Bab 33

Romance Completed 18238

"Aizal,"Perlahan-lahan Aizal membuka mata.Pandangannya sedikit kabur.Lama-kelamaan pandangannya kembali terang.

"Bangun ya.Saya suapkan awak makan okey?"kata Puteri.Aizal menggeleng lemah.Dia terus menutup mukanya dengan selimut.

"Aizal,awak kena makan.Macam mana awak nak cepat baik?"Puteri menarik selimut yang menutup muka lelaki itu.Macam budak-budak Aizal ni.

Puteri membantu Aizal duduk.Aizal menyandarkan tubuhnya di kepala katil.Puteri terus duduk di atas katil lelaki itu.Tangannya terdapat mangkuk berisi bubur yang masih panas.

Puteri mencedok sedikit bubur itu.Dia meniup dahulu bubur itu supaya kurang panas dan disuakan ke mulut lelaki itu.Aizal membuka mulut.

Comel betul lelaki di hadapannya bila kena suap makan.Siap dengan muka babyface tu.Perangai pula macam budak kecil nak minta perhatian.Sebab itulah dia sayang kepada Tengku Aizal.

"Saya dah kenyang."ucap Aizal.Puteri melihat bubur yang masih banyak itu.

"Sikit sangat awak makan ni.Nanti awak kena makan ubat.Makan sikit lagi."Puteri merayu.Aizal tetap menggeleng.Puteri mengeluh.

"Baiklah.Awak makan ubat ni."Puteri memberikan beberapa biji pil dan segelas air suam.Aizal mengambil dan terus makan ubat itu.Air diteguk sampai habis.

Selepas makan ubat,Aizal membaringkan badannya.Matanya mula kuyu.Baru beberapa saat dia sudah terlena.Puteri pula meletakkan kain yang dibasahkan olehnya di atas dahi Aizal.

Puteri sempat memberikan sebuah kucupan di pipi lelaki itu.Cepat sembuh ya.Saya akan jaga awak sampai awak sembuh.

Perlahan-lahan dia turun dari katil.Puteri melihat Aizal dari celahan pintu sebelum akhirnya pintu itu ditutup.Tengku Aida hanya memerhati mereka berdua dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience