Satu satu perangai buruk Suzie dirungkai oleh Dato Kamarul hingga kepada bahagan Suzie cuba mengoda Farid.
"Tutup mulut kau!"
Jerit Dato Kamarul pula.
"Kau nak bawak aku kemuka pengadilan. Heii bahagian mana pula yang aku inaya kau. Bibik tak pernah buat apa apa dekat kau. Kau tu yang harus dipersalahkan. Kau inaya anak aku Farid. Kau kata Farid cuba rogol kau. Tapi yang sebenarnya kau yang cuba goda dia. Patutlah Farid tak suka duduk dirumah, kalau kau ada disini. Ada sahaja alasan dia untuk keluar rumah".
"Jangan melampau Kamal".
Tiba tiba Suize mencelah dan memutuskan ayat Dato Kamarul.
"Memang Farid cuba rogol i. Dia paksa i. Sampai hati u kata i menipu. Maruah i yang cuba diragut oleh Farid. I boleh buat tuduhan terhadap Farid. I akan buat laporan polis. Yang Farid cuba merogol i. Tak guna i berbaik baik dengan family u, kalau semua yang i buat tidak dihargai. Farid bukannya baik macam yang u Fikir. Dia anak liar. Sangup dia cuba rogol i, sedangkan dia tahu i bakal ibu tirinya".
"Cukup tu Suzie. U tak layak jadi ibu tiri anak anak i. Jangan pernah tuduh Farid macam tu. Dia anak yang baik. I akan buat saman terhadap u. Kerana memfitnah anak i".
Jerit Dato Farid kedapa Suzie, bila Suzie memburuk burukkan Farid. Disebaliknya Farid seoarang anak yang betul betul baik.
"Samanlah! Kita tengok siapa yang kena balik. I juga akan lawan balik. I akan buat tuntutan saman malu sebanyak 2juta kepada u. Kerana memfitnah i".
Beria ria Suzie berdebat dengan Dato Kamarul. Matanya membuntang, kemarahan. Dato Kamarul terseyum bila Suzie kata Begitu dan sedikit ketawa. Bertambah marah Suzie bila Dato Kamarul buat begitu.
"Ketawa lah Kamal. Selagi u boleh ketawa. U ingat i takut dengan u. Farid tak akan selamat kalau i buat repot polis yang dia cuba merogol i".
"Jaga sikit mulut kau tuu!"
Jerit Farid didepan pintu utama rumahnya. Farid berjalan laju pergi kepada Suzie.
"Bila masa aku nak rogol kau. Nak sentuh kau pun aku jijik. Macam perempaun jalang je".
Bila mendengar kata kata hinaan dari Farid, Suzie lantas melepaskan satu tamparan kemuka Farid. Dato Kamarul cuba untuk masuk campur. Tapi, Farid menbuat isyarat tangan. Agar jangan masuk campur antara dia dan Suzie. Dato Kamarul duduk dikerusi sofa. Dan melihat telagah antara Farid dan Suzie.
"Mulut kau tu jaga sikit Farid. Kau dengan Baba kau sama aja. Dua dua tak berguna. Lepas kau dah pakai aku. Lepas tu kau tolak aku ketepi. Korang berdua silap besar. Aku tak akan bagi muka dekat korang berdua".
Suzie cuba berjalan untuk keluar. Tapi dihalang oleh Farid dan Dato Kamarul juga turut bangun dari sofanya.
"Heii pencuri, kau nak pergi mana?"
Farid menarik lengan Suzie.
Terbeliak mata Suzie, bila Farid memangilnya begitu...
"Duit aku mana?"
Tanya Dato Kamarul pula. Suzie beralih pandangan kepada Dato Kamarul pula, sambil mengerutkan dahinya.
"Korang berdua ingat, aku ni pencuri ke?"
"Memang pencuri".
Balas Dato Kamarul. Sambil terseyum.
"Lepas ni! U boleh terus pergi ke balai polis buat laporang yang i buat tuduhan yang u simbah Bibik dengan air panas".
Berkerut wajah Farid, bila Babanya berkata tentang Bibik.
"Lepas tu u boleh tambah report u, yang anak i Farid cuba rogol u. Jangan lupa terus pergi balai polis tau! Lepas keluar dari rumah ni nanti".
Dato Kamarul terseyum menyeringai memandang Suzie. Farid pula setia berkerut dahi. Tak faham Farid, dengan situasi ini.
"Tapi! Sebelum u keluar dari rumah ni, bagi duit i yang u curi itu".
Kata Dato Kamarul sambil menghulurkan tangannya.
"Kau tak ada bukti nak tuduh aku mencuri. Tolong jaga sikit mulut kau tu".
Marah Suzie, bila Dato Kamarul meminta duit kepadanya. Terseyum Dato Kamarul bila Suzie kata dia tidak ada bukti.
"Assalamualaikum"
Tiba tiba terdengar suara seseorang dari luar rumahnya.Dato Kamarul terus datang kepintu utama, bila mendengar salam. Bibik yang sedari tadi tercegat di satu sudut, juga berjalan kepintu. Manakala Farid masih seria berada disisi Suzie.
"Waalaikumussalam"
Balas Dato Kamarul dan membuka pintu. Bibik pula berada di belakang Dato Kamarul. Kelihatan Nadia dan Noor ada didepan pintu. Nadia lantas memeluk Dato Kamarul. Dato Kamarul juga membalas pelukan Nadia.
"Jemput masuk cikgu".
Balas Dato Kamarul. Sambil setia memeluk Nadia masuk kedalam. Noor mengikut Dato Kamarul dan Nadia dari belakang. Terseyum Bibik bila melihat Cikgu Noor dan Nadia. Bila semua sudah masuk kedalam. Bibik terus menutup pintu utama yang terbuka. Menjeling mata Nadia, bila melihat Suzie juga ada datang disitu.
Share this novel