"Kau ni memang bodohlah Suzie. Kalau kau tak goda Farid, Duit dari poket kau tak akan terjatuh! Sial betullah".
Ngomel Suzie sendiri. Sambil diduduk diatas penutup tandas.
"Oii apa yang lama sangat! Apa lagi agenda yang kau nak main kan, selepas ni".
Jerit Farid dari dapur. Suzie lantas bangun dan terus membuka pintu tandas.
"Mulut kau tu jangan nak kurang hajar sangat ya. Tolong jaga sikit, sebelum aku tempar muka kau".
Marah Suzie, bila keluar dari tandas. Farid terseyum jahat, bila Suzie memarahinya. Sempat Suzie menjeling marah, bila melihat Farid terseyum. Seperti mahu menyindirnya... Bila Suzie keruang depan. Farid mengikut Suize dari belakangnya. Suzie merasakan layanan Farid kepadanya, Bagaikan seperti dia seorang penjenayah yang menanti untuk dibicarakan.
Dari dalam rumah, mereka berdua melihat cahaya lampu kereta masuk kedalam pekarangan parking. Kelihatannya Dato Kamarul, Nadia dan Bibik sudah pulang kerumah. Farid memanjangkan lehernya, untuk menjenguk keluar, memlalui cermin pintu kaca dan beralih arah kepada Suzie pula. Sempat Farid menyeringai memandang Suzie. Sepertinya tidak sabar menanti Babanya masuk kedalam rumah. Debaran jantung Suzie, bertambah kencang. Seperti orang yang akan dijatuhkan hukuman, bila bila masa sahaja. Bila Dato Kamarul melangkah kaki masuk kedalam rumahnya. Suzie lantas berlari dari tempat duduknya. Suzie terus meluru kepada Dato Kamarul dan memeluk erat Dato Kamarul, sambil menangis teresak esak. Seperti ada perkara buruk yang berlaku kepada dirinya. Dato Kamarul membalas pelukan Suzie, sambil berkerut dahinya. Mata Dato Kamarul memandang kepada Farid. Farid juga agak terkejut, bila Suzie menagis.
"Heii kenapa ni sayang? Kenapa menagis macam ni sekali".
Tersentak Farid, bila Suzie buat begitu. Mata Farid membulat besar.Menatikan, apa lagi agenda yang mahu dilakonkan oleh Suzie.
"Sayang! Farid cuba rogol i sayang. Saya takut sayang".
Tersetak hati Farid bila Suzie kata begitu. Datok kamarul juga terkejut, bila mendengar pengakuan Suzie. Dato Kamarul memandang Farid dengan wajah yang bengis. Wajah Farid juga kelihatan kebingunggan, Bila Suzie menuduhnya, sampai macam itu sekali. Rupanya bukan Farid sahaja yang terkejut. Ahli keluarga lain turut terkejut dengan pengakuan Suzie itu.
"Apa kau dah buat ni Farid".
Jerit Dato Kamarul sekuat kuat hatinya. Sambil melepaskan pelukan Suzie dan terus pergi kepada Farid yang terpinga pinga.
"Saya tak buat apa apa Baba. Farid bersumpah".
"Anak tak guna! Bakal ibu tiri kamu pun kamu nak goda".
Sergah Dato Kamarul, sambil satu pukulan singgah tepat kepipi Farid. Terkejut Farid, bila Babanya menamparnya. Tanpa mendengar dulu penjelasan dari Farid. Farid merenung tajam kepada Babanya dan mengalihkan pandangan kepada Suzie pula. Terseyum menyeringai Suzie, bila Farid mendapat satu tamparan dari Dato Kamarul.
"Padan muka kau! Nak bermain apa dengan aku, Diri kau sendiri yang terbakar".
Bisik Suzie yang begitu puas, melihat Farid dimarahi dan dipukul. Mana kala Nadia dan Bibik juga tercengang dengan apa yang terjadi didepan mata mereka.
"Sampai hati Baba pukul Farid, hanya kerana betina sial tu".
Kata Farid sambil memegang pipinya yang sakit, akibat mendapat tamparan dari Babanya.
"Anak tak kenang diuntung. Aku besarkan kau dengan didikan. Ini balasan kau. Kau sanggup nak rogol, bakal ibu tiri kau sendiri".
"Dia perempuan tak guna. Macam betina jalang. Dia tak layak jadi ibu tiri Kami".
Jerit Farid, lantas Dato Kamarul cuba untuk memukul Farid lagi. Tapi sempat dielak oleh Farid. Farid lanats berlari keluar dari rumah.
Share this novel