Bab 5

Romance Completed 18240

Adui abang aku ni.Ingatkan nak tengok cerita romantik ke action ke rupanya cerita Boboiboy The Movie 2.Haih..cakap orang perangai cam budak-budak tapi dia pun sama.

Aku ni mana la layan sangat cerita kartun ni.Tapi disebabkan abang kesayangan aku la aku terpaksa layan.

"Kita panggung nombor berapa?"tanya ku.Irzam meneliti tiket wayang itu."Nombor 8,"Baru sahaja dia hendak menolak pintu,tiba-tiba pintu itu ditarik dari dalam.Muncul Aizal di situ.

Puteri terpempan.Aizal terhenti.Masing-masing tidak bergerak seperti patung."Err..Maafkan saya."ucap Puteri.Hish..Mana aku nak sorok muka ni.

"It ok.Sepatutnya saya yang kena minta maaf."kata Aizal.Comel juga suara minah ni.

"Err...Saya nak masuk dulu."Aizal memberikan laluan.Cepat-cepat Puteri menyusup masuk ke dalam panggung.Dia terus mencari tempat duduk yang telah ditetapkan.

"Mana pula abangku ini?"Matanya tertumpu ke arah pintu panggung.Dia terlihat abangnya masuk sambil membawa popcorn dan air bergas.Huh..sempat lagi abang aku ni beli.Aku ingat abang aku da salah panggung ke.

"Sorry lambat sikit.Da lama tak makan ni tu yang beli."jelas Irzam.Puteri hanya mengangguk.Dia melirik jam tangannya.Lagi 5 minit cerita Boboiboy ditayangkan.Puteri merasakan ada orang duduk di sebelahnya.Dia terus memandang ke kanan.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat lelaki yang dia terlanggar di pintu panggung duduk di sebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience