Bab 74

Romance Completed 18238

Sampai sahaja dia di New Zealand,Puteri menahan teksi menuju ke rumah keluarganya.Dia menghidupkan kereta Bugatti Veyron milik arwah papanya.Dia pun memecut laju menuju ke sekolah anaknya.

**********


Puteri memberhentikan kenderaan di tepi jalan.Dia melihat ramai pelajar di situ.Dia keluar dari perut kenderaan itu.


Ramai pelajar memerhati akan kereta yang dipandu olehnya.Ada juga yang berbisik antara satu sama lain.Jack dan kawan-kawannya juga turun memerhati keretanya.Disebabkan tingkap keretanya gelap dan orang dari luar tidak dapat melihat dirinya.


Puteri keluar dari kereta.Semakin kecoh pelajar di situ.Ada juga yang sudah merakam gambar dirinya.Puteri terus menuju ke pintu masuk utama sekolah itu.Dia berjalan melintasi 4 orang pelajar yang duduk berdekatan pintu masuk utama sekolah.Dia terus menuju ke pejabat pengetua.


Dia mengetuk pintu terlebih dahulu.Beberapa minit kemudian,dia terdengar seseorang mengarahkannya masuk.Puteri membuka pintu.Terlihat Iyan dan juga encik Smith di situ.''Maaf sebab lambat.''Kata Puteri dalam bahasa inggeris.Encik Smith mendongak.Iyan juga turut memusingkan kepalanya ke belakang.


Puteri sekadar tersenyum.Encik Smith berasa jantungnya berdegup kencang.''Puan Puteri kan?Silakan duduk.''Pelawa encik Smith.Puteri duduk di sebelah anaknya."Apa yang sebenarnya dah berlaku?''Tanya Puteri.''Saya mendapat aduan bahawa anak puan telah membuli dua orang pelajar semalam.''


''Macam tak logik sahaja seorang membuli dua orang pelajar?''Puteri berasa sedikit sangsi.''Saya dengar yang puan jarang jumpa dengan anak puan.''Puteri mengeluh.'Time ni la nak tukar topik.'


''Sebelum kita bercakap tentang ini,boleh saya hantar anak saya masuk ke dalam kereta dahulu?''Encik Smith sekadar mengangguk.''Iyan jom.''Ajak Puteri.Iyan hanya mengekori dari belakang.Semua pelajar memerhati mereka berdua.''Mama nak berbincang dengan pengetua.Kamu duduk dalam ni dan kunci pintu.Kalau pelajar lain ketuk tingkap jangan layan.''Iyan mengangguk.Dia teruja kerana dapat merasai menaiki kereta Bugatti Veyron kegemarannya.

Hi semua maaf la klau lisa baru publish sbb lisa dah sibuk dengan kelas & assignment.Lagi satu lisa tak tulis bahasa inggeris sngt dlm bab ni sbb takut korang x phm pula hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience