*FLASHBACK*
"Ala,Puteri nak ikut."rengeknya.Puan Sri Ayana tersenyum.Dia mengelus pipi anaknya."Tak boleh sayang.Mama dan papa nak pergi kerja.Abang-abang kamu pula dah nak masuk universiti semula.Kamu duduk dengan Abang Is tau."kata Puan Sri Ayana.Puteri memuncungkan bibir.
"Janji eh lepas ni kita pergi Paris."Puteri menunjukkan jari kelingking.Puan Sri Ayana memaut jari kelingking anaknya."Janji."Puteri tersengih.Menampakkan garis putih gigi itu.
"Iz,jaga Puteri baik-baik ye.Makan minum dia jangan lupa.Ingat,Puteri kena makan ikut waktu."Irzam mengangguk."Ye ma.Iz akan jaga Puteri."katanya.
Irzam terus menyalam tangan mama dan papanya.Puteri sudah memeluk abang-abangnya."Jangan nakal-nakal tau.Abang cubit nanti."gurau Izwan.Ikmal dan yang lain tergelak."Bluekk.Tak takut."Puteri menjelir lidah.Izwan terus meluku kepala adiknya."Hiks,sakit."Puteri mengurut kepalanya.Izwan pula menjelir lidah kepada adiknya.
"Dah,dah.Kamu ni tak habis-habis buli si Puteri ni."Tan Sri Ikmal menggeleng melihat perangai anak lelakinya yang suka membuli adik perempuannya.Izwan tersengih."Yelah.Abang minta maaf."Izwan mencubit pipi Puteri."Eii sakit."Puteri mengusap pipi yang sudah kemerahan.Izwan ketawa.
"Puan Sri,Tan Sri.Kereta dah sedia."ucap pemandu peribadi Tan Sri Ikmal.Tan Sri Ikmal mengangguk."Baiklah.Kereta dah sedia.Jom."ujarnya.Izwan dan adik beradiknya sudah masuk ke dalam limousin diikuti Tan Sri Ikmal dan Puan Sri Ayana.
Limousin itu meninggalkan rumah tiga tingkat itu.Puteri hanya melihat kereta itu hilang dari pandangan.Tiba-tiba dia merasakan sesuatu di kepalanya.Ais?Dia menoleh ke arah abangnya.Irzam sudah melambung sebiji bola salji.Puteri tersenyum sinis.
Dia serta merta membuat bola salji.Puteri terus membaling ke arah abangnya.Irzam sempat mengelak.Dia terus membaling bola salji ke arah adiknya.Puteri juga sempat mengelak.Pertarungan bola salji menjadi sengit.Mak Piah yang sedang menyiram pokok bunga hanya menggeleng kepala.Irzam pandai membuat suasana menjadi ceria.
************
"Kita pergi New Zealand dulu kan baru pergi London?"tanya Ikmal.Puan Sri Ayana mengangguk."Ye,habis takkan si Imran nak angkut anak dia sekali."Ikmal tersengih.Dia menoleh ke arah abangnya yang sedang mengendong bayi lelaki itu.Kelihatan seperti lelaki itu kepenatan.
"Im,bagi aku anak kau tu.Aku tengok kau ni mengantuk.Aku pula yang risau."kata Ikmal.Imran memandang ke arah adiknya itu."Betul ke ni?Aku takut kau tak reti je."Dia masih rasa was-was."Ye aku boleh dukung bayi.Aku kan setiap hari tengok bayi dekat wad tu.Kau lupa ke aku ni doktor kanak-kanak?"Imran tersengih.Dia terus menyerahkan anaknya kepada Ikmal.
Bayi comel itu mengeliat.Imran berpeluk tubuh sebelum perlahan-lahan menutup kelopak mata."Muka Iyan seiras arwah Dina."ucap Ikmal.Puan Sri Ayana tersenyum.Dia masih merindui menantunya itu.
"Lebih baik kita tak buka topik pasal ni.Papa risau abang kamu tu terasa nanti."kata papanya pula.Ikmal mengangguk.Ye,sudah enam bulan kakak iparnya dijemput Ilahi.Ikmal sempat menggomol pipi gebu Iyan.
"Eh,kenapa lori tu?Ok ke tak?"tanya Izwan yang duduk di sebelah tempat pemandu.Dia terlihat lori membawa pasir itu sedikit terhuyung-hayang.Dia berasa tidak sedap hati.Tan Sri Ikmal dan Puan Sri Ayana turut melihatnya.
Tanpa disangka lori itu telah masuk ke lorong bertentangan.Izwan tidak sempat menggunakan kuasa perlindungan ke atas limousin itu dan mengakibatkan limousin dan lori bertembung.
BAM!!
Bahagian depan Limousin remuk teruk.Izwan dan yang lain-lain sudah kaku.Darah keluar membuak-buak.Pemandu tersembam pada cermin kereta dan mengakibatkan cermin itu pecah dan habis wajah pemandu itu luka teruk.
Pintu bahagian belakang dibuka.Irfan dan Ikmal merangkak keluar.Terasa ada tulang yang patah namun mereka berdua tidak mengendahkannya.Irfan berasa sakit kepala teramat sangat.Dia melihat bayi lelaki itu dalam keadaan baik.Dia terus mengendong bayi itu dan berlari ke semak.Ikmal turut mengekori kembarnya.
Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang dibelakangnya.Belum sempat Ikmal berpusing,satu das peluru terkena tepat pada dadanya.Ikmal rebah di situ."Woi,cari seorang lagi!Kita tak mahu ada bukti."ucap seorang lelaki yang memakai topeng.
Irfan terus menggunakan kuasa halimunan.Dia memejamkan mata sambil memeluk Iyan."Hm, nampaknya seorang lagi dah larikan diri.Tak apalah bukti tak ada so kita tak akan kena tangkap."ucap perempuan itu.
Irfan membuka mata perlahan-lahan.Wajah Iyan dipandang.Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur kita.Kejap aku kat mana?Kenapa kepala aku sakit sangat?Irfan menggeleng-geleng kepala untuk menghilangkan rasa sakit itu.
Dia keluar dari tempat persembunyian.Dia berlari meninggalkan tempat itu.Dia perlu meminta pertolongan dari orang lain.Akibat terlalu banyak berfikir,Irfan terlupa dirinya sudah di jalan raya.
Pin!!!
Kereta itu berhenti mengejut.Irfan sudah pengsan."Wei?Apa tadi tu?"seorang gadis keluar dari kereta.Astagfirullah!Aku langgar orang?Eh,ni bukan anak Tan Sri Ikmal ke?Apa dia buat kat sini.Eh,anak siapa ni?Gadis itu terus memanggil beberapa orang pemuda di situ untuk menolongnya mengangkat lelaki ini.Bayi lelaki itu sedari tadi hanya diam.
Selepas meletakkan Irfan di dalam kereta,gadis itu terus memecut menuju ke hospital.Kenapa banyak sangat darah?Apa dah jadi?Tangan kanannya retak.Muka banyak kesan kena hiris dengan benda tajam macam kaca.Aku perlu tahu kebenarannya.
**********
Perlahan-lahan mata terbuka.Dia melihat sekeliling yang terasa asing.Aku kat mana?Terlihat seorang gadis tak dikenali sedang tidur di sofa.Siapa dia?Aku siapa?Ya Allah kenapa aku tak ingat apa-apa.Argh!!!!
Akibat jeritan lelaki yang begitu kuat,gadis itu terus terjaga akibat terkejut."Eh,awak okey tak ni?"tanya gadis itu."Aku kat mana?Irfan mengurut kepalanya."Awak sekarang dekat hospital.Saya nak bagitahu yang awak sekarang hilang ingatan akibat hentakan kuat."Irfan terkejut.
"Awak jangan paksa untuk ingat.Akan menjadi lebih teruk sakit awak nanti."kata gadis itu.Irfan mengeluh."Mana bayi tu?"tanya Irfan.Dia baru teringat akan bayi itu."Anak awak ke?Ha,dia ada kat wad kanak-kanak.Jangan risau dia okey.Tak ada kecederaan pun."jelasnya.
Irfan mengangguk."Nama saya Herliya."katanya."Aku Irfan."sedikit pelik kerana dia ingat akan namanya."Haha,saya kenal awak ni.Apa kata awak tidur dulu.Rehatkan diri awak."Irfan menuruti.Dia meletakkan kepalanya di atas bantal.Herliya keluar dari wad vip lelaki itu.Tidak lupa dia menutup suis lampu.
*********
Sudah hampir tiga tahun mereka berkenalan.Akhirnya Irfan meluahkan perasaanya kepada Herliya.Gadis itu menerimanya.Dan kebahagian mereka bina dari lima belas tahun lepas sehingga sekarang.Namun,mereka belum dikurniakan zuriat.Pasangan suami isteri itu redha dengan ketentuan Allah.
***********
Siapa agaknya ye yang rancang semua ni?Nantikan bab seterusnya.Sayang korang
Share this novel