"Kau!"
Terbangun Dato Kamarul dari tempat duduknya. Yang lain juga turut terbangun.
"Apa yang jahat sangat kau ni ya Suzie. Sampai tergamak kau menjadi dalang dalam penculikan Nadia. Manusai jenis apa kau ni ya. Setelah segala galanya aku bagi dekat kau. Ini balasa yang aku dapat".
Marah Dato Kamarul dengan Nada yang tinggi.
"U tolong i. I yang bersalah. Tolong maafkan i Kamal".
Suzie berlari dan berlutut didepan Dato Kamarul, bila melihat Dato Kamarul disitu. Tangannya masih lagi bergari dibelakang.
"Tolong maafkan i Kamal. I banyak berdosa terhadap keluarga u. I tak nak masuk penjara Kamal. Tolong i Kamal".
Suzie merayu kepada Dato Kamarul, agar membebaskan dirinya. Suzie bersujut dikaki Dato Kamarul, Dato kamarul berundur kebelakang untuk beberapa tapak. Sedikit pun Dato Kamarul tidak memandang kepada Suize. Dato Kamarul setia berpaling ketempat yang lain. Bila melihat Dato Kamarul tidak mengendahkannya, Suzie pergi kepada Noor pula.
"Noor, Maafkan aku Noor. Tolong aku Noor. Aku tak nak masuk penjara. Maafkan aku sebab inya kau dulu. Tolong Noor, suruh Kamal jamin aku".
Noor hanya berdiam diri. Noor mula rasa kasihan melihat Suzie berkeadaan begitu. Tapi apa boleh buat. Suzie telah melakukan perkara yang bodoh. Dia terpakasa tanggung, apa yang telah dilakukannya.
"Sudahlah Rafiq! Saya tak mahu tengok muka dia dekat sini. Awak boleh bawa dimasuk kelokap semula".
Kata Dato Kamarul dengan tegas. Rafiq mengarahkan pegawainya membawa pergi Suzie.
"Tolong i Kamal! Tolong i".
Jerit Suzie, sambil memeronta ronta untuk dilepaskan. Pemergian Suzie dari bilik itu. Membuatkan semua orang terdiam membisu. Ada juga perasaan kasihan kepada Suzie timbul didalam hati masing masing.
"Ok, semuanya sudah selesai. Saya ucapkan terima kasih kepada Rafiq kerana membatu saya. Kalau tidak ada Noor dan Rafiq. Saya tak tahu lah apa yang akan terjadi dengan keluarga saya. Terima kasih lagi sekali ya Rafiq".
Dato Kamarul memandang kepada Rafiq dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dan disambut mesra oleh Rafiq. Dato Kamarul memandang pula kepada Noor. Tertunduk malu Noor bila Dato Kamarul memandang kepadanya.
"Terima kasih Cikgu. Cikgu banyak membantu saya. Nadia pula suka bila cikgu ada bersamanya. Terima kasih juga buat Nadia gembira".
Noor mengankat mukanya memandang kepada Dato Kamarul. Tersipu sipu malu Noor dan Dato Kamarul pula melemparkan senyuman kepada Noor.
Share this novel