Bab 72

Romance Completed 18238

Pak Som cepat-cepat menelefon Irzam dan Irfan.Mak Piah sedari tadi menenangkan Aizal.Wanita tua itu risau dengan keadaan Aizal.Beberapa minit kemudian kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning muncul di perkarangan rumah.


Irzam dan Irfan keluar dari kereta itu."Apa dah berlaku?"tanya Irzam kepada Mak Piah.Mak Piah memandang ke arah Aizal.Irzam memandang ke arah Aizal.Terlihat Adik iparnya sedari tadi menunduk kepala.Baru sahaja dia mahu menghampiri adik iparnya,Aizal tiba-tiba terbaring.Aizal pengsan.


Masing-masing terkejut.Cepat-cepat Irzam dan Irfan mengangkat adik ipar mereka.Pak Som membuka pintu kereta Vellfire itu."Mak Som kunci pintu dulu."Mak Som menuruti.Irzam dan Irfan masuk semula ke dalam kereta Chevrolet.Kenderaan itu meninggalkan kawasan perumahan rumah banglo persendirian diikuti kereta Vellfire yang dipandu oleh Pak Som.

***************

Puteri memeluk kedua belah lututnya.Dia kecewa akan sikap suaminya yang tidak pernah percaya akan dirinya.Keretanya sudah diubah dengan pemanduan automatik menuju ke lapangan terbang KLIA.Dia ingin membawa diri ke New Zealand.


Dia menarik sehelai tisu mengelap hingus yang meleleh.'Maaf abang.Ini demi kebaikan kita berdua.Puteri nak hilangkan diri buat sementara waktu.'Dia menyekat nombor keluargnya,suaminya,keluarga mertuanya dan juga saudara mara.

****************


''Kepada pelajar bernama Iyan, sila datang ke pejabat pengetua sekarang."Iyan yang sedang menulis nota terhenti.Dia mengeluh.Pelajar di dalam kelas memandang ke arahnya.'Alamak macam tak pernah tengok pelajar lain kena panggil dengan pengetua.'


Kaki diatur ke pejabat pengetua encik Smith.'Rasa annoying jelah orang tua ni.'Iyan tiba di hadapan pejabat.Dia mengetuk pintu itu.Terdengar suara orang di dalam menyuruhnya masuk.Iyan menolak pintu pejabat dan melangkah masuk.''Encik Iyan silakan duduk.''Iyan hanya menuruti.


''Saya panggil awak ke sini disebabkan disiplin awak.''Iyan terkejut.''Saya buat apa?''Tanyanya tidak puas hati.''Ramai pelajar kata awak membuli pelajar lain.''Iyan mula berasa hilang sabar.'Haih,sabar-sabar jangan sampai aku bakar orang tua ni.'Iyan mengurut dada."Pengetua Smith,saya dituduh oleh diorang''.


"Saya tak tahu tapi pelajar lain yang mengadu dekat saya.Saya terpaksa ambil tindakan dengan menelefon ibu awak.''Iyan pasrah.Sudah beberapa tahun dia tidak berjumpa dengan mummynya.Apa la nasib aku dituduh sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience