Beberapa tahun sudah berlalu.Lia sudah berumur 20 tahun.Gadis itu menuju ke meja solek.''Kena potong rambut ni.Dah panjang sangat.Tapi kena tanya papa dulu takut papa tak bagi.''Lia memakai rantai leher milik mamanya.
Dia menuju ke bilik tidur papanya.Lia mengetuk pintu.''Masuk!''Laung Aizal dari dalam.Lia membuka pintu.''Ah, Lia dah siap?Tunggu sekejap papa tengah pakai tie ni.''Aizal mengambil tali leher di atas kerusi.Lia terlihat papanya agak payah untuk memakai tali leher itu.
''Papa ni.Kan Lia dah bagitahu kalau tak boleh panggil Lia.''Aizal hanya tersengih.''Lia nak tahu tak?''Lia memandang ke arah papanya.''Ya papa?''Dia membetulkan blazer papanya.Tali leher dibetulkan juga.''Muka kamu serupa dengan arwah mama.''
Lia terkejut."Eh?Betul ke?''Aizal mengangguk."Serupa sangat.Sampai kawan papa tanya siapa tu.Serupa macam Puteri.Dan ada yang kata kamu ni kembar mama.''Kata Aizal.Lia ketawa kecil.
''Mesti arwah mama famous kan dulu?Sampai semua orang kenal.''Aizal hanya tersenyum.''Arwah mama dulu jenis tak suka nak jadi famous ni.Ramai yang kenal dia sebab arwah mama selalu buat baik dengan semua orang.Walaupun arwah mama tu terlalu kaya, dia tak pernah sombong.Dia tak pernah menunjukkan kekayaan dia dekat sesiapa pun.Sampai ada satu hari arwah mama pakai baju biasa je.Mula-mula diorang tak cam sebab arwah mama pakai baju biasa.Ada yang mengejek dan menghina arwah mama tapi arwah mama kamu diam je.Arwah mama kamu dia masuk kedai dia sendiri.Dia cakap ramai orang kat dalam tu gelakkan dia mungkin sebab diorang fikir arwah mama kamu tu orang miskin.Arwah mama kamu tak expect yang uncle Irzam ada kat situ.Uncle Irzam pun siap cakap ''Kenapa adik pakai baju macam ni?Duit abang bagi tak cukup ke?''.Suasana kedai tu terus sepi.Macam malaikat lalu.
''Wah, arwah mama lain memang betul-betul hebat!''Puji Lia.Aizal mengangguk.''Sebab tulah papa bangga dengan arwah mama kamu.Papa nak Lia ikut macam arwah mama.Jadi manusia yang baik suka menolong orang lain tanpa mengharapkan hadiah dari orang lain.''
''Baiklah!''Tiba-tiba mata Lia silau.Gadis itu terus melutut di tepi katil.Dia mencapai sesuatu di bawah katil.''Kamu cari apa tu?''Aizal memerhati gelagat anaknya.''Lia jumpa ni.''Dia menyerahkan sesuatu kepada papanya.''Loket?''Aizal membuka loket tersebut.
Terdapat gambar mereka bertiga di dalam loket tersebut.''Cuba kamu tengok ada apa lagi kat bawah tu.''Lia menggapai sehingga tangannya menyentuh sesuatu.Dia menarik benda tersebut.''Kotak?''Lia meletakkan kotak itu di atas katil.
''Papa nak buka ke?''Aizal mengangguk.Dia membuka kotak tersebut.Terdapat kek cawan beserta sepucuk surat.''Papa bacalah.''Kata Lia.Dia mengambil kek cawan itu.''Cantiknya kek cawan ni.''
Aizal mengeluarkan sepucuk surat dari dalam sampul surat.'Tulisan ni..Puteri?'
Kepada suami Puteri yang tercinta,
Assalamualaikum abang.Abang apa khabar sekarang ni?Kalau abang baca surat ni maknanya Puteri dah tak ada.Abang dan Lia macam mana sekarang.Puteri harap abang dan Lia dalam keadaan sihat sahaja.Puteri nak cakap Puteri sayang kamu berdua.Kamu berdua hadiah yang begitu bernilai bagi Puteri.Puteri tahu Puteri pentingkan diri sendiri.Tapi ini kebaikan kita berdua.Puteri minta maaf selama ni Puteri rahsiakan tentang penyakit Puteri.Arwah nenek cakap Puteri ni special sebabtu Puteri tanggung banyak penyakit.Puteri juga ada banyak kuasa.Keluarga Puteri memang ada kuasa cuma Puteri je tak tahu dari mana kitaorang dapat kuasa tu.Disebabkan ada kuasa, keluarga Puteri putuskan untuk berhati-hati dalam berjumpa dengan orang lain.
Abang ingat tak masa kita kenal dulu?Puteri tertidur kat bahu abang.Bila ingat balik malu pun ada.Macam mana lah Puteri boleh tertidur kat bahu abang.Mula-mula tu kita bergaduh dan tahu-tahu abang jadi suami Puteri.Tu lah orang tua-tua cakap jangan benci sangat nanti sayang.Puteri bersyukur mengenali abang.Walaupun abang jenis kuat cemburu tapi abang selalu utamakan Puteri.Terima kasih ya abang selalu ada dengan Puteri.Puteri hargai apa yang abang buat.Jaga Lia untuk Puteri ya?Besarkan Lia dan didiklah dia dengan ajaran yang baik.Puteri tahu abang boleh.
Puteri ada sediakan sesuatu.Jangan lupa makan tau.Puteri gunakan kuasa kat atas kek cawan itu supaya ia kekal elok.Dan jaga kuasa Puteri baik-baik.Jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada.Kuasa Puteri tu jangan tunjuk dekat siapa-siapa.Takut bahaya yang akan datang.Lagi satu, Puteri izinkan abang untuk berkahwin dengan orang lain.Sebab Puteri nak abang bahagia juga.Puteri tahu abang sunyi tanpa Puteri dan Puteri dah beri keizinan.Biarlah orang baru tu akan jaga abang sebaiknya.Puteri cintakan abang.Walaupun kita sudah berbeza alam, Puteri tetap cintakan abang.
Daripada Isterimu
Air mata jatuh mengenai surat tersebut.''Papa okay?Kenapa tiba-tiba menangis.''Aizal mengesat air matanya.''Arwah mama cakap dia sayangkan kita berdua.''Kata Aizal.Lia tersenyum.''Lia tahu.Sebab tu arwah mama percayakan papa besarkan Lia.''
''Dan kek cawan ni?Arwah mama bagi ke?''Aizal mengangguk.''Arwah mama cakap jaga kuasa dia elok-elok.''Eh?Kuasa?''Lia keliru.''Arwah mama dilahirkan ada kuasa.''Kata Aizal.''Wah, dah macam cerita Frozen je.''Kata Lia teruja.''Ya.Arwah mama ada banyak kuasa dan juga..."Aizal terhenti.''Dan juga?''Tanya Lia.''Arwah mama juga ada banyak penyakit kronik.''Lia terkedu.
''Pe-Penyakit kronik?''Aizal mengangguk.''Arwah mama ada penyakit kronik sejak lahir.Dan bila dia menginjak dewasa, penyakit tersebut semakin teruk.''Lia terdiam.Dia tidak mengetahui tentang ini.''Jom kita makan kek cawan ni.''Lia mengambil kek cawan perisa strawberi manakala Aizal mengambil kek cawan perisa vanila.Mereka berdua memakan kek cawan tersebut.
''Badan Lia rasa sejuk macam ais.''Lia melihat tapak tangannya.Ada ukiran ais di atas tapak tangannya.Aizal melihat tapak tangannya.Ukiran api terukir di tapak tangannya.''Jadinya kuasa Lia adalah ais dan kuasa papa pula api.''Kata Aizal.
''Kita akan minta bantuan dekat uncle Irzam dan uncle Irfan.''Aizal mengangguk.''Eh, majlis perkahwinan abang Iyan akan bermula satu jam lagi.Kita kena pergi cepat.''Lia terus bangun dan berlari menuju ke biliknya.Dia mengeluarkan kasut tumit baru dari dalam almari.
''Lia tunggu dekat dalam kereta tau papa.Papa jangan lambat sangat.''Lia sudah masuk ke dalam lif.
Aizal bangun dan berdiri menghadap gambar perkahwinan mereka yang tergantung indah di dinding bilik.'Sehingga nafasku terhenti akan ku tetap mencintaimu sayang.Walaupun sayang bagi keizinan untuk kahwin lain.Abang tetap pilih sayang.Tiada seorang pun yang boleh menggantikan tempat sayang.Abang akan jaga anak kita dan didik dia dengan baik.'
Aizal tersenyum sebelum dia keluar dari bilik itu.
~ THE END ~
Share this novel