Bab 40

Romance Completed 18238

Aizal mundar-mandir di dalam pejabat Puteri.Hatinya risau bercampur geli sah.Sudah merata tempat dia mencari tetapi tidak jumpa juga.Mana pula dia pergi?Sudah banyak kali aku telefon tapi tak angkat.

Aizal terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi milik Puteri.Dia terpandang sebuah bingkai gambar.Dia mengamati gambar itu.Kenapa aku tak terpikir eh?Mungkin dia ada kat sana ke?

Cepat-cepat Aizal menelefon seseorang."Aku rasa mungkin dia ada kat sana."Selepas beberapa minit Aizal memutuskan talian.

*********

Puteri duduk di atas tembok balkoni.Angin sejuk menerpa ke arahnya.Dia mendongak ke langit.Hitam pekat dan tiada satu pun bintang di situ.Dah nak hujan kot?

Dia perlu bersiap sedia untuk esok.Dia akan datang.Bersediakah aku untuk bertemu dengannya?Sedangkan aku ingin menjauhkan diri darinya.

Ah..serabut.Sepatutnya dari dulu lagi aku tak guna kuasa penyembuhan ni.Disebabkan dia seorang diri di bilik hotel,dia ingin menggunakan kuasa yang sudah lama tidak digunakan.

"Kau masih tak bagi tau lagi ke kat lelaki itu?"Puteri menoleh ke belakang.Muncul satu lembaga hitam lebih tinggi darinya.

"Aku rasa belum masanya untuk bagi tau pasal penyakit aku ni.Masih awal lagi nak bagi tau."Puteri mengoyak pembungkus coklat Cadbury itu.Dia mematahkan sedikit dan memasukkan ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience