part54

Drama Completed 18514

"Malam ni Noor nak kerumah Dato Kamarul. Along nak ikut Noor. Kalau pergi kebalai dia takut. Apa kata Along datang berjumpa mereka. Dan bagi mereka semangat untuk membuat laporan polis".

Nana memberikan pendapat kepada Rafiq. Rafiq memandang Noor sambil terseyum.

"Baik lah".

Balas Rafiq.

"Ini mesti ada apa apa kan? Ambil berat sangat dengan anak Dato tu".

Tanya Rafiq lagi sambil mengankatkan sebelah keningnya kepada Noor.

"Hisss pandai pandai aja lah Along ni! Orang bagi pendapat aja".

Merah padam muka Noor bila Rafiq kata begitu. Rafiq hanya terseyum mendengar kata kata Noor itu.

Menjelang malam selepas Isyak. Noor dan Rafiq bersama sama pergi kerumah Dato Kamarul. Pintu rumah Dato Kamarul diketuk. Bibik lantas membuka pintu dan melihat Nana datang bersama seoarang lelaki.

"Jemput masuk cikgu".

Bibik mempelawa Noor masuk kedalam. Noor dan abangnya masuk dan terus duduk diruang tamu. Menantikan Dato Kamarul dan Farid turun kebawah. Setelah dipanggilkan oleh Bibik, Dato Kamarul turun kebawah. Bila ternampak Dato Kamarul turun, Noor lantas pergi kepada Dato Kamarul. Rafiq pula hanya duduk disofa.

"Macam mana Dato. Meraka ada hubungi Dato ke?"

Tanya Noor yang dalam kerisauan. Dato hanya mengelengkan kepalannya dan berjalan keruang tamu diiringi Noor. Terhenti langkah Dato Kamarul, bila melihat ada seorang lelaki diruang tamu.

"Dato ini abang saya Rafiq".

Noor memperkenalkan Rafiq kepada Dato Kamarul. Mereka berdua bersalaman.

"Dato, Noor dah cerita semuanya kepada saya. Saya memberi cadangan kepada Dato, agar segera buat laporan polis".

Dato Kamarul memandang Rafiq dengan wajah yang sayu dan kerisauan. Satu malam dia tidak dapat melelapkan matanya. Dia tidak dapat tidur dengan tenang. Wajah Nadia terbayang bayang didalam fikiranya. Perkara buruk sentiasa bermain main difikiran.

"Tak boleh Rafiq. Saya takut! Saya takut sangat. Saya tak tahu apa nak buat sekarang ni. Fikiran saya betul betul buntu".

Balas Dato Kamarul.

Farid dari atas juga turun kebawah, bila terdengar suara orang bercakap cakap dibawah. Bila sampai diruang tamu. Farid juga berkerut dahi, bila melihat ada seorang lelaki disamping Baba dan cikgu Noor.

"Farid! Ni abang cikgu. Nama dia Rafiq".

Noor memperkenalkan kepada Farid pula. Farid melemparkan seyuman kepada Rafiq dan Rafiq membalas sebyuman itu dan bersalaman. Farid mengambil tempat duduk disebelah Babanya.

"Dato kena kuat. Dato kena buat juga laporan polis".

Rafiq menyambung semula ayatnya. Sambil memandang kepada Noor. Kerana Rafiq mahu Noor mendedahkan identitienya kepada Dato Kamarul dan Rafiq.

"Dato maafkan Noor Dato".

Berkerut wajah Dato Kamarul, bila Noor meminta maaf.

"Kenapa pula nak minta maaf Noor?"

Tanya Dato Kamarul dengan lembut. Noor memandang abangnya. Dan abangnya menganggukan kepalanya.

"Abang saya ni seorang inspektor polis. Dibahagian jenayah".

Terkejut Dato Kamarul dan Farid, bila Noor mendedahkan perkerjaan Rafiq. Dato Kamarul mula tidak selesa dengan kehadiran Rafiq disitu.

"Jangan bimbang Dato. Saya hanya mahu membantu. Dato kena percayakan saya. Dato juga kena percayakan pehak polis. Kami sudah dilatihan secukupnya untuk berdepan dengan tugas kami. Saya pasti angota kami semuanya cekap Cekap".

Rafiq cuba membuat Dato Kamarul percayakan pihat polis.

"Ya Baba, Farid juga mahu Baba buat laporan polis. Bagi menyenangkan urusan mencari dan membawa balik Nadia secepat yang mungkin".

Farid mula sedih, bila teringatkan Nadia. Dato Kamarul mula reda hatinya. Bila semua memberinya semangat untuk melapurkan tentang kehilangan pehak polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience