part44

Drama Completed 18514

Mata Farid setia melihat screen talifon bimbitnya. Terasa kasihan pula terhadap Babanya. Bila terfikir, apa yang terjadi malam tadi. Farid lantas memcampak talifon bimbitnya dia atas sofa, dirumah kawannya.

"Tok! tok! tok!"

Dato Kamarul mengetuk kuat pintu bilik Suzie. Beberapa kali diketuk, barulah dibuka oleh Suzie. Bila melihat Suzie, Dato Kamarul lanatas menarik tangan Suize dan mengheret Suzie keruang tamu ditingkat bawah. Terperanjat Suzie, bila Dato Kamarul buat begitu kepadanya.

"Apa ni sayang! Sakit lah".

Suzie cuba meronta ronta untuk melepaskan diri dari cengkaman tangan Dato Kamarul. Tetapi tidak diendahkan oleh Dato Kamarul. Bila Suasana rumah bertukar riuh. Bibik yang berehat didalam biliknya juga keluar. Untuk melihat kekecohan apa yang berlaku diruang utama.

"Kau duduk sini?".

Jerit Dato kamarul kepada Suzie, bila sampai diruang tamu. Lalu menolak sedikit Suzie disofa. Suzie, terduduk disofa dan mengosok gosok pegelangan tangannya, bila dato Kamarul melepaskan gengaman itu. Suzie berkerut dahinya memandang Dato Kamarul.

"U ni dah kenapa? Setan mana yang dah rasuk u ni? Sampai hati u buat i macam ni sayang. I setia dengan u. U boleh buat i macam tak ada perasaan".

Kata Suzie, sambil memandang kepada Dato Kamarul yang bercekak pingang di tengah tengah ruang tamu. Bibik setia mengintai dari satu sudut didapur.

"Mana duit aku yang kau curi tu?"

Terpinga pinga bila Dato Kamarul bertanya tentang duit.

"Duit apa sayang. Sampainya hati u cakap i curi. Kecik hati i, bila u cakap macam tu".

Suzie cuba berdolak dalih. Sambil membuat muka sedih. Kerana difitnah. Mengetap bibir Dato Kamarul, bila Suzie masih lagi setia berpura pura.

"Kau tau Suzie? Sebab kau keluarga aku berpecah belah. Kau seperti syaitan yang bertopengkan malaikat didepan aku... Aku baru tahu, bertapa jahatnya kau. Sampai kamu sangup simbah Bibik dengan air panas".

Terkejut Suzie, bila Dato Kamarul tahu tentang air panas itu. Bibik yang mengintai didapur, turut terkejut, bila Dato Kamarul tahu, segala galanya, tentang Suzie yang menyimbahnya dengan air panas.

"U ni kenapa Kamal? U lebih percayakan orang gaji u yang suka menipu tu. Dasar orang gaji sampah".

Bila mendengar kata kata Suzie yang menyakitkan hati. Dato Kamarul lantas mengengam pergelangan tangan Suzie sekuat kuat hatinya. Suzie pula setia berdalih dan menyalahkan orang lain.

"Tutup mulut kau! Dia bukan orang gaji dekat rumah ini. Kami dah angap dia seperti saudara kami. Dia orang yang paling jujur. Dia juga yang mengajar anak anak aku tentang agama. Sepanjang kau dengan anak anak aku. Apa yang kau buat dengan mereka. Sampai Nadia terlampau membenci kau. Nadia tak akan melampau macam tu sekali. Kalau kau tak buat apa apa salah dengannya".

Marah Dato Kamarul, sambil membeliak liakkan biji matanya kepada Suzie.

"Sakit lah!".

Jerita Suzie. Suzie lantas merentap tangannya dari digengam kuat oleh Dato Kamarul.

"Jaga mulut u tu sikit Kamal. Jangan tuduh tuduh i sampai macam tu sekali. Jangan ingat i ni orang suruhan u. Boleh dimarah diherdik".

Suzie pula sudah mula meninggikan suara. Dato Kamarul masih belum menunjukan Cctv itu lagi kepada Suzie. Dato kamarul mahu lihat, sejauh mana Suzie mahu bermain sandiwara dengannya.

"Bibikkkk, meh sini sekejap Bibik".

Teriak Dato Kamarul dengan nada lembut. Bibik yang mengintai didapur, terus datang kepada Dato Kamarul.

"Bik, saya mahu kamu cerita yang benar kepada saya. Siapa yang lakukan itu kepada kamu. Sampai kamu jadi begini".

Bibik terdiam seketika. Dia betul betul rasa bersalah, bila berhadapan dengan Suzie. Bila dia mengankat muka pandang kepada Suzie. Suzie lantas membesarkan matanya. Bertambah risau hati Bibik.

"Bibik ngak bisa takut. Saya ada bersama Bibik. Bibik bisa ceritain kepada saya, apa yang terjadi".

"Maafkan saya Cik Suzie"

Menjeling Suzie bila memandang Bibik.

"Ya Dato. Memang cik Suzie yang menjatuhkan air panas dibadan dan tangan saya. Saya tidak tahu, dia sengaja atau tidak sengaja".

Cerita Bibik kepada Dato kamarul.

"Ehh kau jangan nak tuduh tuduh aku ya".

Marah Suzie sambil cuba mendekati Bibik untuk memukul Bibik. Tetapi sempat dihalang oleh Dato Kamarul. Bibik pula berundur beberapa langkah.

"U duduk sana?"

Jerit Dato Kamarul. Terbeliak mata Suize berpaling muka kepada Dato Kamarul.

"Ohhh! Kau dah tak suka nak dengar kata kata aku lagi ya. Kau menuduh aku tanpa bukti. Aku akan bawa perkara ini kemuka pengadilan. Kau cuba nak tuduh aku tanpa bukti. Dia pula telah inaya aku".

Jerkah Suzie kepada Dato Kamarul. Dato Kamarul setia tidak menujukkan bukti yang ada bersamanya. Sandiwara Suzie tetap dimainkan bersama. Dato Kamarul mahu melihat. Sejauh mana penipuan yang dia mahu selindungkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience