Memperkenalkan Bakal ibu tiri.

Drama Completed 18514

"Anak anak Baba. Baba ada berita yang gembira buat kamu berdua".

Kata Dato Kamarul sambil memandang kepada anak gadisnya yang bernama Nadia dan beralih pandangan kepada anak terunanya pula yang bernama Farid. Mereka berdua sedang menjamu makan yang ada diatas meja. Wajah mereka berdua berkerut memandang Babanya dan mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Perkara apa yang Baba ingin kata kan? Nampaknya macam berita yang megembirakan"

Fikir Farid dan Nadia dan lantas mereka berdua setia mendiamkan diri. Manakala Dato Kamarul terseyum senyum dan memandang pula kepada wanita yang sedang duduk makan disebelahnya. Dato Kamarul, menggengam jari wanita itu dengan Erat. Wanita yang bernama Suzie itu terseyum manis dan sedikit gedik, merenung maja kepada Dato Kamarul. Bila Dato Kamarul buat begitu. Farid dan Nadia dapat mengagak, apa yang mahu disampaikan oleh Babanya. Farid dan Nadia mula berhenti dari makan dan memerhatikan Babanya yang begitu sebuk bermain dengan senyum, antara satu sama lain dengan wanita disebelahnya.

"Kamu berdua tahukan, Baba sudah lama berkenalan dengan Auntie Suzie. Baba rasa, ini lah masanya untuk Baba mengambil auntie Suzie menjadi isteri Baba. Baba mahu kamu berdua terima auntie sebagai mama baru kamu".

Kata Dato Kamarul dengan wajah yang berseri seri. Suzie yang tadinya sedang menjamu makannya, terhenti dan memadang kepada Dato Kamarul. Suzie betul betul terperanjat dengan kata kata Dato Kamarul. Suzie kelihatan begitu gembira. Bila Dato Kamarul memperkenalkan dirinya, sebagai bakal ibu tiri kepada anak anaknya. Dia akan menjadi isteri kepada seorang Dato yang kaya raya selepas ini. Terseyum bangga Suzie.

"Tak mahu lah. I tak nak dia jadi mama baru I".

Kata Nadia dan lantas bangun dari tempat duduknya diikuti oleh abangnya Farid. Suzie membeliakkan biji matanya, memandang Nadia, bila Nadia kata begitu dihadapanya. Suzie menggetap giginya menahan marah.

"Biadap budak ni! Dia belum tahu lagi siapa aku. Berani betul dia nak halang aku jadi isteri bapaknya".

Bisik Suzie sambil memandang pula kepada Dato Kamarul. Suzie berubah wajah. Dari tadinya marah, Kini berpura pura kesedih, bila anak gadis Dato Kamarul kata begitu.

"Nad! Tolong jangan biadap depan auntie. Baba tak suka. Kamu kurang hajar. Tolong hormat auntie Suzie".

Marah Dato Kamarul kepada anaknya Nadia. Nadia cuba untuk pergi diri dari meja makan itu. Tetapi sempat dihalang oleh Dato Kamarul dengan suaranya

"Haaa nak kemana tu? Duduk".

Sergah Dato Kamarul lagi, kepada anak anaknya... Dalam wajah yang tidak berpuas hati. Nadia dan Farid duduk kembali. Terseyum sinis Suzie. Bila Dato Kamarul memarahi anak anaknya.

"U, janganlah berkeras sangat dengan anak anak u. Berilah mereka masa untuk terima i dalam hidup mereka. Mereka baru nak bersuai kenal dengan i, begitu juga i".

Kata Suzie dengan nada yang lembut. Sambil memandang Farid dan Nadia. Tertunduk Farid dan Nadia, bila Suzie memandangnya.

"U ni, baik sangatlah Suzie".

Kata Dato Kamarul, sambil menggengam tangan Suzie. Suzie terseyum manja, memandang Dato Kamarul.

"You look! This aunt is a good person. Baba doesn't like you to think that's not it. Dia akan sayang kamu, macam mana arwah Mummy jaga kamu... Itu Baba pasti".

Kata Dato Kamarul dengan nada yang lembut kepada anak anaknya. Yang kelihatan terdiam seribu bahasa. Tidak berani untuk membantah kata kata Babanya. Jauh disudut hati Farid dan Nadia, betul betul tidak suka dengan tindakan Babanya. Suzie pula terseyum seyum bahagia, memandang Dato Kamarul.

Dato Kamarul merupakan seorang Dato yang sangat kaya, yang telah pun kehilangan isteri tersayang. Akibat sakit barah hati, Lima tahun yang lepas. Sejak itu lah, Dato Kamarul lah yang menjaga anak anaknya, dibantu oleh seorang pembantu rumah. Sehinggalah kini, Farid sudah pun berumur 20tahun dan Nadia berusia 15tahun. Dato Kamarul begitu kesunyian, selepas kehilangan isteri tersayang, sehinggalah dia bertemu dengan Suzie. Suzie mula hadir dalam hidupnya dan memberikan Dato Kamarul sinar kebahagian yang sudah lama Dato Kamarul nantikan. Dato Kamarul sungguh terpesona dengan pewatakan Suzie yang manja dan mengoda. Sehinggakan Dato Kamarul, tidak dapat menilaikan kaca dan permata. Kerana leka dalam layanan manja Suzie.

"Baba berharap sangat! Kamu dapatlah terima auntie Suzie. Baba memerlukan seorang wanita, untuk menjadi penyeri hidup Baba. Baba harap kamu berdua faham dengan perasaan Baba".

Kata Dato Kamarul kepada anak anaknya dengan nada lembut. Dato Kamarul berharap sangat anak anaknya dapat menerima Suzie... Farid dan Nadia hanya diam, tidak mahu berkata apa apa tentang Suzie. Mereka hanya memendam perasaan dan bersabar seketika dihadapan Suzie... Tidak sabar rasanya mahu menunggu Suzie pulang. Mereka mahu berbincang enam mata sahaja dengan Babanya.

Kalau penulisan tidak mendapat sambutan yang baik, jangan gusar. Mencuba dan terus mencuba. Pasti akan ada jalan untuk berjaya. Walaupun dengan cara yang merangkak rangkak. Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience