Bab 68

Romance Completed 18238

"Assalamualaikum.Puteri dah balik."ucapnya.Aizal yang sedang menonton televisyen lekas bangun dari duduknya.Dia terus menghampiri Puteri."Waalaikumsalam sayang."balas Aizal.Puteri menyalami tangan suaminya.


"Dok kata apa?"tanyanya."Alhamdulillah Puteri tak ada cedera teruk.Doktor kata Puteri kena rest banyak dan jangan buat kerja berat."kata Puteri.Aizal mencubit pipi isterinya.Puteri mengaduh kesakitan."Abang dah pesankan,jangan buat kerja berat tapi sayang mana nak dengar kata."kata Aizal.Puteri tersengih.


"Yelah,Puteri janji tak buat kerja berat."Puteri mengangkat tangan seperti sumpah.Aizal menggeleng."Dah lama tak buat tu."Aizal berbisik.Puteri sudah kemerahan.Dia memukul lengan suaminya."Ish,abang ni!Puteri baru balik dah minta benda tu."marah Puteri.Aizal memuncungkan bibir.


"Hmm,takpelah kalau sayang tak bagi."Aizal pura-pura merajuk."Elelele,nak merajuk pulak.Mengada eh!"Puteri terus menarik tangan suaminya menuju ke bilik tidur mereka.Aizal sudah tersenyum lebar.Macam budak kecik je laki aku ni.

************


'Ya Allah,kalau ajal aku dah sampai,Kau lindungilah keluargaku.'doa Puteri dalam hati.Setitis air mata jatuh di atas telekungnya.Dia berasa gembira kerana dirinya sudah berbadan dua.Patutlah dia kerap kali muntah-muntah.


Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Tertera nama doktor Arief."Waalaikumsalam.Sihat alhamdulillah.Hari ini?Puteri free je.Jumpa kat Andelion cafe?Boleh.Pukul 8 pagi.Baiklah.Assalamualaikum."


"Pelik juga tiba-tiba dok nak ajak jumpa.Kat cafe pula tu.Mesti ada something ni."Puteri menoleh ke arah jam loceng.Pukul 6:30 pagi.Lama lagi nak pukul 8.Nak kemas rumah tapi abang tak bagi.Guna kuasa je la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience