Get the app for full experience
"Yeah,abang Iz bawa air favourite Puteri."katanya teruja.Dia terus menghulurkan tangan untuk mengambil air milo ais itu.Irzam memberikan air itu.Bungkusan makanan pula diletakkan di atas meja.
"Maaflah abang lambat datang.Tadi baru habis meeting dengan client pasal projek kat Pahang dan jam teruk."jelas Irzam.Puteri hanya mengangguk.
Dia menyedut air milo ais itu.
********
Aizal duduk di kerusi.Ha...akhirnya habis juga meeting tu.Rasa nak beku je duduk dalam bilik meeting yang sejuk tu.Dia terus mengeluarkan telefonnya.Sudah seminggu buah hatinya tidak masuk office.Rasa rindu untuk menatap wajah babyface gadis itu
Tapi dah banyak kali aku telefon tak angkat.Ha..aku tau.Aizal mencari nama Abang Irzam di contact.Selepas menjumpai,dia terus menekan dail.
"Assalamualaikum abang Iz.Abang Iz sihat?Az sihat alhamdulillah.Abang, Puteri dengan abang ke sekarang?Boleh tak Az nak cakap dengan dia?Ok."Aizal menamatkan panggilan.
Haih... baru nak cakap dengan Puteri.Tapi buah hatinya busy pula.Tak apalah boleh telefon hari esok.Aizal terus mengemas fail.Dia ingin mengisi perutnya yang kosong.