Part28

Drama Completed 18514

"Amboii happy nampak?"

Tegur Dato Kamarul kepada Suzie yang betul betul leka bergurau senda dengan lelaki handsome disebelahnya. Terkejut Suzie bila berpusing kepada suara yang menegurnya. Tersentak dada Suzie, bila terpandang Dato Kamarul disitu. Lantas Suzie terus bangun dari tempat duduknya.

"Eh u! U buat apa dekat sini?"

Tanya Suzie dengan wajah terpinga pinga dan kelihatan pucat, kerana terperanjat.

"U tanya i, apa i buat dekat sini? Sepatutnya i yang tanya u! Apa u buat dekat sini. I cari u dekat apartment u, tapi u tak ada. Rupa rupanya u bermadu kasih dekat sini ya?"

"Apa ni bro! Apa yang marah marah ni?".

Tiba tiba lelaki disebela Suzie, bangun dan bersuara. Kelihatannya lelaki itu sudah mabuk.

"Tak payah nak masuk campur bro. Bukan hal kau. Ini urusan aku dengan dia".

Marah Dato Kamarul dengan nada tinggi. Terbuntang mata lelaki itu memandang Dato Kamarul. Bila Dato Kamarul meninggikan suara kepadanya. Suzia hanya mendiamkan diri.
Lelaki tadi yang kelihatannya sudah mabuk. Mula merapatkan diri kepada Dato Kamarul. Berkerut wajah Dato Kamarul bila dia mula menghampirinya.

"Tak payah nak cari pasal dekat sini. Orang nak enjoi! Kau buta ke?".

Kata lelaki itu dihadapan muka Dato Kamarul. Kerana bau busuk air arak dari mulut lelaki tu. Dato Kamarul menolak sedikit bahu lelaki tu, agar tidak terlalu hampir dengannya. Bila tangan Dato Kamarul tersentuh bahunya. Lantas lelaki itu melepaskan satu tumbukan tepat ditepi mata Dato Kamarul. Terperanjat Dato Kamarul. Bila lelaki itu bertindak begitu. Dato Kamarul terjatuh kelantai, bila lelaki itu melepaskan tumbukan. Lantas Dato Kamarul bangun dan melepaskan kembali tumbukan tepat ke pipi lelaki itu. Dia juga terjatuh akibat tumbukan dari Dato Kamarul. Maka Jadilah pergaduhan disitu, dan dileraikan oleh bonzer, yang menjaga tempat itu. Terkejut Suzie bila kejadian itu, berlaku didepan matanya. Dia lantas datang kepada Dato Kamarul dan memeluk Dato Kamarul. Agar Dato Kamarul stabil bila berdiri. Manakala lelaki itu berjalan keluar dari club sambil matanya memandang Dato Kamarul dengan kemarahan yang membuak buak.

"Sayang i so sorry sayang. I betul betul marahkan dekat u. Sebab, sekarang u selalu sebut nama cikgu tu depan i. Sebab tu i layan lelaki tu. I tak kenal dia pun. Dia ajak i teman dia minum sahaja".

Suzie cuba menerangkan situasi yang sebenarnya kepada Dato Kamarul. Dato Kamarul menoleh memandang Suize... Dato Kamarul melepaskan pelukan Suzie.

"Sudah lah"

Lalu Dato Kamarul meninggalkan Suzie disitu. Sampai di pintu masuk. Kelihatan Aida telah menanti Dato Kamarul disitu. Aida menghalang laluan Dato Kamarul.

"U kata u seorang yang setia. Tapi, belum tentu sidia setia terhadap u".

Menjeling Dato Kamarul memandang Aida. Dato Kamarul meluru keluar dan melangkah masuk kedalam kereta. Sampai didalam kereta, dato Kamarul menghentak stereng keretanya dengan telapak tangan.

"Sial betul lah"

Jerit Dato Kamarul. Sambil mendegus menahan sakit ditepi matanya dan sedikit luka dibuku lima di jari. Dato Kamarul memandu terus pulang kerumah. Bila sampai dirumahnya Dato Kamarul berdiri dimuka pintu masuk rumahnya. Dengan muka yang tercedera. Akibat bergaduh tadi.

"Yaallah apa yang terjadi ni?".

Tanya Noor kepada Dato Kamarul, yang balik berkeadaan begitu. Bila Nadia melihat Babanya begitu. Nadia Lantas lari dan memeluk Dato Kamarul.

"Apa yang telah terjadi Baba?"

"Tak ada apa apa Nad. Baba cuma terjatuh. Tak apa sayang sikit aja".

Kerana kasihan! Noor memapah Dato Kamarul naik ketingkat atas dan meletakkan Dato Kamarul disofa diruang tamu atas.

"Thanks cikgu. Saya tak apa apa. Cedera sikit aja".

"Mana boleh macam tu Dato. Lebam ni kena rawat. Kalau tak, akan jadi lebih teruk".

Noor meninggalkan Dato Kamarul bersama Nadia diatas. Dia bergegas turun kebawah untuk mengambilkan air panas. Noor mahu menuam muka dato yang bengkak itu. Noor naik semula ketingkat atas dan meletakan bekas air panas itu di tepi kerusi sofa. Lalu menuam kain yang panas suam itu ke tepi mata Dato Kamarul. Berdengus kesakita Dato Kamarul menahan Sakit.

"Terima kasih cikgu"

Dato kamarul terseyum malu, bila Noor membantunya. Dato Kamarul merasakan dirinya telah menyusahkan Noor.

"Sama sama Dato".

Balas Noor dengan senyuman.

"Baiknya kau! Kenapalah aku buta. Mencari cari cinta. Rupanya cinta itu sudah ada didepan mata".

Bisik Dato Kamarul. Sambil leka melihat keayuan Noor yang membersihkan luka ditangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience