Bab 85

Romance Completed 18238

Puteri dan Iyan turun ke bawah.Aizal yang sedang duduk di sofa terus berdiri melihat isterinya berada di situ.Puteri melihat suaminya.Betul kata abangnya.Keadaan Aizal yang tidak terurus dan terlihat wajah suaminya pucat.


''Sa-Sayang?''Tergagap Aizal memanggil isterinya.Dia masih berasa bersalah atas perbuatannya.Puteri mendepakan tangan.Aizal yang mengerti perbuatan Puteri terus dia berlari ke isterinya.Dia memeluk erat tubuh wanita kesayangannya.''Maaf,abang betul-betul minta maaf.Abang tak sepatutnya tuduh sayang macam-macam.''Puteri tersenyum.


''Puteri maafkan.Puteri pun nak minta maaf sebab tak bagitahu awal-awal pasal benda ni.Maaf sebab Puteri tak bagitahu yang Puteri nak jumpa dengan doktor Arief.Kalau Puteri bagitahu awal-awal mesti tak ada salah paham.''Jelasnya.


Iyan hanya memerhati mama serta papanya berbaik semula.''Iyan.''Iyan menoleh ke belakang.Bapa saudaranya memanggil.''Ye uncle?''Iyan menghampiri mereka berdua.''Boleh uncle peluk Iyan?''Iyan terkejut seketika dan kemudian dia mengangguk.Irzam terus memeluk anak buahnya.Air mata jantannya mengalir.Iyan hanya diam.Irzam lekas mengesat air matanya.''Maaf,uncle tak sengaja.Uncle cuma rindu arwah papa Iyan je.''Iyan mengangguk.


''Arwah papa Iyan macam mana orangnya?''Iyan bertanya.Irzam tersenyum.''Dia seorang lelaki yang baik.Dia tak pernah menyakiti hati seorang perempuan.Dia juga sangat penyayang.Arwah papa Iyan setia orangnya.Dari zaman sekolah menengah sampai lah dewasa diorang bercinta masih bersama dengan arwah mama kamu.Uncle pun tak dapat nak ikut macam dia.Boleh dikatakan arwah papa Iyan sempurna di mata semua orang.''


''Kalau macam tu,Iyan akan setia pada seorang perempuan.Walaupun Iyan tak ada girlfriend lagi.''Kata Iyan.''Nanti Iyan ada la tu.Sekarang bukan masa sesuai Iyan nak bercinta.Belum masanya lagi.''Iyan mengangguk.''Iyan nak jadi macam mama.Lepas tamat sekolah baru bercinta.''Irzam hanya mengangguk.

**********


Puan Hanani muncul di situ.Dia pelik melihat adegan air mata di ruang tamu rumahnya.''Lah?Korang dah kenapa menangis ni?mak long tertinggal bas ke?''Iyan ketawa.''Alah mak long ni,mama dengan papa kan baru jumpa mesti ada drama Bollywood."Irzam dan Irfan sekadar menggeleng kepala mendengar jawapan anak buah mereka.


''Alahai mak long ganggu ke?By the way korang tak lapar ke?Mak long tiba-tiba rasa lapar.''Kata Puan Hanani.''Ha,jom kita pergi makan.Iyan pun dah lapar.''Iyan serta merta naik atas.''Kitorang pun nak bersiap dulu.''Irzam dan Irfan naik ke atas.''Puteri?''Dia menggeleng.''Saya pakai macam ni je.Tak nak terlalu bergaya sebab nak pergi makan je.''


Puan Hanani melihat keterampilan gadis itu.Walaupun pakaiannya biasa namun masih nampak lagi kemewahan di situ.''Dah,jom kita pergi!.''Laung Iyan.Terasa bergegar segenap ruang rumah itu.''Bertuah punya budak!Kamu ingat rumah ni kalis bunyi ke boleh jerit-jerit macam tu?''Bebel Puan Hanani.Iyan yang tiba di ruang tamu hanya tersengih.


''Dah la tu.Jom kita pergi.''Jawab Puteri.Irzam dan Irfan baru sahaja tiba di ruang tamu."Ni kita naik kereta siapa?''Tanya Irfan.''Naik kereta Puteri.''Irfan pelik.''Tapi adik punya kereta kan kereta Lamborghini?''


''Itu memang la.Tapi ada lagi kereta dalam garaj ni.''Puteri keluar dan menuju ke arah garaj.Button ditekan dan pintu garaj itu ternaik.Terdapat dua buah motosikal milik Puteri dan Iyan.''Lah,motor pula.''Iyan hanya menoleh ke arah mamanya.


''Kita kena naik lift dulu.''Mereka terus menuju ke lift.Puteri menekan butang menuju ke tingkat bawah tanah.

Ding!


Mereka tiba di tingkat bawah tanah.Pintu terbuka luas.Mereka yang berada ternganga mulut melihat tingkat bawah tanah itu mempunyai banyak kereta mewah.Puteri dan Puan Hanani hanya tersenyum.''Wa-Wait bila masa nenek ada basement?''Walaupun sudah 18 tahun dia tinggal bersama neneknya,Iyan masih tidak tahu yang neneknya mempunyai basement yang dipenuhi kereta mewah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience