Bila Dato Kamarul keluar dari bilik Nadia. Kelihatan Suzie sahaja yang ada didepan pintu biliknya sambil berpeluk tubuh memantikan Dato Kamrul keluar dari bilik Nadia. Manakala Farid sudah keluar untuk berjumpa kawan kawanya.
"Ni nak pergi mana cantik cantik ni?"
Tanya Dato Kamarul kepada Suzie. Sambil menjeling melihat Suzie, yang sudah bersiap cantik dan bermekup.
"I ingat nak jumpa Aida tadi. Tapi u dah balik, i tak jadi lah nak pergi. I nak layan u".
Kata Suzie dengan manja, sambil berpaut lengan dengan Dato Kamarul.
"I letih lah sayang. Kalau u nak keluar u pergi lah. I ingat nak berehat aja. Badan i ni letih sangat".
"Ok lah kalau macam tu! U berehat ya sayang. I nak pergi jumpa Aida dulu".
Suzie merapatkan dirinya dan mencium pipi Dato kamarul. Dato Kamarul lantas memeluk pinggang Suzie.
"I pergi dulu ya? Good night sayang. Sweet dreams".
Dato kamarul melepaskan Suzie, Sambil terseyum.
"Hati hati memandu. Cepat balik ya?"
Suzie turun kebawah dan berlalu pergi. Dato Kamarul terus masuk kedalam biliknya untuk mandi menyegarkan diri. Bila selesai mandi, dato Kamarul turun kebawah untuk membuat secawan kopi. Bila sampai dibawah. Kelihatan Noor sendirian sedang membancuh air milo.
"Haii haus juga ke?"
Tegur Dato Kamarul.
"Ehh Dato! Saya buatkan air untuk Nadia. Dia haus katanya. Itu yang saya tolong buatkan air milo. Dato nak apa apa ke? Saya boleh buatkan".
Tanya Noor kepada Dato Kamarul. Pertama kali Dato Kamarul bertentang mata dan betul betul memandang Noor. Kalau sebelum ini, Dato Kamarul memandangnya hanya sebelah mata.
"Cantik juga kau ni cikgu! Wajah kau manis berseri. Sejuk mata aku memandang kau".
Bisik Dato Kamarul, sambil merenung Noor. Gelisah Noor bila direnung begitu.
"Dato nak minum apa apa ke?".
Tanya Noor lagi sekali. Tersetak Dato Kamarul dari lamunan.
"Ya, ya nakkk. Boleh buat kan saya air kopi?"
Terseyum Noor.
"Boleh! Kejap ya".
Jawap Noor lembut. Noor membuatkan Dato Kamarul air kopi dan mereka berdua bersama sama naik keatas.
"Saya masuk tidur dulu ya Dato".
"Baik cikgu. Thanks untuk air kopi ini".
Noor hanya terseyum dan berlalu masuk kedalam bilik. Dato Kamarul membalas senyuman Noor dan masuk kedalam biliknya. Wajah Noor yang lembut dan ayu, membuatkan Dato kamarul terseyum sendiri dan menghirup kopi yang dibuat oleh Noor.
"Morning Baba".
Kata Nadia bila datang kepada Babanya yang sedang baring diatas sofa bed diruang tamu. Lantas Nadia memeluk dan baring disebelah Babanya.
"Morning sayang".
Balas Dato Kamarul dan memeluk Nadia kembali.
"Cikgu Noor mana?"
Tanya Dato Kamarul. Sambil meninjau ninjau dengan anak matanya.
"Tadi Nad keluar bilik sama sama cikgu. Cikgu terus kebawah. Nak buat sarapan katanya".
Jawap Nadia.
"Ehhh kenapa tak pergi tolong cikgu. Tak baik macam tu. Dan bangun, pergi tolong cikgu ya? Dia kan tetamu kita".
Terseyum Nadia sambil bangun dan memandang Babanya.
"Ok lah!". Balas Nadia dan berjalan turun ke bawah. Untuk membantu Nadia didapur. Kemudian keluar pula Farid dari dalam biliknya. Bila melihat Babanya Sedang baring sambil bermain dengan talifon bimbitnya. Farid lantas datang dan duduk hujung Kaki Dato Kamarul. Terseyum Dato Kamarul memandang Farid.
"Ni malam tadi balik pukul berapa? Enjoi aja dengan kawan kawan".
Kata Dato Kamarul sambil terseyum.
"Baba, Farid nak minta maaf pasal semalam".
"Tentang apa Farid?"
Tanya Dato Kamarul yang mula lupa kejadian antara Farid dan Suzie. Malam tadinya.
"Pasal Farid pasangkan zip baju Suzie... Dia datang minta tolong i, itu yang i tolong dia".
"Ehh tak apa Farid. Kita lupakan aja. Benda kecil aja je tu. Baba tak ambil hati pun. Jom turun bawah. Cikgu Noor tengah buatkan kita sarapan. Kita sarapan sama sama. Hari ini Baba cuti".
Terseyum Farid, bila Babanya tidak memarahinya. Mereka berdua bangun dari sofa dan melangkah kaki turun kebawah. Kelihatan Noor sedang membawa makan dari dapur kemeja makan diruang tamu, dibantu oleh Nadia.
"Jemput makan Dato. Jemput makan Farid".
Kata Noor dengan nada yang lembut. Dato Kamarul dan Farid duduk dikerusi meja makan dan Noor menuangkan air milo yang masih panas dicawan mereka berdua. Nadia datang dari dapur dan membawakan roti bakar.
"Wahhh anak baba buatkan ke ni?"
Puji Dato Kamarul, bila Nadia membawa roti bakar. Terseyum menyeringai Nadia dan lantas duduk disebelah Babanya. Mereka berempat bersarapan sama sama.
"Dato, Suzie mana?"
Tanya Noor kepada Dato Kamarul. Bila Suzie tidak turun kebawah, untuk bersarapan bersama.
"Saya rasa dia balik lambat malam tadi. Biarklan lah dia tidur. Nanti kalau lapar, pandailah dia turun bawah".
Balas Dato Kamarul.
"Lepas saya bersarapan ni. Saya nak terus balik ya Dato. Nanti bising pula bapa saya".
Dato Kamarul hanya menganggukkan kepalanya sahaja, tanda Faham. Terseyum Nadia melihat Babanya dan Cikgu Noor yang mula mahu berbicara panjang. Bila semuanya selesai bersarapan. Noor mencuci dan membersihkan tempat mereka makan tadi. Sebelum pulang kerumahnya. Dibantu oleh Nadia.
Share this novel