Get the app for full experience
Aizal tersedar.Dia memandang sekeliling.Dia teringat akan isterinya.Aizal yang baru sahaja berdiri tiba-tiba jatuh terduduk.''Auch,sakitnya kepala.''Aizal memegang kepalanya.Terasa kepalanya berdenyut-denyut.
Pintu wad terbuka.Muncul Irzam,Irfan,Mak Piah dan Pak Som.Mereka terkejut melihat Aizal terduduk di lantai sambil memegang kepala.''Astagfirullah Aizal.Kamu buat apa ni?''Irzam dan Irfan menolong Aizal untuk duduk di atas katil.
''Aizal nak jumpa Puteri.Aizal banyak buat salah.Aizal selama ni tuduh dia bukan-bukan.''Air mata mengalir di pipi lelaki itu.Irfan mengeluh.''Az,abang tau Az sayang dengan Puteri tapi bukan dengan cara tuduh dia.Abang kenal dengan adik abang sendiri.Dia bukan jenis yang suka layan lelaki lain.''kata Irzam.
Aizal menunduk.Dia mengelap air matanya.''Aizal nak jumpa dia.''katanya.Irzam pula mengeluh.''Kitorang dah kerahkan semua pengintip cari satu Malaysia tapi tak jumpa.''jelas Irzam.''Az tak rasa Puteri ada dekat Malaysia.''Irzam mengerut dahi.''Maksud Az?''
''Sebab Puteri bawa dua luggage besar.Dia akan bawa luggage besar kalau pergi ke luar negara.''Irzam dan Irfan berpandangan.''Aku rasa Puteri bawa diri ke luar negara.''kata Irfan.Irzam menggaru kepala yang tidak gatal.''Masalahnya dekat mana?Dah la luar negara tu besar.Banyak negara kita pergi.''
''Aku kerahkan pengintip aku pergi England,New York dan Paris.Kau pula Korea,Jepun dan China.''Irfan mengangguk faham.''Dia terus menelefon salah seorang pengintipnya.
''Abang nak Az duduk dekat hospital.Jangan pergi mana-mana.''Aizal hanya mengangguk.Dia tidak mahu abangnya bad mood.Kalau dia tak mulakan dulu mungkin perkara ini takkan terjadi.Mak Piah duduk di sebelah Aizal.Pak Som sudah pergi bersama dua abang Puteri.
"Az jangan pikir sangat pasal ni ye.Az kena rehat cukup-cukup.''Aizal mengangguk.Mak Piah bangun dan duduk di sofa.Aizal sudah membaringkan dirinya.Beberapa minit kemudian dia sudah terlena.Mak Piah hanya tersenyum.'Kemana kamu pergi Puteri.Mak Piah susah hati sekarang ni.Kamu la anak kesayangan Mak Piah walaupun bukan anak kandung.'
***********
Maaf sebab lama sangat tak publish semua..lisa sibuk dengan kelas dan exam final..doakan lisa dapat jawab dengan baik