Bab 89

Romance Completed 18281

Beberapa tahun kemudian.....


Seorang budak perempuan berlari apabila terlihat mamanya keluar dari balai berlepas.''Jangan lari sayang nanti jatuh.''Tegur Aizal.Puteri terus mendepa tangan.''Mamaaa!!''Budak kecil itu memeluk Puteri.Puteri mencium pipi anaknya.


Puteri mendukung anaknya.''Mama nak tahu tak?Papa tadi bangun lambat.''Aulia mengadu.Puteri tersenyum sambil menggeleng kepala.Aizal hanya tersengih.''Eee..Apa ni?Kan dah janji jangan bagitahu dekat mama.''Kata Aizal.''Eh,ada ke?''Aulia meletakkan jari telunjuk di bibir.


''Hmm..Lia lupa la papa.''Aulia tersenyum sambil menampakkan giginya.Aizal pura-pura merajuk.''Tak naklah kawan dengan Lia.Papa kawan dengan mama je.''Aizal memeluk tubuh.Puteri menepuk dahi.'Aduhai drama pula mereka berdua ini.'


''Alaaa..Papa jangan macam ni.Lia minta maafff.''Katanya sambil membuat wajah sedih.Aizal mencubit pipi anaknya.''Tahu takut.Berani lagi buat papa merajuk.''


''Korang berdua ni kan.Mama baru sampai dah tengok korang berdrama dekat sini.''Ujar Puteri.Mereka berdua tersengih.Puteri menurunkan anaknya.''Eh?Abang Iz dengan abang If mana?''Aizal baru perasan abang iparnya tiada di situ.


''Ah,diorang ambil flight malam nanti.Katanya nak honeymoon lagi.''Aizal sekadar mengangguk.''Mama kita pergi jom?''Puteri mengangguk.''Lia nak makan apa?''Puteri hanya memerhati gelagat anaknya.''Haaa..Nak burger.Boleh tak?''


''Boleh je sayang.Tak kisah kedai mana-mana pun?''Tanya Puteri.''Tak kisah!Lia nak burger je.''Puteri tersenyum.''Abang.Jom kita pergi makan.''Aizal mengangguk.Dia menarik bagasi sederhana milik isterinya.

********


Puteri termenung di dalam bilik.'Aku dah tak ada banyak masa..'Dia memeluk kedua belah lututnya.'Lia, abang, abang Iz, abang If, kak Herliya, kak Nana dan Iyan.Puteri minta maaf.'Air mata mengalir di pipinya.


'Maafkan mama ya Iyan dan Lia.Maaf sebab tak dapat jadi ibu yang sempurna untuk kamu berdua dan menjaga kamu berdua sehingga kamu mempunyai keluarga sendiri.'


'Abang...Terima kasih sebab terima Puteri ya?Puteri sayang sangat dekat abang.Terima kasih sebab buktikan yang orang betul mencintai kita itu wujud.Terima kasih sebab paham dengan keadaan Puteri ni.Puteri harap abang dapat seseorang yang menyayangi abang.'


'Abang Iz dan abang If.Korang berdua adalah abang terbaik yang pernah Puteri ada.Tanpa korang mungkin Puteri tak dapat nak berdikari sehingga sekarang ni.Puteri sayang korang.'


Puteri bangun dari duduknya.Dia menuju ke laci meja solek.Dia menarik laci tersebut.Fail kesihatannya.'Nak buang ke atau simpan?Simpan jelah mana tau diorang nak tengok ke nanti.'Puteri menutup laci itu.


Tiba-tiba darah mengalir keluar dari hidungnya.Puteri terkejut.Cepat-cepat dia menggeledah handbagnya.Dua bungkus ubat dikeluarkan.Terketar-ketar dia memegang pil itu.Puteri terus menyumbat pil itu ke dalam mulut dan disertakan dengan air.


'Abang...Maafkan Puteri.'Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.Puteri tidak sedarkan diri.

**********


"Puteri dah tak dapat bertahan lagi.''Mereka terdiam.Aulia yang tidak mengerti hanya melihat mereka.Doktor Arief keluar dari wad itu.''Papa...''Aulia memeluk kaki papanya.''Bila mama nak sedar?''Aizal hanya diam.Aulia melihat papanya diam terus dia mematikan niat untuk bertanya lagi.


''Lia..Jom ikut abang pergi cafe?''Ajak Iyan.Aulia mengangguk.Aulia memandang ke arah papanya.Aizal sekadar mengangguk.Aulia terus menuju ke arah abangnya.Iyan mendukung budak kecil itu.Mereka berdua keluar dari wad itu.


Irzam mengeluh.''Nampak gaya Puteri tak dapat diselamatkan lagi...''Kata Irzam pasrah.Aizal menunduk.Hatinya berasa sakit.''Tiada cara lain lagi?''Irfan bertanya.Irzam menggeleng.''Kita dah menyeksa adik kita sendiri.''Kata Irzam.


Irfan diam.Ya, betul kata saudaranya.Puteri terseksa dari dulu lagi.''Aizal..''Panggil Irfan.Aizal memandang ke arah abang iparnya.''Aizal bersedia?''Tanyanya.Aizal diam.Jawapannya mestilah tidak."Ah..Aizal nak keluar sekejap.''Aizal terus keluar dari wad.Terlihat doktor Arief berada di situ.''Jom pergi office aku.''Aizal hanya mengekori lelaki itu.


Doktor Arief menutup pintu officenya.''Aku tahu kau nak menangis.Menangislah sepuasnya.Luahkan segalanya.''Aizal menunduk.Doktor Arief hanya memerhati sahaja lelaki di hadapannya.

Beberapa minit kemudian.....


Aizal mengesat air matanya dengan baju.''Kau dah okay?''Aizal hanya mengangguk.''Kau betul-betul sayangkan Puteri?''Aizal mengerut dahi.''Soalan apa kau tanya?Aku memang betul-betul sayang dan cintakan isteri aku sendiri.''


''Kalau kau betul sayangkan dia kenapa kau tak dapat ikhlaskan pemergian dia nanti?''Aizal terkedu.''Kau sayang dia tapi kau tak ikhlaskan dia?Itu ke sayang dan cinta kau tu?''Aizal terdiam.Tiada kata-kata keluar dari mulut lelaki itu.


''Puteri sendiri ikhlaskan pemergian keluarga dia.Kau juga ikhlaskan pemergian ibu bapa kau.Takkan giliran Puteri kau tak dapat nak buat?''Tanya doktor Arief.''Puteri tu jiwa aku.Kalau dia pergi maknanya jiwa aku pun pergi sekali''Kata Aizal.


''Habis anak kau?Kau tak fikir?''Aizal diam.''Kau jangan jadi selfish boleh tak?!Anak kau baru umur 4 tahun kau tahu tak?!Kalau kau abaikan anak kau, siapa yang akan jaga dia?Kau nak Lia jadi seperti Iyan ke?''Aizal terkedu untuk kali kedua.

Tok!Tok!Tok!


Pintu office diketuk.''Masuk!''Muncul seorang jururawat.''Ah ya kenapa Adira?''Tanya doktor Arief.''Puteri dah sedar.''Mereka berdua serentak bangun.Jururawat itu tercengang.Aizal dan doktor Arief terus keluar dari office itu.''Aa...''Jururawat itu menutup pintu office.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience