part49

Drama Completed 18514

Tertunduk Suzie, bila mendengar kata kata Dato Kamarul. Perasaan sedih, geram, sakit hati, bercampur campur dalam jiwa Suzie. Lebih Suzie sakit hati, bila dihina didepan Nadia, Farid, Bibik dan Noor.

"Apa lagi Su! Tak reti nak minta maaf. Yang u pandang aja semua orang dalam rumah ni dah kenapa?"

Suize menarik Nafas panjang sebelum berbicara dan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Pergi mampus, aku nak minta maaf dekat korang semua. Aku tidak akan sesekali, tunduk kepada korang semua".

Kata Suzie sambil memandang setia seorang yang berada didalam rumah itu. Kemudian berpaling pula kepada Dato Kamarul.

"Kau ingat aku batak dengan apa yang kau bagi dekat aku. Heiii! Aku tak heranlah. Banyak lagi jantan dekat luar tu boleh jaga aku dengan baik. Kau tu dah tua. Ada hati nak cari perempuan yang lebih jauh umur dengan kau. Kalau anak dara tua macam cikgu tu, layak lah buat kau".

Suzie membeliak liakkan matanya bila berbicara. Berkerut wajah cikgu Noor bila namanya disebut sebut. Kerana malas mahu berdebat dengan Suzie. Noor hanya mendiamkan diri. Buka. Kerana takut. Tetapi kerana malas mahu memburukan lagi keadaan disitu.

"Bibik! Pergi ambilkan handbag aku dekat atas?"

Arah Suize kepada Bibi dengan nada yang tinggi. Bibik memandang Dato Kamarul. Bila dia mendapat arahan dari Suize. Dato Kamarul menganggukan kepala. Bila Bibik memandangnya. Bibik menurut kehendak Suize. Bibik Naik keatas. Manakala yang lain membatu diposisi masing masing. Langsung tidak bergerak kemana mana. Hanya menanti Bibik turun kebawah.

Bibik kembali kebawah dengan membawa bag tangan Suize. Dan terus menghulurkan kepada Suzie. Suize lanats merampas beg tangannya dari tangan Bibik. Tersetak hati Bibik bila Suize meragut dengan kasar.

"Nah ambil balik duit kau".

Suzie lantas mecampakkan duit Singapore dollars itu ke atas Sofa. Sambil menjeling memandang Dato Kamarul. Bertambah naik angin Dato kamarul, bila Suzie mencampak duitnya macam itu sekali. Dato Kamarul datang menghampiri Suzie.

"Kau ni betul betul buat aku panas hati".

Dato Kamarul lantas menampar pipi Suzie, sekuat kuat hatinya. Sampai Suzie terjatuh kelantai, akibat tamparan itu. Suize betul betul terperanjat dengan tindakan Dato Kamarul. Suize yang terjatuh, kelantas merenung tajam kepada Dato Kamarul dan memegang pipinya yang dalam kesakitan. Suize lantas bangun dan terus berlari keluar dari rumah Dato Kamarul. Suzie berlari terus kekeretanya diluar pintu pagar utama. Sakit dihati Suize bukan kepalang. Suzie memasuki keretanya dan merenung tajam kepada banglo Dato kamarul. Perasaan membara terhadap tuan rumah itu, membuatkan Suzie. Menggengam penumbuknya dan dilepaskan distereng keretanya. Beberapa kali.

"Sial! Sial! Sial!"

Jerit Suize. Suzie lantas memasukkan gear dan berlalu meninggalkan kawasan banglo Dato Kamarul.

"Bukan mudah Kamal! Kau jangan ingat kau boleh hidup senang lenang, selepas apa yang kau dan keluarga kau dah buat dekat. Aku akan pastikan hidup kau dan keluarga kau akan musnah. Seperti mana kau memusnahkan impian aku".

Sepanjang pejalanan pemanduan Suize balik keapartmentnya. Suize melayan perasaanya yang betul betul sakit dan kecewa... Suzie mengetap gigi, bila berbicar sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience