Bab 38

Romance Completed 18238

"Terima kasih atas lamaran itu.Tapi maaf sebab saya tak boleh kahwin dengan awak."katanya.Lancar gila kata-kata aku.Kalau aku tak cakap nanti akan lagi susah.

Aizal tergamam.Hatinya bagai disiat-siat dengan belati.Aizal merenung wajah Puteri.

"Mesti awak nak tau kan kenapa saya tolak lamaran awak?"Puteri menongkat muka.Dia membalas pandangan lelaki itu.Aizal hanya mengangguk.

"Saya masih tak bersedia untuk berumah tangga.Saya tak nak lagi kecewa untuk kali kedua.Walaupun kali pertama itu hanya cinta monyet."jelas Puteri.

Aizal mengerut dahi."Hanya kerana itu awak tolak lamaran saya?"Puteri tidak memberi sebarang jawapan.Aizal mengeluh.Masing-masing diam tidak berkutik.

"Maaf.Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua.Saya nak putuskan hubungan ni.Saya nak awak jangan cari dan telefon saya lagi."Puteri terus berlari keluar dari pejabat itu.

Aizal yang masih terkejut terus mengejar gadis itu.Mengapa tiba-tiba sahaja gadis itu ingin memutuskan hubungan yang baru terjalin lima bulan lalu?

Masalah apa yang dialami oleh Puteri sampai gadis itu sanggup meninggalkannya?Atau dirinya yang menyebabkan gadis itu berjauh hati?Aizal buntu.

Sampai sahaja di tempat letak kereta,matanya terus melilau mencari kereta milik Puteri.Namun hampa.Kereta gadis itu tiada di tempat letak kereta.Puteri telah pergi meninggalkannya.Tanpa disangka air mata lelakinya keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience