. Saya kesian melihat Nadia. Itu yang saya temankan dia. Dapat lah saya urut sikit tangan dia yang terseliuh itu".
Terang Cikgu Noor, kepada Dato Kamarul. Bila teringatkan tangan Nadia. Dato Kamarul lekas lekas ke katil dan duduk disebelah Nadia.
"Sayang! Awak macam mana?"
"Saya ok Baba. Sikit aja ni".
"Leganya hati Baba dapat lihat kamu. Lebih lega lagi. Bila tengok kamu tidak apa apa".
Dato Kamarul lantas mencium dahi Nadia.
"Kamu dengan cikgu berehatlah dulu. Baba nak masuk bilik. Baba pun nak berehat. Kerja Baba dekat sana dah selesai. Baba letih sangat ni. Lepas habis kerja petang tadi. Baba terus bergegas balik".
Terang Dato Kamarul kepada Nadia.
"Baik baba".
Balas Nadia. Dato Kamarul keluar dari bilik Nadia. Noor kembali kekatil dan duduk disebelah Nadia.
Share this novel