Herliya mengeliat.Hmm..sedapnya aku tidur.Dia menoleh kirinya.Eh?Suami aku mana?Awalnya bangun.Disebabkan dia sedang cuti Herliya bangun sedikit lewat.Kaki diatur menuju ke kamar mandi sambil tuala disangkut di bahu.
10 minit kemudian..
Dia keluar dari bilik tidur.Hidungnya sudah menangkap haruman nescafe susu kegemarannya.Cepat-cepat dia menuju ke dapur."Morning honey.Lambat bangun eh?"tegur suaminya.Herliya hanya tersengih."Nah,abang buat nescafe kegemaran sayang."Irfan meletakkan satu mug nescafe susu dihadapan isterinya.
"Hari ini abang pergi jumpa si Aizal ke?"tanya Herliya sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut."Tak,sebab hari ini isteri dia discharge.Aizal kata esok baru jumpa.Yelah isteri baru keluar hospital mesti nak luangkan masa kan?"kata Irfan.Herliya mengangguk.
"Hari ini abang nak luangkan masa dengan sayang.Dah lama tak dating macam dulu-dulu."Herliya menggeleng kepala."Gatal eh abang ni.Takpe malam ni kita fun tau."kata Herliya mengenyitkan mata.Irfan ketawa.Macam tahu-tahu je isterinya akan maksud itu.
*********
"Sayang,dah siap?"tanya Aizal.Puteri mengangguk.Pakaiannya dimasukkan ke dalam beg.Zip beg ditarik.Belum sempat dia mengambil beg itu,suaminya dengan pantas mengambil beg pakaian itu."Eh,abang.Biar jelah Puteri bawa bukan berat pun."Puteri sedaya upaya mengambil beg itu."No.Sayang belum sepenuhnya sihat.Abang tak nak sayang sakit lagi."kata Aizal dengan suara agak sedikit tinggi.
Terhinjut sedikit bahunya akibat suara suaminya yang sedikit tinggi itu."Baik."kata Puteri perlahan.Aizal mula rasa bersalah akibat dirinya meninggikan suara.Dia terus mencapai tangan isterinya yang mahu berjalan keluar.Puteri berhenti berjalan.Dia masih menundukkan kepala.Aizal terus menarik Puteri ke dalam dakapannya.Puteri tak dapat menahan air mata yang gugur.
"Maaf.Abang tak sepatutnya meninggikan suara dekat sayang."ucapnya."Ta..tak.Sepatutnya Puteri yang minta maaf.Puteri sepatutnya ikut kata abang bukannya bantah."Puteri mengelap hingus dengan hujung lengan baju.Aizal mendongakkan wajah isterinya.Pipi isterinya kemerahan akibat menangis."Dah la jom kita pergi makan.No nangis lagi tau."Aizal menyeka air mata dengan ibu jarinya.
Salahnya juga kerana membantah kata-kata suaminya itu."Hari ini sayang nak makan apa?"mata Puteri menjadi bersinar."Anything?"Aizal mengangguk."Hmm.."Puteri meletakkan jari telunjuk di tepi bibir.Aizal hanya menggeleng kepala."I want chicken chop.Boleh kan?"tanya Puteri.Dia risau jika suaminya tidak membenarkan dirinya memakan sesuatu yang tidak sihat.
"Of course sayang.Jom kita gerak sekarang nanti jem pula.Jenuh nak tunggu."Aizal melangkah keluar dari wad diikuti dengan isterinya.
***********
"Sedap tak?"Herliya mengangguk."Sebab tu abang suka makan western dekat sini.Sedap sangat walaupun harga mencekik darah sikit."kata Irfan.Herliya tergelak.Ada-ada sahaja suaminya ini.Herliya mencarik isi ayam itu kemudian dicicah ke dalam sos black pepper.Yummy!!
Aizal masuk ke dalam restoran western itu.Puteri melihat restoran itu sebelum melangkah masuk.Nice place.Mesti makanannya sedap.Aizal terpandang seseorang.Oh no.Kenapa abang dia ada kat sini?Habis la pecah rahsia nanti.
Irfan melihat susuk tubuh di pintu masuk restoran.Aizal?Oh my god.Irfan memanjangkan sedikit lehernya.Terlihat seorang gadis dibelakang Aizal.Jangan-jangan tu isteri dia.Aizal kata dia nak buat surprise dekat isterinya.Kalau isterinya nampak aku mesti dah tak jadi surprise.
"Sayang,abang pergi tandas kejap tau."kata Irfan.Herliya hanya mengangguk.Irfan cepat-cepat bangun menuju ke bilik air.Aizal yang melihat abang iparnya menuju ke bilik air dia melepaskan nafas lega."Kita duduk kat sini.Tersorok sikit dan tak ramai orang."Puteri hanya mengangguk.
Selesai sahaja memesan makanan,Aizal meminta diri untuk ke tandas.Aizal melihat abang iparnya sedang membasuh tangan."Abang,"tegur Aizal.Irfan memusingkan badannya menghadap Aizal."Nyaris sahaja tadi."kata Irfan.Aizal mengangguk.
"Esok baru bagitahu.Abang ingatkan plan kita."Irfan mengangguk.Lima minit kemudian sesi membuat rancangan selesai.Aizal dan Irfan menuju ke meja masing-masing.
"Lamanya abang pergi tandas?Mesti tengah ehem-ehem kan?"Aizal tersengih.Puteri diam.Dia malas nak bertanya soalan lebih lanjut.Muncul seorang pelayan sambil membawa makanan yang dipesan."Terima kasih."ucap Puteri.Pelayan itu hanya tersenyum.
"Jangan lupa esok kita pergi office abang dulu.Lepas tu malam pula kita..,"Puteri menggeleng kepala."Ish,abang ni.Boleh cakap kat rumah kan.Nasib la kita duduk jauh dari pelanggan."Aizal tersengih.Dua kali kena bebel."Dah-dah cepat makan."Mereka berdua menyambung semula makan.
Thanks sebab baca novel ni.Sorry cuz lambat update.Insyaallah saya akan habiskan novel ni
Share this novel