*End Flashback*
Puteri serta merta menghentikan kuasanya.Tiba-tiba dia rebah.Aizal,Irfan,Irzam terkejut."Cepat!Kita kena bawa dia ke hospital segera."Tanpa berlengah Aizal terus mencempung tubuh isterinya.Mereka terus menuju ke kereta Irzam.Enjin dihidupkan dan kereta itu terus meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah itu.
***********
"Kan saya dah pesan jangan sesekali suruh Puteri guna kuasa tu.Boleh bahayakan nyawa Puteri."jelas Doktor Arief.Jelas ternampak wajah kecewa doktor itu."Maaf dok.Tapi ni demi nak tahu kebenarannya."kata Irzam.Aizal pula hanya diam.Dia masih keliru dengan situasi sekarang.Irfan pula di wad lain untuk pemeriksaan lanjut.
"Ini last warning.Jangan bagi Puteri guna kuasa itu lagi."Irzam mengangguk.Salahnya juga kerana memikirkan tiada risiko.Rupanya ia boleh membawa maut.Mereka berdua meninggalkan pejabat Doktor Arief."Erm bang.Az nak tanya.Apa dah berlaku sebenarnya?Apa maksud doktor tu?"
Irzam terus menarik tangan Aizal menuju ke pejabat Puteri di tingkat yang sama.Aizal hanya mengekori sahaja.Dia berasa malu diperlakukan sebegitu.Aduh,aku malu siak!Ni kalau orang lain nampak,takut diorang fikir bukan-bukan.Naya nanti.
Masuk sahaja di dalam pejabat Puteri,Irzam terus mengunci pintu."Ingat Az.Ni rahsia besar.Jangan bagitahu sesiapa termasuk ibu bapa kamu.Aizal hanya mengangguk."Puteri ada bagitahu apa-apa tak pasal ni?tanya Irzam."Ada.Masa dekat Sabah dulu.Dia cakap dia akan mati tak lama lagi.Sebab kanser jantung."jelasnya.
"Itu je?"Aizal mengangguk.Nampaknya adik ipar aku masih tak tahu pasal ni.Irzam meletakkan sampul surat di atas meja.Aizal hanya melihat sampul surat itu.Macam pernah nampak sahaja surat ini?Tapi kat mana eh?"Ni surat dari arwah mama.Tapi belum sampai masanya lagi untuk baca surat ini.
Aizal keliru."Nanti abang bagitahu bila Az boleh baca surat ni.Sebab ini penting."kata Irzam.Aizal hanya mengangguk.Banyak benda yang aku perlu tahu.
*************
Irfan tersedar.Dia memandang sekeliling.Pintu wad dibuka.Muncul seorang doktor dan seorang jururawat.Hospital? Kepalanya berasa amat sakit."Encik Irfan?"tegur doktor lelaki itu."Arief?"doktor itu mengangguk."Apa dah berlaku?"tanya Irfan.Dia memegang kepalanya."Nampaknya awak dah ingat semula."
"Mana Puteri?"baru perasan adiknya tiada di situ."Ada kat wad dia.Puteri masih lemah lagi.Tinggi risikonya apabila menggunakan kuasa tu."kata Doktor Arief.Irfan tidak memberikan sebarang komen."Boleh ke saya nak tengok Puteri?"tanyanya.Doktor Arief memandang jururawat di sebelahnya."Saya rasa ini bukan masa yang sesuai.Better encik Irfan rehat dulu.Esok baru encik Irfan boleh tengok Puteri."katanya.
***************
Hi semua..Saya nak bagitau yang saya tak akan update cerita ini dengan masa terdekat.Saya sibuk dengan sklh & saya akan menghadapi peperiksaan SPM.Doakan saya supaya dapat jawab soalan dengan tenang.Saya janji lepas SPM nanti saya terus update cerita ini ye.Syg korg semua
Share this novel