"Puteri pergi hospital dulu ye."Irzam dan Irfan mengangguk.Muncul satu pintu teleport bercahaya.Puteri melangkah masuk ke dalam pintu teleport bercahaya.Dia tiba di dalam wad private miliknya.
"Hm,dah pukul 11.00 pagi.Dah boleh kot jumpa."Sebelum dia keluar dari wadnya,Puteri menggunakan kuasa halimunan.Dia tidak mahu sesiapa mengetahui dirinya ada di situ.Kalau tidak mula sesi interview di situ.
Tok!Tok!Tok!
"Masuk!"laung doktor Arief dari dalam.Pintu ditolak dan Puteri melangkah masuk ke dalam."Kenapa Puteri jadi halimunan?"Tanya doktor Arief pelik.Puteri menutup pintu itu.Dia memunculkan diri."Saya tak nak la pesakit dan semua kaki tangan hospital tanya saya macam-macam."Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Hahaha..awak kan dah famous."Puteri menggeleng."Mana ada la.Saya biasa-biasa je."kata Puteri merendah diri."Awak tak perlulah nak rendah diri. Semua orang tahu awak memang baik."Puteri hanya tersengih.
"Baiklah.Sekarang kita pergi bilik khas.Saya dah lama tak check dalaman awak.Selalunya luaran je saya check.Maklumlah tengah busy kan."Puteri hanya mengangguk.
Di rumah Aizal...
"Hmm..mengantuknya."Aizal mengeliat.Dia berjalan menuju ke bilik tidur di mana isterinya berada."Sayang."panggilnya.Senyap.Pintu ditolak.Bilik kosong.Eh,isteri aku mana?Ke kat bawah?
Aizal menuruni anak tangga.Terlihat abang Iz sedang menonton televisyen."Selamat pagi Az,"ucapnya.Aizal membalas."Puteri mana?"tanya Aizal."Puteri dah pergi hospital.Dia tak kejut Az sebab Az tidur lena sangat."Aizal hanya mengangguk."Pergilah makan.Puteri buat mihun goreng.Sedap sangat."
Kaki diatur menuju ke dapur.Ada sebuah tudung saji di atas meja.Tudung saji diangkat.Bau mihun goreng yang kuat membuatkan perutnya berkeroncong.Aizal sudah mengambil sebiji pinggang dan mencedok mihun goreng di atasnya.
Disebabkan sedap,Aizal sudah menghabiskan satu mangkuk besar mihun goreng."Sedapnya.Bertuah aku dapat isteri pandai masak.Betul kata Naz.Isteri aku cukup package.Kalau hari-hari aku makan masakan dia,confirm aku gemuk."Aizal sudah tersenyum seorang diri.
Hi guys sorry lambat update cuz tengah kerja.Thanks kepada yang sudi baca novel saya.Saya doakan korg pnjg umur & dimurahkn rezeki.Aamiin.Sayang korg semua
Share this novel