Bab 24

Romance Completed 18238

"La..awak cemburu ke?Tak perlu lah nak cemburu."Puteri menenangkan hati kekasihnya.Alahai aku tak cantik mana pun la.Buat apa la diorang nak rebut aku.

"Awak sayang saya tak?"Puteri pelik dengan soalan yang diajukan oleh Aizal.Takkan cemburu buta kot sampai tanya soalan camni?

"Mesti la saya sayangkan awak.Awak la orang pertama yang ajar saya tentang cinta ni."ujar Puteri.

Aizal berasa lega mendengar kata-kata Puteri.Sedikit sebanyak dapat mengurangkan hatinya yang sedang gelisah.

Makanan yang dipesan sudah sampai.Selepas pelayan itu pergi,Puteri mencapai sudu dan garfu.Dia menghirup mushroom soup itu.Aizal hanya melihat tingkah laku Puteri.

Wajah putih kekasihnya membuatkan hatinya berdegup kencang.Aizal teringin sangat melamar gadis di hadapannya.Namun dia tidak pasti sekiranya dia sudah bersedia untuk berumah tangga.

*******

"Sayang,malam ni teman saya pergi majlis hari jadi kawan saya."kata Aizal.Puteri hanya mengangguk.

"Tapi saya tak ada baju yang sesuai nak pergi majlis tu."ujar Puteri.Aizal mula berfikir.Dia menarik Puteri menuju ke butik eksklusif milik kawan baik mamanya.Puteri hanya mengikut langkah lelaki itu.

Mereka berdua masuk ke dalam butik itu."Selamat datang."ucap penyambut butik itu dengan ramah.Puteri tersenyum ke arah penyambut butik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience