Pintu wad ditolak.Muncul Aizal dan Arief di situ.Puteri memandang ke arah mereka berdua.''Papa pergi mana?''Tanya Lia.Budak kecil itu didukung oleh Iyan.
''Papa pergi jumpa doktor Arief je tadi.''Bohong Aizal.Lia hanya mengangguk.Aizal mendekati Puteri.''Are you okay?''Puteri mengangguk.Aizal dapat merasakan Puteri sedang berbohong.
Puteri menaip sesuatu di telefonnya.Aizal terdengar bunyi notifikasi dimana terdapat satu mesej.Aizal mengeluarkan telefonnya.Mesej dari isterinya.''Puteri tak nak orang tahu yang Puteri dah tenat.Sebab tu Puteri angguk yang Puteri sihat sahaja.''
Aizal diam.'Tenat.'Begitu kuat isterinya menahan sakit ini.''Papaaaa...Bila mama boleh keluar hospital?''Tanya Aulia.Aizal terkedu manakala Puteri terdiam.'Aduh,apa aku nak cakap nanti?'
''InsyaAllah, kalau mama betul-betul sihat mama boleh keluar dari hospital.Sebab sekarang mama tak sihat lagi tu yang doktor tak bagi keluar.''Lia yang kurang mengerti hanya mengangguk.Aizal pula terdiam.Yang lain pula tidak dapat berkata apa-apa.
''Boleh tak kalau tinggalkan Puteri dengan Lia?Ada benda Puteri nak cakap dengan dia.''Mereka hanya mengangguk.Iyan menurunkan adiknya.Lia terus memanjat ke katil mamanya.Yang lain terus keluar dari wad tanpa sebarang kata-kata.
*********
Beberapa hari kemudian....
Bunyi mesin oksigen yang paling tidak digemari oleh semua orang.Terumatanya seseorang yang hidup bergantung dengan mesin itu.Puteri memandang siling wad.Serba putih dan membosankan.
'Sakit, sedih, kecewa, marah, terkejut dan gembira semua bercampur.Kalau betul hari ini aku pergi, Kau lindungilah keluargaku ya Allah.Tugas aku melindungi mereka sudah selesai.Aku akan pergi dan berehat untuk selamanya.Aku penat dengan diri aku sendiri.Aku penat dengan penyakit aku sendiri.'
***********
''Lia.''Panggil Aizal.Anak kecil itu berhenti bermain.Dia memandang ke arah papanya.''Ya papa?''Wajah comel si kecil itu sama seperti ibunya.''Kalau mama dah tak ada nanti, Lia sedih tak?''Tanya Aizal ingin mengetahui jawapan dari anaknya.Aulia terdiam seketika.
''Lia mungkin akan sedih mama akan tinggalkan Lia.Tapi Lia akan lebih sedih kalau Angel tak jaga mama dekat syurga nanti.''Aizal terkejut mendengar kata-kata anaknya.
''Siapa yang bagitahu Lia pasal Angel tu?''Tanya Aizal.''Mama yang bagitahu.Mama cakap, nanti ada Angel jaga mama dekat syurga.''Kata Lia sambil memeluk anak patung.Aizal hanya tersenyum.
Aizal tidak mampu memberitahu kepada anaknya yang ibunya akan pergi esok.Aizal terus memeluk anaknya.Aulia yang tidak mengerti apa-apa membalas pelukan papanya.
''Papaaa..Jom kita main masak-masak.''Lia menarik-narik tangan papanya.''Baik sayang.Kita main ya?''Aulia mengangguk laju.Dia gembira papanya ingin bermain bersamanya.Aulia terus mengambil kerusi kecil dan diletakkan berdekatan meja segi empat itu.
Di atas meja itu terdapat set tea cup mainan milik Aulia.Dua kerusi yang lain Aulia telah meletakkan dua anak patung.''Okay papa.Ini cik Mimi dan ini cik Lily.''Kata Aulia lagak seperti orang dewasa.Aizal tersengih melihat gelagat anaknya.
***********
"Langit masih gelap lagi.''Puteri melihat jam dinding.Pukul 4.30 pagi.''Awal lagi rupanya.''Tiba-tiba Puteri terbatuk.Dia menutup mulut dengan tisu.Terdapat titisan darah pada tisu itu.'Makin teruk dah.Tapi apa boleh buat?Aku dah seksa diri aku terlalu lama.'
''Kuasa kau nanti, kau bagi dekat anak kau ke?''Puteri diam.Sebenarnya dia masih ragu-ragu untuk memberikan kuasa itu kepada anaknya.Takut anaknya akan menjadi sombong macam ibu saudaranya.
''Aku tak tahu.Aku masih ragu-ragu.Boleh ke anak aku jaga kuasa aku tanpa ada perasaan sombong dan bongkak tu?Dan aku dia akan menunjukkan kuasa itu kepada orang lain.''Lembaga itu menghampiri Puteri.
''Aku percayakan anak kau.Dia budak yang baik.Anak kau ikut perangai kau.Sama dan tak berubah.Aku tengok dia suka tolong orang.Suci betul hati anak kau.Pandai kau besarkan dia.''Puteri tersenyum.
''Aku..Akan bagi kuasa dekat dia tapi cuma satu kuasa yang aku dapat bagi.''Kata Puteri.''Aku tak kisah yang penting kau bagi.''
Puteri menggunakan kuasanya membuat dua cawan mufin.Mufin itu diletakkan di dalam bekas yang berbeza.Tidak lupa juga surat untuk suaminya.''Kenapa ada dua?Satu lagi kau bagi siapa?''
''Bagi dekat suami aku.Kau tolong aku letak bekas ni dekat bawah katil kitaorang.''Lembaga itu hanya menggangguk.Dan serta-merta lembaga itu hilang dari pandangan Puteri.
Share this novel