Bab 59

Romance Completed 18238

Haih,dah 5 bulan kahwin tapi tak nampak tanda-tanda aku mengandung.Macam mana kalau ibu bapa mertua aku tanya?Aduh,tak boleh jadi ni.Puteri mundar-mandir di beranda rumah.Aizal yang sedang membutang kemejanya pelik melihat isterinya mundar-mandir.


"Sayang?Kenapa ni?"Aizal menyentuh bahu isterinya.Puteri memusingkan badan menghadap suaminya.Dia resah."Puteri risau."Aizal mengerut dahi."Risau?"Puteri mengangguk."Ye.Kita dah 5 bulan kahwin tapi Puteri tak mengandung lagi.Kalau mama dan papa tanya,Puteri nak jawab apa?"Aizal memeluk isterinya.


"Tak ada rezeki la tu.Mama dan papa takkan paksa kita.Dorang tak kisah sangat pasal cucu ni.Sayang lupa ke apa dorang kata.Mama dan papa nak sayang jadi menantu.Itu pun dah cukup."Aizal melepaskan pelukan.Wajahnya didekatkan pada wajah isterinya.Mereka berlaga hidung.Puteri tersenyum.


"Kita kena cepat nanti jam."Mereka berdua menuju ke dapur untuk sarapan.

**********


"Abang pergi dulu ye."ucap Irfan.Herliya menyalam tangan suaminya sambil tangan itu dicium.Irfan pula mencium dahi isterinya.Irfan masuk ke dalam perut kereta.Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu meninggalkan garaj kereta.Herliya melambai tangan sehingga kelibat kereta suaminya hilang.


Herliya menekan butang pagar automatik itu.Dia risau jika ada bahaya menimpa akan dirinya.Dah la dia tinggal seorang.Bak kata pepatah malang tidak berbau.

************


"Sayang,tunggu abang dekat dalam pejabat abang.Abang nak jumpa si Naz sekejap."Puteri mengangguk.Aizal mengeluarkan telefon bimbit.Dia memastikan isterinya sudah masuk ke dalam pejabatnya.Dia menghantar pesanan kepada abang iparnya.


Beberapa minit kemudian,muncul Irfan di situ."Maaf lambat sikit.Tadi jam."jelasnya."Tak apa.Si Puteri ada kat dalam.Boleh surprise kat dia."Irfan mengangguk.Dia mula menapak menuju ke pejabat Aizal.

Di dalam pejabat,

Eh,asal jantung aku ni?Dari hari tu lagi berdegup laju.Pintu bilik dikuak.Puteri menyangka suaminya masuk ke dalam pejabat.Dia masih tekun membaca surat khabar."Assalamualaikum."Seseorang memberi salam.Puteri terkejut.No.No way.Abang..Abang Irfan dah tak ada.Tak..Tak mungkin.


Puteri serta merta mendongak.Hampir tercabut jantungnya apabila melihat abang Irfan yang selama ini meninggal dunia ada di hadapannya.Dia terus berdiri dan menuju ke arah lelaki itu."A..abang Irfan?"tanya Puteri tergagap.Lelaki itu tersenyum."Be..Betul ke ni?"Lelaki itu mengangguk.


Puteri terus memeluk abangnya.Irfan membalas pelukan adiknya walaupun dia masih tidak dapat ingat tentang masa silamnya."Ta..tapi,macam mana abang boleh ada kat sini?"belum sempat Irfan ingin meneruskan katanya.Aizal sudah memotong."Abang yang ajak."Puteri melepaskan pelukan.


"Ha?"Dia masih tidak mengerti.Aizal menghampiri isterinya.Dia duduk di sofa dan diikuti oleh Puteri."Abang kan ada orang upahan."Puteri hanya mengangguk."Bulan lepas,orang upahan abang ada ternampak abang Irfan ni.Mula-mula dia tak percaya.Lama-lama baru dia percaya.Tu yang dia inform dekat abang.Tu yang abang suruh si Naz jumpa abang Irfan ni.Itulah surprise yang abang nak tunjuk."jelas Aizal.Puteri sudah mengalir air mata.


"Puteri tak sangka abang plan semua ni tanpa pengetahuan Puteri."katanya."Kan surprise mana boleh bagitau.Lagi satu,"Aizal terhenti sekejap.Puteri menanti."Abang Irfan hilang ingatan."Puteri terkejut."What?"Aizal hanya mengangguk."Abang Irfan tak ingat siapa Puteri.Dia pun tak kenal siapa abang ni.Abang Irfan pun tak ingat siapa arwah mama dan papa."ujar Aizal.

Tok!Tok!

Pintu dikuak.Muncul Irzam di situ."Sorry terlambat sikit sebab jam.So dah surprise belum?"Tanyanya.Aizal mengangguk.Abang Iz pun sama juga buat surprise.Haih,apa la nasib."Puteri tak nak guna ke?Boleh kembalikan ingatan abang Irfan ni."Puteri diam."Err,doktor kan dah pesan tak boleh guna."jelas Puteri.Aizal mengerut dahi.Dia tidak faham akan situasi sekarang ini.


"Insyaallah tak ada apa-apa akan jadi."Puteri mengeluh."Yelah."Irzam tersenyum."Abang If,baring kat sofa ni."pintanya.Irfan hanya menuruti sahaja.Dia terus baring di atas sofa.Irzam menutup lampu office.Keadaan office itu menjadi sedikit gelap kerana tiada pancaran matahari.


Puteri menutup mata.Jari telunjuk diletakkan di atas dahi abangnya.Muncul satu sinaran seperti hologram dari dahi abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience