Get the app for full experience
Tak mungkin!Macam mana dia betulkan keempat-empat tayar keretanya dengan begitu cepat?Aizal menelan air liur.
Puteri menyilang kakinya sambil menongkat dagu."Encik Aizal mesti terkejutkan macam mana saya boleh ada kat sini?Heh..Encik Aizal salah pilih lawan sebenarnya.You are not my type.Kita tunggu esok jelah ya."kata Puteri sambil tersenyum sinis.
Makanan yang dipesan oleh Puteri tiba."Terima kasih,"ucapnya.Pelayan itu hanya mengangguk.Puteri mencapai garpu dan pisau.Dicarik perlahan-lahan ayam itu.
Menakutkan pula aku tengok minah senget ni.Baik aku hati-hati.Kang benda-benda pelik la minah ni buat.Apa maksud minah tu kita tunggu esok jelah?Mesti nak balas dendam kat aku.
******
Puteri masuk ke dalam keretanya.Dia memandang ke sebelah kanan.Hehe..amik ni.Puteri terus memetik jari.Keempat-empat tayar kereta Vellfire itu pancit.Nak cari pasal dengan aku kena fikir 100 kali baru boleh.
Aizal baru sahaja selesai membayar makanannya.Pak Som menuju ke arah kereta.Hampir tercabut nyawanya apabila melihat tayar kereta milik Tengku Adam pancit.Pak Som terus melambai ke arah Aizal.
Aizal terperasan lambaian pemandunya.Dia berlari ke arah orang tua itu."Kenapa ni Pak Som?"tanya Aizal risau.Pak Som tidak dapat berkata apa-apa.Dia hanya mampu menunjukkan ke arah tayar kereta itu.Aizal pula sudah melopong mulut.Rasanya lalat masuk ke dalam mulut pun dia tak sedar.