"Thanks cikgu! Sudi temankan Nadia".
"Perkara kecil sahaja Dato. Tak perlu ucap terima kasih macam tu. Apa yang boleh saya bantu. Insyaallah saya akan bantu. Bukan susah pun jaga Nadia".
Terseyum Dato Kamarul mendengar kata kata Noor. Noor terseyum malu bila dia menjadi perhatian Dato Kamarul.
"Saya balik dulu ya semua. Jumpa lagi nanti".
Kata Noor dan melangkah kaki keluar dari pintu utama dan terus menuju ke keretanya. Dato Kamarul setia mengikut Noor dari belakang. Sehingga sampai dipintu kereta Noor. Manakala Nadia dan Farid duduk disofa dihadapan television. Nadia dan Farid memberi ruang untuk Babanya dan Cikgu Noor berbicara berdua sahaja.
"Cikgu, hati hati memandu ya".
"Insyaallah Dato".
Dato Kamarul melemparkan senyuman kepada Noor. Noor membalas senyum itu. Lantas Noor melangkah kaki masuk kedalam keretanya. Sempat Noor melambaikan tangannya kepada Dato Kamarul, sebelum dia memandu pergi. Dato Kamarul membalas lambaian itu. Bila kereta Noor hilang dari pandangan matanya. Dia berpusing untuk masuk kedalam rumahnya.
"Amboii bukan main senyum lagi u dengan cikgu tu ya".
Marah Suzie bila melihat Dato Kamarul terseyum melihat pemergian Noor.
"Ehhh apa ni sayang! I cuma hantar cikgu Noor ke kereta dia sahaja. I hormat dia, sebab tengok tengokkan Nadia malam tadi".
"Humm! Kalau Noor jaga satu malam, semua orang nampak. Yang i jaga anak anak u dari u tak ada. Sorang pun tak nampak. Agaknya i ni tak wujud langsung dalam rumah ni".
Marah Suzie lagi. Bila dia merasakan yang dirinya tidak dihargai lansung oleh ahli keluarga Dato Kamarul. Termasuk Dato Kamarul.
"Jangan cakap macam tu sayang! You are always first in my heart".
Pujuk Dato Kamarul, lantas merapatkan badannya kepada Suzie untuk memeluk Suzie. Suzie lantas mengelakkan badannya, seperti tidak rela dipeluk. Kerana sakit hati melihat dato Kamarul bermesra bersama Noor.
"I nak balik! Makin lama i dekat sini, bertambah sakit hati i. Anak u langsung tak hargai i. Macam macam yang i buat. Agar dia terima i. Tapi mereka berdua, buat macam i tak pernah wujud. Hari hari i masak, kemas rumah, cuba berbaik baik dengan meraka. Langsung mereka tak layan i. Tapi bila ada cikgu tu. Bukan main lagi mereka. Bergelak ketawa, duduk bersama sama".
Suzie cuba menipu Datok Kamarul. Suzie mula membuat cerita. Tentang kelakuan buruk anak anak Dato Kamarul. Padahal, dia tidak ada sedikit pun perasaan untuk mengambil hati anak anak Dato Kamarul. Malah Suzie berharap sangat, agar mereka dimarahi.
"I apologize for the bad behavior of my children. Tolong maafkan mereka ya sayang".
Menjeling Suzie bila Dato Kamarul kata begitu.
"Jom masuk dalam".
Ajak Dato Kamarul kepada Suzie. Dengan muka yang moncong, Suzie menjeling manja kepada, Dato Kamarul. Lantas Dato Kamarul menarik tangan Suzie. Suzie mengikut Dato Kamarul masuk kedalam rumah dan terus naik ketingkat atas. Dato Kamarul mahu menolong Suzie mengemas barang barangnya. Kerana Suzie juga mahu pulang keapartmentnya. Sudah seminggu apartmentnya tidak dihuni.
"U tengok auntie Suzie tu?. Bila ada Baba bukan main mengada lagi. Entah apa agaknya yang dia tipu Baba tentang kita?".
Kata Nadia kepada Farid. Farid yang tahu Nadia membenci Suzie, hanya diam membisu. Farid malas untuk berbicara. Sekiranya dia tersalah cakap. Pasti Nadia akan merajuk kepadanya.
"Tangan u macam mana?"
Tanya Farid, sambil membelek belek tangan Nadia. Farid cuba menukar topik perbualan.
"Hisss abang ni! Orang tanya lain, dia jawap lain pula".
Nadia mengeritkan dahinya kepada Farid. Farid membalas dengan senyuman.
"Dah ok sikit. Malam tadi cikgu Noor tolong urutkan"
Jawap Nadia.
"Abang! Adik suka dengan cikgu Noor. Abang macam mana pulak?".
Tanya Nadai lagi.
"Hiss adik ni! Rasanya dia dah banyak kali tanya aku soalan yang sama".
Bisik Farid.
"Abang! Cikgu Noor ok ke? Sesuai ke jadi Mama kita?"
Tanya Nadia, sambil menolak nolak peha Farid.
"Ya Nad! Abang pun suka, kalau Cikgu Noor jadi Mama kita. Dia sesuai sangat buat Baba. Abang tak ada apa apa bantahan pun. Yang penting Baba gembira".
Balas Farid. Terseyum menyeringai Nadia. Bila mendengar jawapan dari Farid.
"Anak anak Baba. auntie Suzie dah nak balik. Meh Nad, salam auntie Suzie".
Berkerut wajah Nadia, bila Babanya menyuruh dia bersalaman dengan Suzie. Nadia masih lagi duduk tercegat disofanya.
"Nad! Cepat kesini. Salam auntie".
Suara Dato Kamarul mula keras. Memangil Nadia yang kelihatannya begitu degil sekali.
"Tak mahu".
Jerit Nadia dan lantas berlari naik ketingkat atas. Dato Kamarul merenung Nadia naik keatas dengan perasan yang betul betul merah. Tingkah laku Nadia betul betul tidak boleh dimaafkan. Nadia betul betul biadap, terhadapa Suzie. Dato Kamarul berlari mengikut Nadia naik ke atas dan membuka pintu bilik Nadia. Terkejut Nadia, bila melihat Babanya mengikutnya ke atas.
"Baba tidak pernah mengajar anak anak Baba jadi biadap seperti ini. Baba tak sangka Nad boleh buat macam itu terhadap auntie Suzie. Apa dosa dia terhadap kamu. Sampai kamu kurang hajar dengan dia".
Jerit Dato Kamarul diruang tingkat atas. Nadia ketakutan, bila Babanya bersuara tinggi seperti itu.
"Hiss nasib lah kamu sakit. Kalau tidak, Baba dah rotan kamu".
Nada suara Dato Kamarul yang tadinya agak menjerit mula menurun sedikit. Nadia yang tadinya ketakutan, mula bertukar wajah sedih. Dia bersedih bila Babanya sudah mula mahu menjerit terhadapnya, hanya kerana mahu dia menghormati Suzie.
"Ingat Nad! Baba tak mahu lagi, perkara seperti ini terjadi lagi. Baba tak mahu kamu kurang hajar pada orang tua".
Kata Dato Kamarul dan melangkah turun meninggalkan Nadia yang bersedih keseorangan diaras. Terseyum bahagia Suzie, bila melihat Dato Kamarul menenking kuat kepada Nadia. Farid pula hanya diam duduk disofa. Dia tidak mahu campur dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Tetapi jauh disudut hatinya, kesian akan adiknya.
Share this novel