part15

Drama Completed 18514

"Suzie, i balik rumah hari ini sahaja tau. Esok pagi, i kena pergi ofis ambil documents yang tertinggal dan terus ke Johor semula".

Kata Dato Kamarul.

"Alaaaa kenapa nak pergi lagi. Kenapa asik nak tinggalkan Nad aja? Dulu Baba tak pernah tinggalkan Nad dengan abang lama lama".

Sampuk Nadia dengan nada manjanya dan sedih. Tidak sempat Suzie bersuara. Suzie menjeling memandang Nadia. Bila Nadia menyampuk percakapan dia dan Dato Kamarul.

"Hisss mengadanya budak ni. Bila ada bapak dia. Melampau lampau sangat mengedik manjanya. Tau lah nasib kau! Bila bapak kau pergi balik nanti. Aku ajar kau cukup cukup. Biar hilang mengada ngada kau tu.

"Nad sayang. Baba pergi dua hari aja. Lepas tu kerja Baba dah siap. Kalau Baba tak tertinggal documents Baba, Baba tak balik hari ini. Janganlah sedih sayang. Nanti Baba bawak Nad pergi holiday dekat Singapore. Kita pergi jalan jalan universal studios".

"Yessss i love u Baba. Baba janji ya. Tak nak mungkir janji tau Baba".

Nadia bertukar kegembiraan. Terseyum Dato Kamarul, melihat anak manjanya kegembiraan.

"Nanti u ikut sama ya".

Anak mata Dato Kamarul memandang kepada Suzie pula. Suzie terseyum manja. Bila Dato Kamarul mahu dia juga mengikut mereka bertiga holiday bersama. Berkerut wajah Nadia. Bila Babanya juga mengajak Suzie. Selesai makan Dato Kamarul naik keatas untuk berehat. Manakala Nadia dan Suzie mengemas meja makan. Farid pula baring diruang tamu. Sambil bermain dengan handphonenya.

"Amboii kemain mengedik lagi kau ya! Bila ada bapak kau. Naik menyampah aku".

Kata Suzie kepada Nadia ketika Nadia mencuci pinggan didapur.

"Biarlah! Baba i. Bukan Baba u".

Kata Nadia selamber. Nadia berpusing ketepi untuk meletak pinggan yang telah dicucinya ke dalam rak susunan pinggan ditepi sisinya. Suzie yang marah dengan jawapan Nadia lantas membentes kaki Nadia. Terjatuh Nadia bersama pinggan ditangannya. Habis pecah pinggan itu. Terseyum menyeringai Suzie, bila Nadia terjatuh.

"Opsss sorry sayang. Aunty tak perasan".

Kata Suzie sambil ketawa jahat memandang Nadia. Tidak ada sedikit pun perasaan untuk membantu Nadia bangun. Farid yang terdengar bunyi pinggan pecah, terus berlari menuju kedapur.

"Kenapa ni Nad".

Tanya Farid diri pintu gerbang dapur. Lekas lekas Suzie membantu Nadia untuk bangun.

"U ni! Auntie nak tolong tak bagi. Kan dan jatuh. Bahaya lah u ni. Cuci pinggan, sampai air merecik kebawah. Kan dah tergelincir".

Kata Suzie lagi. Nadia lantas menolak Suzie dan terus berlari keatas dan menutup pintu biliknya sekuat kuat hati. Oleh kerana Dato Kamarul tidur keletihan. Dia tidak sedar, apa yang terjadi dibawah. Farid yang berdiri disitu hanya diam dan berjalan menuju ke tempat pinggan kaca yang pecah itu dan mula membersihkannya. Menyeringai bahagia Suzie, bila dapat menyakitkan Nadia.

"Adik u ni! Sikit pun tak hargai i. I nak tolong dia. Dia boleh tolak i. Nasib i tak kena kaca tu".

Kata Suzie dengan nada manjanya.

"Hurmmmmm"

Farid menarik nafas panjang, bila Suzie kata begitu. Malas Farid mahu melayan gedik Suzie itu.

"Sudahlah! U pergilah berehat. I nak bersihkan semua ini, lepas tu i nak mop dapur ni. Nanti ada pula serpihan kecil yang tertingal. Tak pasal pasal ada yang cedera pula".

Suzie terseyum dan terus melangkah kaki naik keatas. Sampai ditingkat atas. Suzie memandang kepada tangga dibawah dan pintu bilik Nadia, sambil Suzie mengetuk pelahan pintu bilik Dato Kamarul. Tetapi tidak ada yang maklum balas dari dalam. Suzie lantas masuk kedalam biliknya.

"Hurmmm tidur mati agaknya orang tua ni. Jangan mati terus sudah. Tak dapat aku harta dia. Selagi aku dengan dia belum berkahwin lagi. Hisss tak sabarnya aku nak jadi Datin".

Bisik Suzie, sambil terseyum kegembiraan. Bila mengingat semula yang dia bakal menjadi seorang Datin dan dia bakal dihormati oleh semua orang nanti. Begitu tinggi angan angan Suzie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience