Bab 37

Romance Completed 18238

Hari ini Puteri hadir ke pejabat.Sudah genap seminggu dia berada di hospital.Dia tak mahu Aizal bertanya abang Iz tentang dirinya.Nasib abang Iz pandai menipu.Hahaha...

Puteri masuk terlebih awal dari biasa.Mungkin mood baik tu yang datang awal sangat.

Dia menolak pintu pejabatnya.Rasa rindu menjelma.Belum lagi rindu dengan kekasihnya.Hanya tuhan yang tahu.Kakinya terhenti.Terlihat Aizal sedang berdiri menghadap tingkap.Erk?Bila dia sampai?

"Assalamualaikum,"ucapku.Aizal yang sedang mengelamun terhenti.Dia kenal dengan empunya suara itu.Aizal terus berpaling ke belakang.

"Waalaikumsalam.Puteri?"tanya Aizal inginkan kepastian.Puteri hanya mengangguk.Tanpa disangka dirinya berada di dalam dakapan lelaki itu.Nasib baiklah dia sempat menutup pintu pejabatnya.Kalau tidak habis satu pejabat kecoh dengan gosip.

Puteri terdiam.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Sudah sampai masanya untuk dia berterus terang.

"Aizal."lelaki itu terus melepaskan pelukan.Dia menatap wajah kesayangannya.

"Saya ada nak cakap sesuatu."ucapku

"Saya pun sama."Aizal menundukkan wajahnya.Dia memandang ke lantai.Hati Puteri bergelora.Dia tahu apa yang lelaki itu ingin katakan.

"Saya nak lamar awak."Akhirnya terluah juga apa yang lelaki itu ingin katakan.Puteri terpana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience