Bab 52

Romance Completed 18238

"Mama,mana Puteri?"tanya Aizal.Tengku Aida berfikir sejenak."Hmm...rasanya dia kat bilik kot.Majlis kan lama mesti Puteri dah penat."Aizal mengangguk.


Dia terus menuju ke bilik tidur.Aizal perlahan-lahan menolak pintu.Betul kata mama.Puteri dah tidur.Aizal menghampiri isterinya.Dia mencium pipi isterinya."Sayang,"panggil Aizal perlahan.Puteri menggeliat dan memusingkan badannya menghadap suaminya.


"Hmm."sahut Puteri.Aizal tersenyum."Sayang tidur okay?Abang tahu sayang penat."katanya.Aizal membaringkan dirinya.Dia memeluk isterinya dengan erat.Mereka berdua hanyut dalam mimpi indah.

*******


Puteri membuka mata.Dia terlihat dirinya dipeluk oleh suaminya.Puteri mengalihkan tangan suaminya yang memeluk pinggangnya dengan perlahan-lahan.Dia tidak mahu suaminya terjaga.Sempat lagi Puteri memberi kucupan di dahi suaminya.

********


Puteri mengambil teko di dalam kabinet.Gula,uncang kopi dan beberapa keping roti bakar sudah tersedia.Puteri memenuhi teko itu dengan air panas.Uncang kopi sudah diletakkan di dalam teko serta gula.Dia menggodak air kopi itu sehingga gula larut.


Aizal terpisat-pisat bangun.Dia merasakan isterinya tiada di sebelahnya.Aik,mana pula bini aku ni?Ke dia tengah buat sarapan?Aizal terus keluar dari bilik tidur.Bau air kopi menusuk ke dalam hidungnya.


Aizal menuruni anak tangga menuju ke dapur.Betul tekaannya.Puteri tengah menyediakan sarapan."Sayang,"panggil Aizal sambil memeluk pinggang isterinya.Manakala mukanya dibenamkan di bahu isterinya.


"Ye bang.Ish tak mandi lagi dah peluk orang."ujar Puteri.Aizal mengangkat wajah."Tau la sayang dah mandi.Eh,salah ke nak peluk isteri sendiri?"kata Aizal seakan merajuk.Puteri ketawa kecil.


Dia mencuit hidung suaminya."Haih..dah besar pun masih merajuk mengalahkan budak kecil."Dia menghabiskan kerjanya membasuh cawan di dalam sinki.


Tanpa mereka berdua sedari,mereka diperhatikan empat pasang mata di sebalik dinding itu."Sweet betul kan diorang tu bang?"ujar Tengku Aida.Tengku Adam mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience