Sebuah kereta Mazda CX5 berhenti di hadapan sebuah rumah tiga tingkat.Pintu pagar elektronik terbuka.Kereta itu masuk dan dipakir di belakang kereta Lexus milik Puteri.
Tengku Aida dan Tengku Adam keluar dari kereta SUV itu.Mereka memerhati laman rumah itu.
Puteri menjengah keluarga Aizal dari balkoni bilik tidurnya.Hatinya berdebar sekarang.Dia mundar-mandir di balkoni.Aku dah bersedia ke?Tanggungjawab sebagai isteri bukan senang.Tapi keluarga aku pun nak aku kahwin cepat.
Macam mana kalau kitorang tak bahagia?Naya hidup nanti.Hmm...Aizal pun dah buktikan cinta dia kat aku.Dia dah tunaikan janji bawa keluarganya berjumpa dengan aku.Aku masih sayangkan Aizal.Puteri berhenti mundar-mandir apabila terdengar pintu biliknya diketuk.
"Puteri, keluarga Tengku Adam dah sampai.Mereka ada di ruang tamu."ujar Mak Piah.Puteri terus berlari ke arah pintu.Dia memulas tombol pintu.
"Ya Mak Piah.Saya turun sekarang."Puteri melangkah keluar dari bilik tidur.Sempat lagi dia menyisir rambut ke belakang.Sampai sahaja di anak tangga terakhir,Puteri berdiri tegak.
"Assalamualaikum."ucapnya.Serentak mereka berempat menjawab salam.Tengku Aida dan Tengku Adam berpaling memandang dirinya.Puteri hanya tersenyum.
"Adik buat apa tu?Mari duduk sini."kata Irzam menepuk sofa di sebelahnya.Puteri berjalan menuju ke arah abangnya.Sebelum itu dia menyalami mama Aizal.Wanita itu tersenyum manis.
"Tak sangka dah besar anak perempuan arwah Tan Sri Ikmal ni.Sebelum ni uncle tengok rendah je.Sekarang dah tinggi ya."kata Tengku Adam.Puteri tergelak kecil.
"Macam tu la uncle.Si Puteri ni dari kecil sampai besar terperap kat rumah je.Kalau keluar pun nak pergi kerja atau beli barang dapur.Puteri ni jenis tak kuat merayap.Kalau tengah sedih balik Sabah tu je la dia tau."Irzam berkata.
"Sabah?Jauhnya?"tanya Puan Sri Aida.
"Rumah kedua kami.Dah lama saya tak jejak rumah tu.Puteri jelah yang tolong tengokkan."Puan Sri Aida mengangguk tanda mengerti.
"Aunty,uncle,Aizal tunggu sekejap ya.Puteri nak tolong Mak Piah masak untuk makan tengahari."Puteri berdiri dan menuju ke dapur.
Share this novel