''Betul ke?Kalau macam tu hati-hati datang sini.''Irzam menamatkan panggilan.''Siapa telefon?''Tanya Irfan.''Az telefon.Dia cakap dia otw ke sini.''Irfan hanya mengangguk.
''Iz tak rasa lapar ke?''Irzam melihat Irfan yang memegang perutnya.''Lapar juga.Jomlah kita pergi makan.''Irfan dengan pantas mengambil kunci kereta di atas meja.Irzam menggeleng kepala.'Bab makan laju je.'
**********
Mereka tiba di restoran yang mahal di situ.Irfan keluar dari kereta.Dia melihat luar restoran itu.'Cantik'.Tiba-tiba matanya tertangkap satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.'Puteri?'Disebabkan gadis itu sedang berbual dengan seorang lelaki dia tidak perasan akan kehadiran seseorang.
''Puteri!?''Gadis itu memaling badannya ke belakang.
Gadis itu nampak terkejut.''A-Abang If?''Cepat-cepat gadis itu melarikan diri sambil menarik tangan lelaki itu.
''Weh If,Kau nak pergi mana?''Irzam pelik melihat Irfan mengejar seorang gadis.'Kau dah ada bini gila kenapa nak kejar anak dara orang?'
''Aku jumpa Puteri woi!Yang kau tercegat kat situ buat apa?''Dengar sahaja nama Puteri disebut Irzam terkejut.''Serius lah kau?''Irfan menepuk dahi.''Aku tak ada masa nak main-main lah wei.Cepat nanti Puteri hilang susah kita.''Irzam mengangguk.
**********
Puteri terduduk.Dia kepenatan akibat berlari.'Sh*t.Kenapa abang aku ada kat sini?Mesti Aizal yang suruh ni.'Puteri melihat anaknya tercungap-cungap.''Mama,Iyan penat.Kenapa kita lari?''Iyan mengelap peluh menggunakan bajunya.Puteri ternampak sixpack anaknya.'Mesti jaga badan ni.Sebab tu nampak sixpack.'
''Puteri,tolong jangan lari lagi.Abang Iz dah penat lari.''Puteri terkejut.Muncul abangnya di situ.''Kenapa abang ada kat sini?Kalau nak suruh Puteri balik,Puteri tak nak.''Irzam menghampiri Puteri.Terus abangnya memeluk dirinya.''Abang Iz rindu Puteri.''Ucap Irzam.
Puteri terkedu.Air matanya menitis.Puteri memeluk kembali abangnya.''Puteri pun rindu abang Iz dengan abang If.''Irfan pun turut memeluk adiknya.Iyan yang melihat adegan itu hanya diam.Mereka melepaskan pelukan.''Eh,Leo?''Irzam pelik kenapa boyfriend Sara ada dekat sini.
''Sebenarnya,ni bukan Leo.Tapi Iyan.Maaf,Puteri terpaksa berlakon hari tu.Puteri tak nak abang tahu Puteri ada kat sini.Sebab tu Puteri berubah jadi orang lain.''Irzam keliru."Jadinya masa tu...''Puteri mengangguk.Irzam meraup wajahnya.''Iyan?''Irfan juga keliru.
''Abang tak ingat ke?''Mereka berdua menggeleng kepala.''Anak arwah kak Dina.''Mereka berdua serentak terkejut.''Biar betul!?''Puteri mengangguk.Irzam terus memegang muka Iyan.''Mata Iyan macam arwah ayah dia.''Irzam menahan untuk tidak menangis.
''Mama,diorang ni siapa?''Iyan memeluk mamanya.Dia sedikit takut melihat dua orang lelaki itu.''Dua orang ni uncle Iyan.Pergi salam uncle Iyan tu.''Arah Puteri.Iyan masih melekat dengan Puteri.Puteri memandang Iyan.Iyan menggeleng kepala.Puteri mengeluh.
''Tak apalah Puteri.Abang tahu dia masih tak biasa lagi.Dan lagi satu...''Belum sempat Irfan menghabiskan kata-katanya,Puteri sudah memotong.''Ye,Puteri tau.Suami Puteri ada kat sini.Puteri tak ready jumpa dia.''
''Puteri...Untuk kali ni je.Abang Iz risau melihat keadaan Az.Dia dah tak terurus macam dulu.Dia dah mula sakit lepas Puteri pergi."Puteri terdiam.'Dia masih tidak dapat memaafkan suaminya tapi dia masih merindukan suaminya.'Puteri menyerahkan sehelai kertas.
''Ni,alamat rumah mak long.Ikutlah abang nak ikut ke tak.''Selepas Puteri memberi kertas itu dia terus memegang tangan anaknya.Dua beranak itu hilang dalam kuasa bayang Puteri.''Nampaknya adik kita masih sayangkan suami dia.''Irzam mengangguk.Mereka berdua beredar dari situ.
***********
''Sampai bila mama nak tinggikan ego ni?"Iyan sudah penat melihat perangai mamanya yang suka melayan ego itu.Puteri masih duduk menghadap dinding.Dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan suaminya.Dia sayangkan Aizal tapi dia juga takut.Dia takut akan meninggalkan Aizal.Puteri belum bersedia lagi.
''Mama tak bersedia.Mama takut.''Jawab Puteri.Iyan pelik.''Mama takut apa?''Tanya Iyan.''Mati.''Jawab Puteri sepatah.Iyan terkejut mendengar jawapan mamanya.''Kenapa mama cakap perkataan tu?''Iyan tidak suka bila mamanya menyebut perkataan tersebut.
''Mama tak akan hidup lama Iyan.Penyakit mama dah semakin teruk.Sepatutnya tahun lepas mama dah tak ada.Tapi mama nak bagi papa kamu zuriat sebelum mama pergi.Kalau mama bertahan lebih lama mama takut mama akan tersiksa lagi teruk dari sebelum ni.''Iyan terdiam mendengar kata-kata mamanya.
''Apa kata mama jumpa papa dan berterus terang.Saling minta maaf dan turunkan ego masing-masing.Iyan tahu mama masih sayangkan papa.''Puteri diam.
maaf sbb lama sngt x published...ada hal sikit.And sorry klau ada bnyk typo(。・・。)
Share this novel