part21

Drama Completed 18514

Bakal ibu tiri dari neraka
Part21

"Aduhh! Sakit. Abang tolong Nad".

Nadia menjerit kesakitan. Air mata menahan sakit terseliuh mula mengalir dipipinya.

"Hahahhaa padan muka. Kau buta ke? Tadi aku mop dekat situ. Ini lah balasannya. Hari itu masa aku jatuh terduduk, kau gelakkan aku. Sekarang aku pulak gelakkan kau. Bagusss mengada gada sangat. Kau ingat dengan aku kau boleh nak bermanja manja. Boleh jalanlah".

Kata Suzie dengan wajah yang begitu puas hati, dapat mengenakan Nadia.

"Tolong auntie! Tangan Nad tak boleh nak angkat. Pegelangan tangan Nad sakit. Tolong Nad auntie. Call kan Abang".

Nadia menangis teresak esak. Kerana tidak ada sesiapa yang mahu membantunya. Dia hanya duduk ditangga dan mengharapkan bantuan dari Suzie. Agar dapat mengankatnya kebilik.

"Jangan harap aku nak tolong kau. Hari tu masa aku jatuh, ada kau tolong aku. Kau buat tak tahu sahaja kan. Sekarang terima lah nasib yang sama... Dah mampus kau dekat situ".

Terbeliak liak mata Suzie memarahi Nadia. Hati Suzie begitu lega bercampur gembira. Bila melihat anak manja seperti Nadia dapat dikenakan.

"Tolong Nad auntieee".

Nad merintih kesakitan dan setia meminta Suzie membantunya. Suzie tidak menghiraukan Nadia. Dan mula berjalan menuju keatas. Untuk masuk kedalam biliknya. Semasa sampai ditangga tempat Nadia jatuh. Nadia sempat memegang kaki Suzie.

"Tolonglah auntie, tolong Nad. Tangan Nad sakit sangat. Lutut Nad pun sakit".

"Kau ni mengada lah! Banggun lah sendiri. Jatuh sikit aja pun. Dah macam orang nak mati".

Suzie merentap kakinya, agar terlepas dari pegangan Nadia. Lalu Suzie terus melangkah naik keatas dan masuk kedalam biliknya...

"Mampuslah kau dekat situ".

Bisik suzie, semasa didalam biliknya. Manakala Nadia tetap duduk diatas tangga, mengerang kesakitan dan hanya mampu menagis. Lebih kurang 20minit Nadia disitu. Suzie mengintai disebalik langsirnya. Bila mendengar bunyi pintu pagar. Kelihatan Farid sudah pulang kerumah. Lantas Suzie berlari keluar dari bilik dan pergi mendapatkan Nadia ditangga.

"Itu lah! Lain kali hati hati. Mata tu pandang lah ke bawah bila berjalan. Kan dah tergelincir".

Kata Suzie dengan nada lembut. Suzie berpura pura mahu menolong Nadia. Nadia lantas menggetis badannya dari disentuh oleh Suzie yang bermuka muka, mahu menolongnya.

"Ehhh kenapa ni?"

Farid berlari masuk dan terus meluru kepada Nadia yang menagis ditangga.

"Dia terjatuh u. I nak tolong dia. Tapi dia tak nak".

"Yaallah Nad. Masa macam ni pun nak keras kepala juga ke Nad?"

Tanya Farid dan lantas mendokong Nadia pelahan.

"I ikut?"

Tanya Suzie.

"Jangan! I tak nak dia ikut".

Sergah Nadia, didalam dokongan abangnya.

Farid hanya berdiam diri dan membawa nadia kehospital. Kerana bimbang ada kecederaan yang lain. Sampai dihospital, Nadia mendapatkan rawatan pesakit luar. Tidak ada apa apa yang serious, hanya tangannya sahaja yang terseliuh dan luka dilututnya mendapat empat jahitan.

"Ring ring ring!"

Talifon bimbit Farid berbunyi. Farid melihat discreen talifon bimbitnya, tertera nama Babanya. Dia lantas menjawap pangilan itu.

"Hello Farid! Macam mana adik".

Tanya Dato Kamarul, yang kedengaran suaranya begitu bimbang sekali atas keselamatan anaknya.

"Nad, tak ada apa apa Baba. Hanya tangan terseliuh. Lututnya mendapat empat jahitan".

"Yaallah! Macam manalah boleh jatuh sampai macam tu sekali?".

Tanya Dato Kamarul.

"Entah lah Baba. Baba jangan risau. Selepas semuanya selesai, i bawa balik Nadia. Apa apa i bagi tau u. U jangan risau Baba. Everything will be ok".

Farid cuba membuat Babanya agar tidak risau. Dan memastikan yang Nadia tidak ada apa apa kecederaan lain.

"Ok sayang! Please take care Nad. Hari ini i habiskan kerja disini. Maybe i come back tomorrow. My heart is really restless. Dengan apa yang berlaku keatas Nad".

Jiwa Dato Kamarul betul betul tidak tenteran, bila mendapat tahu perkara ini dari Suzie. Suzie telah menghubunginya dan memberitahu apa yang terjadi keatas Nadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience