Bab 35

Romance Completed 18238

"Kenapa awak tanya macam tu?"Puteri hanya diam.Dia menghampiri gaun itu.

"Saja tanya.Sebab saya sekarang tengah bercinta.Saya takut nak mendirikan rumah tangga.Bukan sebab tak ready tapi keadaan saya sekarang."katanya.

"Hanya kerana awak sakit tu yang awak tak ready nak berumah tangga."Puteri mengangguk.

"Saya tak nak orang yang saya sayang akan bersedih atas permegian saya."

"Kalau awak tak kahwin sekalipun awak mesti pergi tinggalkan abang awak.Betul tak?"

Puteri hanya diam.Dia tak dapat nak beri jawapan dengan soalan doktor Arief itu.

"Awak berehat la dulu.Diri awak tu dah lemah.Kejap lagi saya bagi ubat ya."Doktor Arief terus keluar dari wad Puteri.Gadis itu ditinggalkan seorang diri.

Macam mana kalau Aizal tahu pasal penyakit ni?Adakah dirinya akan dibenci?Atau dimarahi?Ha..soalan yang tak ada jawapan.

Puteri terus meletakkan kepalanya di atas bantal.Hmm...aku nak cakap apa eh seminggu tak masuk office?Cakap aku kat Pahang tengok projek hotel?Ah...susahnya nak menipu.

Pintu wad tiba-tiba ditolak dari luar.Muncul Irzam sambil membawa sebungkus makanan beserta air kegemaran adiknya milo ais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience