Bab 63

Romance Completed 18238

Bunyi tapak kasut tumit tinggi bergema di seluruh tingkat 12 itu.Seorang wanita 30-an berjalan cat walk menuju ke office.Semua staffnya hanya menunduk sebagai hormat.Dari dulu mereka kurang gemar dengan perangai majikan mereka.Ini kerana perangai majikan mereka yang tergedik-gedik dengan ramai lelaki hensem.


"Hari ini aku akan buat juga."kata Melissa.Baru sahaja dia menutup pintu,tiba-tiba"Baru sampai ke?Lama saya tunggu."tegur seorang gadis.Melissa terkejut dan terus berpaling wajahnya ke arah gadis itu."Kau siapa?Macam mana kau boleh masuk sini?"


Puteri tersenyum sinis sambil menyilang kaki.Cermin mata hitam ditanggalkan."Puteri?"Melissa meneguk air liur."Aunty nampak muda ya?"kata Puteri.Terdapat unsur sindiran di situ.Melissa menahan marah dengan membuat senyuman palsu."So,Puteri nak apa ya?"Melissa mula bertanya.


Puteri masih lagi dengan senyuman sinis."Puteri nak tahu perkara sebenar."Melissa terkedu."Apa maksud Puteri?Aunty tak faham."Melissa berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.Tangannya sudah diletakkan dibelakang badan di mana terdapat sepucuk pistol berada di situ.


"Nampaknya,Puteri kena guna ini untuk memaksa aunty membuka mulut".Puteri menggunakan kuasa.Keluar sebilah sabit panjang serupa di dalam permainan video.Melissa tidak teragak-agak terus menarik keluar pistol itu.

*********


Aizal mundar-mandir di halaman rumah.Ikan-ikan berenang di dalam kolam.Kolam itu juga mempunyai air terjun buatan.Irzam hanya melihat tingkah laku adik iparnya.


Tiba-tiba muncul satu gerbang teleport.Muncul Puteri dengan penuh darah.Disebabkan baju itu berwarna hitam ia sukar untuk melihat darah itu.Aizal,Irfan dan Irzam terkejut.Irzam tidak terkejut akan luka-luka yang berada di badan adiknya.Dia terkejut akan aura kebencian yang keluar dari adiknya.


Aizal yang mahu mendapatkan isterinya ditahan oleh Irzam."Jangan Az.Puteri masih tak sedar lagi tu.Kalau Az pergi silap-silap Az boleh mati."Aizal terkedu.Mereka hanya memerhati Puteri.Lama-kelamaan aura kebencian hilang.Irzam merasakan adiknya sudah kembali seperti asal.Tanpa disangka Puteri rebah menyembah bumi.


Aizal berlari mendapatkan isterinya."Cepat,kita perlu bagi Puteri ubat."Aizal hanya mengangguk.Mereka terus menuju ke bilik tidur Aizal dan Puteri.Aizal perlahan-lahan membaringkan Puteri di atas katil.Irfan pula mengambil kotak yang mengandungi ubat khas.


Irzam mengambil picagari yang mengandungi cecair berwarna hijau."Az pegang tangan Puteri."Aizal tidak banyak tanya hanya menuruti.Irzam terus menyuntik pergelangan tangan Puteri.Cecair hijau itu masuk ke dalam anggota badan Puteri.


"Ubat apa ni?"Aizal bertanya.Irzam memasukkan semula picagari ke dalam kotak."Ni ubat untuk merawat luka yang teruk.Macam luka Puteri ni."Aizal hanya mengangguk walaupun dia masih kurang mengerti maksud abang iparnya itu."Nah,untuk Aizal."Irzam menyerahkan sampul surat kepada Aizal.


"Surat dari arwah mama.Rasanya Aizal dah boleh baca surat ni."Aizal hanya memandang sampul surat itu.Tertera namanya di situ.'Mesti ada jawapan disebalik semua ni.'

Hai korang.Sorry baru update hari ni.Masih dalam mood habis exam so idea pun kurang jadinya.Dan lagi satu sorry terpaksa delete prolog sebab nanti jalan cerita lari pulak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience