Bab 47

Romance Completed 18238

Irzam mencedok nasi ke dalam pinggan.Puan Sri Aida memandang ke arah Irzam.

"Iz,mana Puteri?"Puan Sri Aida menyoal.Irzam berhenti mencedok

"Puteri ada kat dapur aunty.Sekejap lagi dia datang la."Puan Sri Aida mengerut dahi.

"Buat apa dia kat dapur tu?Orang gaji kan ada boleh buat kerja."Irzam tersenyum.

"Puteri tu kan aunty dia jenis suka buat kerja rumah.Lagi-lagi bab memasak.Memang kegemaran dia.Arwah mama kitorang selalu ajar Puteri memasak.Puteri pernah kata kat Mak Piah jangan sesekali buat kerja dia iaitu memasak.Kalau mengemas rumah atau siram pokok bunga tu dia bagi."kata Irzam panjang lebar.

Puan Sri Aida mengangguk tanda faham.Beberapa minit kemudian,Puteri keluar dari dapur sambil membawa lauk.Perlahan-lahan dia meletakkan lauk itu di atas meja.

"Aunty..uncle maaf ya sebab lama.Tadi Puteri memasak tu yang lambat."Puteri menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Aizal.Irzam pula duduk di sebelah kiri Tengku Adam.

"Eh,Mak Piah join la sekali.Tak baik pula Mak Piah makan sorang-sorang."kata Aizal.Mak Piah terkaku sekejap.

"Meh Mak Piah duduk sebelah Puteri."gadis itu menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya.Mak Piah perlahan-lahan menarik kerusi itu.

Mereka mengangkat tangan untuk membaca doa.Tengku Adam mengetuai bacaan doa.Selepas membaca doa,kami menikmati juadah tengah hari.Aizal mencedok lauk ayam masak merah manakala Puan Sri Aida mencedok kuah asam pedas.

Tengku Adam pula mencedok ikan bawal sweet sour.Puteri tersenyum melihat gelagat mereka makan.Aku tau mesti diorang kata masakan aku sedap.

"Hmm...sedapnya masakan Puteri ni.Sama macam masakan mama Puteri."puji Puan Sri Aida.(Sudah ku agak.)

"Terima kasih aunty.Saya dah lama tak masak lauk ni.Lauk ni pun favourite arwah keluarga Puteri.Tak tau pula aunty,uncle dan Aizal suka lauk ni."kata Puteri.Hatinya menjadi sedih.

"Puteri tak perlu la panggil aunty.Panggil mama je.Lagipun Puteri nak jadi menantu mama juga."Puteri mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience