"Nad! Bibi dah balik tau. Dia ada dekat rumah kita sekarang ni".
"Wahhh bestnya, Nad dah rindu Bibik".
Kelihatan Nadia begitu keriangan bila Babanya memberitahu tentang kepulangan pembantu rumahnya.
"Hari hari lah Nad dapat makan sedap sedap. Sepanjang Baba tak ada. Saya selalu tak dapat makan. Bukan auntie Suzie nak masak untuk Nad pun. Lagi satu, dia selalu marah marah Nad. Ada aja yang Nad buat, menjadi kemarahannya".
Berkerut wajah Dato Kamarul, bila Nadia kata bagitu. Baginya, Nadia cuba memburuk burukkan Suzie.
"Kenapa Nad cakap macam tu? auntie Suzie baik orangnya. Apa yang Baba nampak. Dia sediakan makan yang sedap sedap buat Nad. Kenapa Nad nak fitnah dia. Dia buat apa dekat Nad. Sampai Nad sangup memburuk burukkan dia".
Dato Kamarul, meninggikan suaranya sedikit. Bila berbicara dengan Nadia. Mencebik Nadia, bila Dato Kamarul tidak mempercayai kata katanya.
"Sampai hati Baba tak percayakan Nad".
"Baba tak akan percaya apa apa pun yang keluar dari mulut Nad tentang auntie Suzie. Selagi Baba tak nampak dengan mata Baba sendiri".
Nadia hanya berdiam diri bila Babanya kata begitu. Dia merasakkan, tidak ada sesiapa yang akan mempercayainya kecuali cikgu Noor. Sampai dirumah, Nadia keluar dari kereta dan menghempas pintu kereta Dato Kamarul dengan agak keras.
"Nad!"
Jerit Dato Kamarul. Nadia lantas merentan rentan kakinya masuk kedalam rumah. Nadia betul betul marah dengan Dato Kamarul yang tidak mempercayainya. Mengeleng geleng kepala Dato Kamarul melihat perangai Nadia begitu.
"Cik Nadia turun makan"
Teriak Bibik dipertengahan tangga. Nadia tidak memperdulikan, Bibik yang memangilnya. Dia masih merajuk dengan Dato Kamarul. Bila Dato Kamarul mendengar teriakan Bibik. Dato Kamarul yang masih tidak pergi keofisnya lantas keluar dari biliknya dan terus pergi ke bilik Nadia. Dia tahu Nadia masih marahkannya.
"Sayang, jom makan dengan Baba. Hari ini last Baba cuti. Tak kesian ke Baba makan sorang sorang".
Pujuk Dato Kamarul. Nadia yang masih berbaju sekolah, hanya mendiamkan diri. Sambil berpaling ketempat yang lain.
"Ok lah! Ok lah. Baba salah. Baba minta maaf ya sayang".
Dato Kamarul menarik tangan lembut Nadia. Nadia yang merajuk, mula tersenyum.
"Jom makan"
Nadia mengikut Babanya turun kebawah dan Bibik menghidangkan makanan diatas meja.
"Nad rindu dekat Bibik. Rindu masakan Bibik".
Kata Nadia dengan senyuman.
"Bibik pun rindu kamu sayang".
Bibik membalas senyuman Nadia. Setelah makan, Nadia membantu Bibik mengemas meja makan, manakala Dato Kamarul baring dihadapan television diruang tamu. Hari ini Dato Kamarul membuat keputusan untuk berehat sahaja dirumah kerana eaok dia akan masuk keofisnya.
"Ejoi kau tak bosan ke makan dekat sini?"
Tanya Farid kepada kawan sekolejnya Ejoi. Kerana meraka sering makan. Bagi Ejoi itu adalah tempat makan kegemaran dia. Kerana ramai anak anak gadis, juga melepak tempat itu.
"Pasal awek, aku mana pernah bosan bro. Makan dapat, cucu mata pun dapat".
Terseyum menyeringai Ejoi, bila bercakap tentang anak anak gadis disitu. Farid dan Zul hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba tiba mata Farid terpandang Suzie bersama kawan kawanya masuk direstoran yang sama tempat Farid dan kawan kawannya makan. Berpusing Farid, bila melihat Suzie masuk direstoran yang sama. Farid tunduk sedikit dan berharap Suzie tidak nampak dirinya disitu. Tapi Farid Silap, Suzie telah pun nampak dia disitu. Suzie melangkah pergi kepada Farid dan diikuti oleh kawan kawannya.
Share this novel