part8

Drama Completed 18514

Bakal ibu tiri dari neraka
Part8

Bila habis belajar. Noor meminta kebenaran Nadia untuk meminjam talifon dirumah Nadia. Untuk menghubungi ibunya. Agar dapat memberitahu, yang dia akan bermalam dirumah anak muridnya. Takut pula ibu bapanya risau nanti. Nadia membenarkan cikgu Noor mengunakan talifon dirumahnya.
Setelah memberitahu ibunya. Noor kembali kepada Nadia di ruang belajar.

"Nadia dah makan ke?"

Tanya Noor.

"Belum cikgu. Cikgu boleh masakkan Nad apa apa tak? Nad tak tahu masak".

Terseyum Noor melihat Nad yang begitu manja lagi dengannya.

"Baik sayang! Cikgu masak kan kamu ya?"

Terseyum gembira Nadia sambil menganggukkan kepalanya. Mereka berdua pergi kedapur.

"Cikgu ajar Nadia masak nak".

Tanya Noor kepada Nadia.

"Nak! nak!"

Nadia begitu teruja untuk belajar masak dengan Cikgu Noor.

"Cikgu ajar kamu nasi goreng yang paling senang dalam dunia ini. Tapi rasanya sedap. Kita masak nasi goreng planta".

Kata cikgu Noor dan memandang Nadia. Begitu teruja Nadia. Noor hanya mengarah arahkan Nadia sahaja. Nadia yang akan memasak.

"Yehhh siap".

Jerit Nadia bila dia berjaya memasak nasi goreng plantanya sendiri. Terseyum Noor melihat Nadia yang begitu gembira. Nadia memasukkan nasi gorengnya didalam dua pingan dan makan bersama Noor.

"Hurmmm sedapnya".

Puji Noor, bila nasi goreng masuk kedalam mulutnya. Nadia pula merasa masakannya, bila Noor mengatakan yang masakan Nadia sedap.

"Yelah cikgu! Sedap. Wahh saya dah pandai masak nasi goreng. Nanti bolehlah Nad masakkan Baba dengan abang".

Kata Nadia. Tersenyum Noor memandang Nadia.

"Bro aku balik dulu lah!"

Kata Farid bila jam ditangannya menunjukkan sudah pukul 2 pagi.

"Awal lagi Rid. Buat apa balik awal. Malam ni ladies night apa. Ramai awek cun datang sini. Boleh bawak balik sorang dua".

Kata Ris, yang merupakan kawan baik Farid. Tersenyum nakal Ris, sambil memandang Farid.

"Aku kena ambil bakal mak tiri aku. Dekat club kawan dia".

Kata Farid selamba. Farid ada juga bercerita kepada Ris tentang Babanya yang tergila gilakan Suzie, yang bakal menjadi ibu tirinya.

"Untunglah ada mak tiri cantik".

Balas Ris sambil menyeringai. Farid hanya terseyum memandang Ris dan kawan kawannya yang lain. Farid berlalu pergi menunggalkam kawan kawnanya dan terus pergi keclub kawan Suzie. Pada mulanya Farid hanya tunggu didalam kereta diluar club. Tetapi tidak nampak pun kelibat Suzie diluar. Mahu menghubungi Suzie, tetapi dia tidak ada nombor handphone Suzie. Farid lantas meletakkan keretanya dipekarangan parking club dan berjalan masuk kedalam club itu. Sampai dipintu masuk, Farid memerhatikan dengan teliti. Untuk mencari Suzie. Setiap sudut Farid memandang. Sehingga ternampak ke satu sudut. Suzie sedang berborak borak sambil minum minum bersama kawan kawan perempuannya. Farid berjalan menuju kepada Suzie. Terseyum Suzie, bila melihat Farid datang kepadanya. Belum sempat Farid bersuara untuk mengajak Suzie balik. Suzie terlebih dahulu sudah bangun dan berpaut dengan lengannya.

"Uolls, kenalkan bakal anak tiri i. Anak Dato Kamarul".

Kata Suzie kepada kawan kawannya.

"Wahhh i ingat bapanya sahaja yang handsome. Rupanya anaknya lagi handsome".

Kata salah seorang dari kawan Suzie. Terseyum Suzie memandang kepada Farid. Farid hanya terseyum kelat.

"Jom balik".

Ajak Farid yang agak berbisik kepada Suzie.

"Kejaplah sayang".

Balas Suzie sambil merapatkan mukanya kemuka Farid. Berkerut wajah Farid, bila tercium bau air arak. Mengeleng geleng kepada Farid memandang Suzie. Lantas memimpin tangan Suzie yang kelihatan agak mabuk.

"Korang! I balik dulu ya".

Kata Suzie sambil melambai lambaikan tangannya kepada kawan kawanya yang kelihatan juga berkeadaan mabuk. Farod menarik pelahan tangan Suzie agar Suzie berjalan dengan betul. Sampai dikereta Farid meletakkan Suzie ditempat penumpang disebelahnya. Dan lantas masuk kedalam kereta disebelah memandu. Farid memandang Suzie sambil menarik nafas panjang dan membuat muka marah bila melihat keadaan Suzie.

"Heiii kenapa ni! Kenapa buat muka marah macam tu. I ok lah!".

Kata Suzie sambil terseyum manja.

"Kalau macam ni lah cara u! I rasa u tak layak jadi ibu tiri untuk i dan Nadia".

Kata Farid selamber.

"Layak atau tidak, bukan u yang putuskan. Baba u yang pilih i, untuk mengantikan mummy u".

"Maaf kalau aku cakap ni! Kau tak layak mengantikan mummy aku".

Farid mula meninggikan suaranya. Dan membeliakkan matanya mamandang Suzie.

"Kalau i tak layak jadi ibu tiri u. Boleh ke i jadikan u kekasih hati i. I dah mula sukakan u sayang".

Kata Suzie dan mula memegang tangan Farid dan diletakannya diatas pehanya yang gebu. Dan Suzie lantas mengosok gosok tangan Farid dia atas pehannya. Bila melihat Suzie begitu asyik berbuat begitu. Farid lantas menarik tangannya. Berdebar debar dada Farid, bila Suzie buat begitu. Terseyum menyeringai Suzie, bila Farid menarik tangannya. Farid lantas mengerakkan keretanya dan berlalu pulang kerumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience